BAB 1

1.2K 60 3
                                    

PETANG.

Saja aku malas nak balik ke rumah lagi. Kalau balik waktu macam ni, sah trafik teruk kat Jalan Kuala Kangsar tu. Nak tak nak, kenalah balik lewat sikit. Kerja dah habis, aku turun ke bawah dan lepak kedai mamak sebelah pejabat. Sambil-sambil minum teh tarik, sambil-sambil aku tunggu mamak goreng mi untuk aku bawa balik, aku layan news feed dalam Facebook.

Ada video-video menarik yang kawan-kawan aku share, aku belum tengok. Sesekali aku tersengih, sesekali... Aku ketawa. Hai, aku ni sengal. Aku dapat kawan pun sengal-sengal juga. Rajin sangat dia orang share video-video sengal ni dekat aku. Terutamanya, si Lea. Tak ada kerja agaknya dia kat The Chapter tu. Tahulah Wi-Fi free!

"Kosong?"

Konsentrasi aku terganggu. Aku toleh sebelah kanan, ada meja kosong. Aku tengok sebelah kiri pun ada juga meja kosong. Belakang, lagi banyak meja kosong. Tak ramai pun kat kedai mamak petang ni. Aku pandang depan. Seorang lelaki yang aku tak kenal, senyum memandang aku.

"Situ ada. Sana ada. Belakang ada."

"Saya tahu. Tapi, saya nak duduk sini."

"Negara demokrasi. Suka hati."

Aku masih layan Facebook aku. Aku menghirup air teh itu sikit demi sikit. Aku tengok jam, ceh... Baru lima minit berlalu. Kenapalah rasa lama sangat mamak ni goreng mi? Mi aje kut!

"Are you sure yang negara kita ni negara demokrasi?"

Dahi aku berkerut. Ajak berborak pula mamat ni. Tak nampak ke aku tengah sibuk ni?

"Kenapa? After 60 years negara kita ni merdeka, awak rasa negara kita ni apa? Republik? Monarki? Atau autokrasi?"

"Are you lawyer?"

"Nope."

"Cikgu?"

"Lagilah tidak!"

"Habis tu?"

"Copywriter."

"No wonder."

"Apa yang no wonder?"

"Bijak bercakap."

Copywriter, bijak menulis. Bukan bijak bercakap. Tahu tak dia ni, apa itu copywriter? Hesy!

"So, kenapa you cakap yang negara kita ni bukan negara demokrasi?"

"I tak cakap begitu. I tanya you... Are you sure, this is a democtratic country?"

"Kenapa?"

"Kalau ini negara demokrasi, you don't act like a strangers. Atau, awak ada polisi macam budak-budak?"

"Polisi macam budak-budak? Maksud awak?"

"Polisi don't talk to strangers."

Aku ketawa. "Ini ke erti bukan demokrasi bagi awak? Kenapa awak tanya saya semua benda ni? Ini cara mengurat awak ke, Encik..."

"Don Wazien Aidan. Just call me Zen."

Don?

Don Juan?

"Cara awak mengurat ke, Encik Zen?"

Wazien ketawa. "Takkan nak tanya jam pukul berapa? Itu lapuk."

"Sorry, I'm not interested."

"Tak kenal, maka tak cinta."

"Saya memang tak kenal awak. Setakat nama awak ni, Wazien Aidan... Siapa-siapa pun boleh quote. Macam nama dalam novel. Entah-entah awak ambil nama dalam novel. Siapa tahu?"

DIA LELAKI IDAMAN MALAYAΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα