BAB 9

422 22 0
                                    

AKU tak buat apa-apa pun. Aku tak tahu apa-apa pun. Tak pasal aku kena warning! Entah apa yang Wazien ceritakan pada Wafiey, buat Wafiey seperti berharap! Tak baik tau memberi harapan pada orang lain, sedangkan aku tak letakkan sebarang harapan pun pada hubungan aku dan Wazien.

Hesy... Suka betul meletakkan aku pada posisi serba-salah!

"Kirim salam dekat ibu dan ayah. Bawa kereta elok-elok. Tak boleh tidur, call la saya. Saya selalu ada untuk awak. Tak kira siang, tak kira malam."

"Saya dengan awak, kita belum selesai tau."

"Kalau awak berjaya sambungkan puzzle tu, saya tak takutlah Juliya. Saya takut, awak yang tak boleh terima kenyataan yang awak hutang saya 20 sen, termasuk curi apa yang awak berhak, wahai si pencuri hati."

"Kalau curi apa yang berhak... Itu bukan namanya pencuri."

"Jadi itu namanya apa?"

"Robin Hood."

"Habis saya ni apa, Lady Marian?"

Aku ketawa.

"Jadi awak mengakulah yang awak mencuri apa yang awak berhak?"

Ceh...

Don Wazien Aidan...

Sakit hati kita tau, wok!

"Banyak kerja ke?"

"Tak. Baru selesai satu projek."

"Habis tu, kenapa muka macam ada banyak masalah?"

"Tak cukup tidur semalam."

"Siapkan projek?"

"Haah..."

"Atau buat projek?"

"Buat projek apa pula ibu ni?"

"Manalah tahu. Liya bukan muda lagi."

"Lama ibu tak cakap pasal ni dekat Liya, don't start."

"Start apa?"

"Start engine's button."

Ibu ketawa. "Perasaan muncul bila tengok jiran sebelah menimang cucu."

Aku terdiam. Aku pandang ibu. "Jangan cakap, ini bersangkut pasal Khair eh..."

Dahi ibu berkerut. "Khair?"

"Lately, dia hantar macam-macam hadiah. Pagi tadi bunga dengan nota, suruh maafkan dia. Lepas tu, Auntie Khay call tadi, sebaik saja bunga tu sampai. So, apa projek ibu dengan Auntie Khay kali ni?"

Aku pandang ibu, tak puas hati. Saja aku mencari-cari salah ibu, manalah tahu, ibu ada buat projek dengan Auntie Khay. Kata kita pula ada projek. Entah-entah dia tu yang ada projek... Cakap orang pula!

"Mana ada ibu komplot dengan Auntie Khay apa-apa, Liya. Seriklah ibu."

"Ya ke ni?"

"Sungguh la. Tapi, Auntie Khay ada la beritahu ibu yang Khair dah balik."

"Bila?"

"Dah almost a month."

"Kenapa Auntie Khay call Liya?"

"Manalah ibu tahu. Call la dia balik."

"Tak naklah Liya."

"Habis tu, macam mana nak tahu apa yang dia mahu?"

"Ibu kan ada, ibu tanyalah."

"Ibu juga..."

Aku tersenyum. Inilah gunanya ada ibu. Boleh diguna-gunakan.

DIA LELAKI IDAMAN MALAYAWhere stories live. Discover now