BAB 10

559 34 0
                                    

"INI memang betul-betul lewat balik. Hang pi mana, wok? Aku risau tau dak... Telefon aku pun tidak!"

Aku menghenyakkan punggung ke atas sofa. Awie tolong kunci kan pintu. Aku melihat jam, hampir pukul 12 tengah malam juga aku sampai balik rumah. Ibu dan ayah tak benarkan aku balik, takutlah sebab dah malam. Masalahnya, aku takut Awie risau pula. Nak tak nak... Aku kena balik juga.

Mengantuk sangat ni... Esok kena emergency leave la kalau aku tak boleh nak pergi kerja. Kalau masuk hari ini, macam dah 10 tahun aku tak boleh nak tidur. Kalau penat sangat pun, bukan boleh nak tidur. Lagilah dengan kepala yang berpusing-pusing memikirkan macam-macam. Memang sah tak boleh nak tidur.

"Aku hampir ingat hang tidoq kat rumah ibu hang tadi. Nasib baik aku tak selak pintu kayu tu."

Awie duduk berdepan dengan TV, sebelah sofa yang aku duduk. Itu memang port dia. Tak payahlah nak berebut.

"Aku ke hospital tadi."

"Siapa pula yang sakit?"

"Khair. Dia koma."

"What?!!!"

Menyesal pula aku cakap macam-macam pada Khair. Memang sungguh dia masuk wad. Mummy dan daddy Khair tak tahu apa yang terjadi. Yang pasti, ada pendarahan di dalam otaknya menyebabkan Khair jatuh dan terus koma.

"Ada darah beku, lebih kurang 3 sentimeter dalam otak dia. Since dia koma, nak tak nak kena buat operation cepat sebelum lebih parah. Dah operate, tapi Khair belum sedar. Masih lagi dalam koma."

"Accident ke apa mamat tu?"

"Entah. Tak tahu. Tapi doktor kata, sekitar kepala dia, tak ada tanda seperti dia tu accident. Macam tak pernah ada hentakan pun. Mungkin sebab darah tinggi. Itu antara sebab arteri dalam otak dia pecah. Khair... Kau tahulah. Dia tu, gila kerja."

"Dan gila perempuan."

"Hesy... Tak baik cakap begitu. Dia kan tengah sakit."

Koma.

Apa yang berlaku dalam koma ialah perjuangan. Berperang atau berjuang untuk hidup. Kalau tiada juang, menyerahlah untuk pergi. Mana satu pun pilihan, akan ada akibatnya.

Kalau aku, biarlah aku mati terus, aku tak mahu koma. Tapi Khair, Allah SWT masih berikan dia peluang. Cuma dia perlu berjuang.

Kasihan Khair.

Auntie Khay pun kasihan. Entah berapa hari agaknya, dia tak tidur. Matanya membengkak. Mesti sudah habis air matanya, mengenangkan nasib satu-satunya anak dia dan Uncle Arash. Uncle Arash pun turut sedih. Sudah dua minggu dia menjadi penunggu setia ICU di KPJ tu.

Aku pun tak tahan untuk menangis. Sedih. Lagi-lagilah bila aku tahu... Auntie Khay tak nak beritahu sebab segan dengan keluarga aku gara-gara Khair buat hal dulu.

"Dua minggu kau baru nak cakap dengan aku, marahlah aku."

Ibu marah. Manalah dia tak marah, kawan baiknya itu, berselindung hal keadaan Khair padanya. Kalau aku... Aku juga marah. Nama pun, kawan baik.

"Maaf, aku tak beritahu. Bukan tak mahu beritahu, aku segan dengan kau, malu dengan Liya."

"Hesy, Auntie Khay ni. Apa pula cakap macam tu. Khair kan pernah menjadi sebahagian hidup Liya juga. Mestilah Liya concern dengan dia, tak kisahlah apa yang pernah dia buat. Koma kan... Bukan benda yang boleh disorok-sorok. Kita boleh ikhtiar."

Takkanlah aku nak doa yang tak elok pada Khair. Benda dah setahun berlalu, memang aku marah, memang aku bengang kalau ingat balik. Tapi melihat Khair terlentang macam ni dengan wayar-wayar memenuhi badan, injap pada alat pernafasan yang turun dan naik dan entah bila akan berhenti... Aku pun simpati. Takkanlah aku tak ada langsung peri kemanusiaan. Kalau kucing kena penggal dalam FB pun, aku uak-uak juga... Apa lagi Khair!

Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling update: Jul 15, 2023 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

DIA LELAKI IDAMAN MALAYATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon