Part 19

4.2K 395 1
                                    

Sebaik sahaja Minyoung membuka mata, kelihatan Jimin dan Taehyung tidur di atas kerusi dan di tepi katilnya.

Mana Yoongi ?

Hanya itu sahaja yang terlintas di dalam pemikirannya. Jimin terbangun dari tidurnya.

"Minyoung ? Kenapa ? Awak nak apa-apa ke ?" Jimin menguap seketika.

"Yoongi mana ?"

Jimin terdiam. Minyoung masih menanti jawapan dari Jimin. Ikutkan hati, mahu sahaja Jimin melarikan diri dari Minyoung.

"Jimin ? Mana Yoongi ?" sekali lagi Minyoung mengulangi soalan.

Rasa bersalah dan sebak menyelubungi diri Jimin. Patutkah Jimin memberitahu keadaan Yoongi sekarang ?

Tak lama kemudian, Hoseok baru sahaja tiba dengan sejambak bunga untuk diberikan kepada Minyoung. Minyoung menyambut baik bunga tersebut. Jimin berasa lega sebentar selepas Minyoung mendapat bunga dari Hoseok sebentar tadi. Nak je Jimin jerit terima kasih kat Hoseok kerana menyelamatkan dia dari terus ditanya soalan yang sama dari Minyoung.

Tetapi kali ini, Hoseok pulak yang ditanya soalan yang sama.

"Mana Yoongi ?"

Wajah Hoseok terus berubah. Sekali lagi soalan tidak terjawab. Taehyung yang baru sahaja bangun dari tidurnya terus duduk di tepi katil Minyoung. Kali ini soalan itu ditujukan kepada Taehyung pula.

"Saya ... nak ke tandas kejap" jawab Taehyung dengan suara yang terketar-ketar.

"Kenapa diorang taknak jawab soalan aku ? Yoongi okay je kan ?" Bisik hati Minyoung.

Namjoon tiada bersama mereka kerana menjenguk Jungkook di hospital yang lain.

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now