BAB 8

397 31 0
                                    

AKU tak angkat.

Dua kali aku biarkan telefon aku berdering. Polisi aku, kalau tiga kali call tu, maknanya urgent. Tapi, mummy Khair hanya call aku, dua kali. Nasib baik. So, aku fikir tak adalah urgent. Mesti nak tanya khabar. Mungkin juga nak ajak lunch? Atau dinner? Mana tau. Fikir yang baik-baik saja.

Takkan nak backup Khair?

Sahlah Auntie Khay tak akan nak backup Khair. Dia bengang gila dan malu sangat sewaktu kejadian dulu. Siap minta maaf, berkali-kali maaf, sampai aku yang segan. Tak ada maknanya la, dia nak tolong Khair, dapatkan maaf daripada aku. Tapi, mana tahu? Anak kan tetap anak...

Hai, fikir yang baik-baik saja.

"Awie, hari ini aku balik lambat, macam biasa. Hari rabu kan, rumah ibu dulu."

"Okey. Kirim salam kat depa noh. Aku pun mungkin balik lewat. Aku nak buat repot, esok bos baru aku masuk."

"Okey."

"Jangan lupa suruh ayah hang buat ayaq penawaq apa-apa..."

"Asal pula wok?"

"Aku lupa nak habaq kat hang pagi tadi. Duk kalut sangat."

"Kenapa?"

"Ni... Semalam, aku dengaq something dari bilik hang. Antara pukui dua pagi sampai empat pagi, bercakap-cakap. Scary kut! Suruhlah ayah hang buat apa-apa... Aku takut, ada benda nak mai..."

"Benda apa? Benda apa nak mai, wok?"

"Yang namanya nak mai tu... Cinta, wok!"

"Bodoh!"

Awie ketawa besar. Aku ingat aku dah cukup perlahan berbual dengan Wazien semalam. Boleh pula Awie tu terdengar, walhal bilik dia hujung sekali. Telinga lintah betul.

Cinta apa hal pula. Mengarut betul.

Tepat pukul 6 petang, aku sudah berkemas untuk balik. Solehah dalam bilik Mr. Lim sewaktu aku mahu pulang. Diskusi tentang artwork baru. Aku dah habis kerja. Aku nampak kereta Wazien, mungkin ambil adik dia balik. Bagus betul ada abang macam ni, prihatin. Ceh... Memuji pula.

Tapi, Waziennya tak ada. Mungkin lepak mamak. Sengaja aku ke kedai mamak sebelah. Aku jenguk-jenguk. Tak ada juga. Sajalah, aku cari dia. Nak paksa dia cerita pada aku. Kalau aku tak jumpa dia, bila dia nak mula cerita tentang macam mana aku hutang dia 20 sen tu? Elak-elak pula!

Inilah... Don Juan Malaya. Ambil kesempatan!

"Saya di belakang awak ni."

Terkejut aku. Bila menoleh, Wazien ada di belakang.

"Awak ni macam cari-cari saya saja."

"Tak ada makna. Saya cari-cari mamaklah. Nak suruh bungkus capati, nak bawa balik rumah ibu."

Alasan. Cover up!

Wazien tersenyum, menyenget. "Jom duduk dulu. Sambil-sambil tunggu capati awak tu siap."

"Tak apalah."

Aku bukan oder capati pun!

"Takkanlah nak jadi tugu negara depan kedai ni. Jom la. Tak nak dengar cerita ke..."

Eh... Of courselah...

"Nak!"

Pandai... Psiko!

Tak menyempat aku nak tahu, aku terus menarik kerusi dan duduk. Wazien duduk depan aku. Usai memesan, aku menunggu. Tak nak mendesak, tak mahu bertanya. Tapi... Aku tunggu punya tunggu, Wazien tak cerita-cerita pun. Dia hanya senyum saja, memandang aku.

DIA LELAKI IDAMAN MALAYAWhere stories live. Discover now