Part 20

5.5K 445 42
                                    

Serba salah menyelubungi diri Jimin, Taehyung dan Hoseok.

Patutkah mereka memberitahu apa yg terjadi kepada Yoongi sekarang ? Tetapi Namjoon awal-awal lagi sudah mengingatkan mereka supaya tidak memberitahu Minyoung apa yang terjadi kepada Yoongi sekarang.

Tetapi, apa yang patut mereka jawab apabila Minyoung sudah pun bertanya mengenai Yoongi ?

Jimin terus mendail nombor Namjoon dan keluar dari bilik Minyoung.

Namjoon : Kenapa Jimin ?

Jimin : Apa kitorang nak jawab ni ?? Minyoung dah start tanya pasal Yoongi. Nak jawab apa ni ??

Namjoon : Kejap lagi aku datang ke sana

Panggilan dimatikan.

Jimin masuk semula sebaik sahaja menamatkan panggilan.

"Kau cakap dengan siapa ?" soal Hoseok.

"Namjoon. Kejap lagi dia datang tolong kita jawab soalan Minyoung" jawab Jimin dalam keadaan berbisik.

Dimana Yoongi sekarang ?

Minyoung masih menanti jawapan dari mereka bertiga.

"Kenapa diorang nampak gelisah ? Kenapa Taehyung macam sedih ? Yoongi okay je kan ?"

Beberapa minit kemudian, Namjoon baru sahaja tiba. Lalu terus ke arah Minyoung dan duduk di sebelahnya.

"Minyoung. Kau macam mana ?"

"Okay je. Yoongi mana ?"

Riak muka Jimin berubah semula. Namjoon memandang Jimin yang sudah tak senang hati itu. Namjoon mengambil nafas sebelum memberitahu keadaan sebenar Yoongi sekarang.

"Sebelum aku bagitahu ni, aku nak tanya. Kau sayang Yoongi ?"

Minyoung mengangguk.

"Tapi lepas aku cakap ni, kau jangan nangis. Boleh tak ?"

Minyoung kurang pasti tetapi dia mengangguk juga.

"Kau ingat kan Yoongi cedera masa selamatkan kau ?"

Minyoung mengangguk lagi.

"Dia pun masuk kat hospital ni juga. Sebab peluru menembusi ke belakang dia. Memang tak kena mana mana organ tapi ..." Namjoon berjeda sebentar.

"Tapi apa ?" tidak sabar Minyoung mendengarnya.

"Tapi dia hilang banyak darah sebab dia lambat diberi rawatan lepas terkena tembakan. Jadi ... dia koma"

Taehyung sudah tidak tahan lagi dan akhirnya terduduk lalu menangis di situ juga. Jimin dan Hoseok terus mendapatkan Taehyung dan menenangkannya. Itu baru Taehyung. Kalau Jungkook ? Mujur juga Jungkook belum sedar lagi. Mata Minyoung mula berkaca.

"Dia ada kat sini lagi tak ??" soal Minyoung.

".... Tak ...." ayat tergantung. Tidak sanggup Namjoon menghabiskan ayatnya.

"Habis tu dia kat mana sekarang ?" Minyoung masih menahan air matanya. Dia tidak mahu menangis di hadapan Namjoon kerana Namjoon awal-awal lagi sudah memberitahu jangan menangis sebaik sahaja mendengar berita ini.

"Dia sekarang ada kat tempat paling cantik. Orang tertentu je boleh pergi ke tempat tu. Dia boleh nampak Minyoung tapi Minyoung tak nampak dia"

Minyoung sedikit pun tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Namjoon. Minyoung memandang Namjoon. Namjoon menarik nafas.

"Yoongi ..... Dah takde" akhirnya Namjoon juga menitiskan air matanya. Minyoung terkejut dan akhirnya gugur juga butir air matanya.

"Tapi masa aku kemas rumah Yoongi, aku terjumpa surat ni dengan kotak ni. Untuk kau. Aku mintak diri dulu" Namjoon cepat-cepat meninggalkan bilik Minyoung. Minyoung membuka surat itu.

Kepada : Shin Minyoung

Kalau awak tengah baca surat ni, maknanya saya dah takde dan saya dah tunaikan janji saya untuk melindungi awak.

Minyoung. Saya belikan sebuah rumah untuk awak. Sejak rumah awak kena pecah dengan Jin hari tu, saya carikan rumah baru untuk awak. Rumah tu cantik sangat. Saya sertakan surat ni dengan kunci rumah tu. Selain kunci tu, saya ada hadiahkan sekali sebentuk cincin untuk awak supaya awak sentiasa mengingati saya walaupun saya tiada lagi disisi awak. Walaupun saya dah tiada di sisi awak lagi, saya nak awak tahu bahawa saya sentiasa ada bersama awak.

신민영,

너무 사랑해 !

Saya pergi dulu, Minyoung.

Awak jangan nangis.

Saya baik-baik je.

Saya Cintakan Awak.

:)

-Yoongi-

Minyoung membuka bungkusan kecil yang disertakan bersama surat tersebut. Kunci rumah dan sebentuk cincin yang tertera nama Yoongi di atasnya. Sekali lagi air mata Minyoung mengalir deras. Jimin mendapatkan Minyoung dan terus memeluknya untuk menenangkan Minyoung.

"Sabarlah Minyoung. Yoongi dah tunaikan janji dia nak lindungi awak" Jimin juga menitiskan airmatanya.

"Yoongi. Saya cintakan awak. Terima kasih sebab melindungi saya"

-THE END-

Saya Cintakan Awak ✅Where stories live. Discover now