BAB 3

679 40 1
                                    

MENGARUT betul mamat tu. Kenal pun tak sampai 10 minit, bercakap pasal kahwin pula.

Serius sweet talker.

Serius womanizer.

Tak pasal, semalam aku tak boleh tidur. Nasib baiklah walaupun tak boleh tidur, aku masih boleh buat kerja walaupun... Proposal mengarut dia tu mengacau kepala otak aku sesekali. Memang aku confirm, aci kerat jari... Mamat ni sure Don Juan Ipoh!

Eh... Silap, Don Juan Malaya!

"Nah... Caption aku dapat untuk artwork kau."

Solehah tersengih. "I heart it! Macam caption McDonald, I'm loving it."

"Mula-mula... Aku nak buat caption, I baked you eat. Tapi, I heart it... Much more better. Kau pilihlah. Aku ada buat beberapa pilihan."

Aku ambil keluar beberapa keping kertas daripada beg aku dan berikan kepada Solehah.

"Ini Adra apa pula?"

Solehah menunjukkan kertas draf yang aku conteng atas gambar kasut yang Don Juan tu Whatsapp kat aku semalam. Aku buat juga walaupun mulut ni membebel-bebel. Memang bodoh berlapis-lapislah mamat tu kalau dah lebih 44 kali aku sebut!

"Oh... Ini ada orang minta tolong reka kan brand name untuk kasut."

"Adra by Fajra Adara. Nice caption."

"Kan... Aku pun rasa style. Aku pakai Adra, kau? Aku Jimmy Choo aje."

Solehah ketawa. "Memang style."

Tengah seronok-seronok ketawa dengan Solehah, Jaspreeth muncul. Pantang betul.

"Liya..."

Aku menoleh. "Yes, Jas."

"Ada client kat bawah, looking for you. Bos tengah entertain. Serius shit kasut minah tu memang terbaik. Kalau boleh, tanyalah dia... Dia beli kasut tu kat mana. Aku macam berkenan pula."

Aku tersengih. Apalah si Jaspreeth ni? Takkanlah aku nak tanya, tentang kasut orang tu pula! Aku mencapai pen dan diari. Aku turun ke bawah. Masuk aje bilik miting, langkah aku... Terhenti. Alamak... Ini namanya, aku dah terjerat!

"Juliya..."

"Err... Bos."

"This is Mr. Wazien and his friend Ms. Fajra Adara. Dia kata dia dah bincang dengan you. So, you carry on. Anything please inform me."

"Yes, bos."

"She is the best copywriter in town. Happen to work for me, who is lucky now?"

Mr. Lim, bos aku menepuk bahu aku. Dia tu bos yang baik. Siapalah yang tak mahu kerja dengan dia? Selalu memuji staf, tak ada simpan-simpan.

"Tu sebab I datang sini Mr. Lim."

Menyampah pula aku tengok si Wazien tu, tersenyum-senyum sampai tersenget-senget. Dasar Don Juan gatal... Meluat!

Belum sempat aku menarik kerusi, Wazien dah menarik kan kerusi untuk aku. Nak tak nak, aku kenalah duduk. Nanti memalukan dia pula, tak duduk bila dia dah tarik.

"Juliya Nour."

"Fajra Adara. Panggil Fajra."

Aku bersalam dengan Fajra. Lembut tangannya, manis orangnya. Tapi dia ni, bukan minah pejabat sebelah semalam. Aku sempat melihat kasut yang dipakai Fajra Adara. Serius shit... Memang stylo! Patutlah Jaspreeth berkenan. Aku yang tak minat stiletto pun, nampak macam nak try aje. Tengok gambar pun dah cantik, apalah lagi tengok berdepan. Belum pakai dah rasa selesa.

DIA LELAKI IDAMAN MALAYAWhere stories live. Discover now