BAB 6

486 22 0
                                    

MEMANG sengaja. Sengaja betul dia buat aku tertanya-tanya, lepas tu bila aku tanya, letak syarat pula. Memanglah undang-undang berat sebelah. Kelebihan pada dia juga. Tapi Juliya, mana ada orang letak syarat atas kelebihan orang lain? Mestilah diri sendiri yang lebih. Ini perangkap. Nama pun, Don Juan kan...

"Bagi saya fikir dulu."

"Kalau awak bersabar, awak tak akan terlepas tanya."

"Masalahnya, boleh ke saya bersabar dengan awak?"

Wazien ketawa. "Juliya, beginnings are usually scary and endings are usually sad. Yalah, mana ada pertemuan yang tidak menakutkan. Sekarang ni menakutkan. Saya ingat awak, awak pula tak ingat saya. Namun, setiap pertemuan ada perpisahan. Akhirnya, kita akan berpisah daripada jasad juga. Kan... Itu menyedihkan."

Aku diam...

Dengar.

"But Juliya, it's everything in between that makes it all worth living. Yang di tengah-tengah antara pertemuan dan perpisahan ini, saya akan bahagiakan awak. Sikit pun tak kurang kasih sayang saya pada awak. Awak tak akan menyesal buat keputusan memilih saya menjadi sebahagian dalam hidup awak."

"Awak dengan kata-kata awak ni..."

"Kenapa?"

"So, Don Juan..."

"Nak buat macam mana, Don Juan tu... Probably tok nyang saya."

"Ceh!"

Wazien ketawa. "Nama pun Don..."

Aku tersepit... Tapi, "Saya tak yakin, saya boleh bersabar dengan awak."

"Awak terlepas tanya, bukan merugikan awak. Malah menguntungkan awak. Sebab, saya cintakan awak. You just need to love me back. Selalunya Juliya, first step tu yang susah. Tapi saya dah buka jalan untuk awak, awak hanya sambungkan aje."

"Ya Allah, awak ni... Kenapa semua nampak mudah dengan awak?"

"Sebab niat saya, mencintai awak kerana Allah SWT."

Empat pagi...

Masih belum selesai masalah hati.

"Liya, dah pukul empat pagi. Awak cuma ada beberapa jam untuk tidur. Nanti bengkak-bengkak mata awak tu, dah la mata awak tu yang buat saya jatuh cinta. Kasihankan mata tu!"

Mata aku?

"Bagi la saya masa..."

"43,800 jam plus berapa jam lagi awak mahu?"

Hesy... Geram betul!

Pandai betul Wazien psiko kepala otak aku. Kalau aku tak terima tawaran dia, aku tak tahu cerita tentang 20 sen tu. Tapi, kenapa sibuk aku nak tahu, kalau aku yakin itu bukan aku. Masalahnya, Wazien akan terus mendesak aku. Dia akan buat aku tak yakin. Dia akan buat aku tertanya-tanya macam malam ni. Aku akan terjun gaung juga. Nak tak nak...

"Okey."

"Apa yang okey?"

"Okey la, saya terima syarat awak dengan syarat saya."

"Juliya, ayah saya berasal dari Brunei. So, saya ni berketurunan Brunei. Kami pakai sistem monarki. Semua keputusan raja yang buat. Sorry, Juliya... Saya akan bagi peluang pada awak, bila awak dalam situasi macam saya sekarang eh... Masa tu kita pakai sistem demokrasi."

"Bencinya..."

Wazien ketawa. "Saya suka kalau awak mula membenci saya. Sebabnya, bila benci, lama-lama jadi sayang. Oh, tak sabar rasanya nak menunggu waktu itu sampai. Bayangkan, kalau awak sayang orang yang sayang awak... Dunia ini bagai syurga. Nak tengok syurga, kita cuba nak? Nak try?"

DIA LELAKI IDAMAN MALAYAWhere stories live. Discover now