BAB 7

454 20 2
                                    

11 kuntum bunga putih, 1 kuntum bunga merah. Kononnya, berjuta kali maaf dan mohon cinta kekal abadi... Begitu? Memang tak la aku nak layan!

"Motif si Khair ni apa? Dulu dia buat kau macam sampah, sekarang berbakul dia bagi kau hadiah bagai... Apa kes?"

Aku menjongket bahu. Entah. Dari minggu lepas lagi aku terima macam-macam barang. Notanya semua sama, maafkan abang. Maafkan abang, my foot la! Motif atau alasannya, aku tak tahu dan aku tak boleh nak jawab soalan Solehah. Yang aku boleh jawab...

"Nak mati agaknya!"

Selalunya, orang nak mati ni, dia memang selalu buat benda pelik-pelik. Lagipun, tiba-tiba aje muncul. Aku dah tak dengar cerita pasal dia, selepas hampir setahun aku jumpa dia di atas badan setiausaha dia di pejabat. Aku, keluarga aku dan keluarga dia, saja nak buat kejutan, menyambut hari jadi Khair yang ke-30 tahun. Malam tu, dia kata, dia tak boleh nak celebrate. Kerja banyak katanya. So, aku decide, untuk buat surprise visitlah. Memang surprise sungguh la. Tergamam aku, nasib baiklah tak pengsan mummy Khair masa tu.

"Dia yang goda abang."

"Okey."

"Apa yang Liya tengok tu... Itu..."

"Cara goda terbarulah ya? Abang duduk atas dia, cara goda millenium, betul?"

"Jangan perli abang, Juliya."

"Bukan Liya perli abanglah. Liya cuba backup abang ni. Liya tengah buat kan alasan abang tu, nampak logik. Liya nak berdepan dengan semua orang, bukan hanya dengan diri Liya sendirilah bang. Jadi, biarlah alasan abang itu nampak real."

Khair mengeluh. "Kalau Liya, terima saja lamaran keluarga abang, tak ada nak tangguh-tangguhkan perkahwinan kita, tak adalah benda macam ni boleh berlaku. Dua tahun tau abang tunggu Liya buat keputusan. Kita dah bertunang dua tahun, apa yang abang dapat?"

"So, ini salah Liya?"

"Yes."

"Salah Liya ke, kalau abang yang tak pandai jaga diri abang untuk Liya? Salah Liya ke, kalau abang duduk atas badan perempuan tu? Salah Liya ke, kalau abang tak pandai didik nafsu abang? Oh... Ini semua salah Juliya Nour. Great. So great!"

Khair terdiam.

"Abang tahu tak, malam ini sebenarnya, malam Liya nak tetapkan hati Liya terima abang dalam hidup Liya. Malam ni, sebenarnya, Liya yakin, Liya nak terima abang. Liya dah setuju dengan ayah dan ibu, nak teruskan perkahwinan ni. Mummy dan daddy abang dah seronok sangat dengan keputusan Liya. Tapi..."

Berubah wajah Khair waktu itu.

"Allah sayang Liya, bang. Terima kasih. Abang bagi la cincin berlian abang ni, pada perempuan yang buat abang tergoda tu. Dia lebih berhak. Jangan cari Liya lagi, jangan cuba pujuk Liya. Liya bukan perempuan bodoh yang akan terima abang semula."

Aku pulangkan cincin itu pada Khair, depan mummy dan daddy dia, depan ibu dan ayah aku. Pertunangan selama dua tahun itu, putus begitu saja. Patutlah, susah untuk aku buat keputusan berkahwin dengan Khair. Hanya dengan satu malam, aku buat keputusan untuk berkahwin dengan dia, Allah tunjukkan aku, niat aku itu... Tidak boleh diteruskan.

Menyesal ibu dan ayah, memaksa aku memilih anak kawan baiknya, sebagai pasangan hidup aku. Nasib baik aku bagi tempoh dua tahun, sebagai syarat sebelum disatukan. Kalau aku terus setuju, memang serah tengkuklah.

Tapi, hubungan aku dengan ibubapa Khair tetap diteruskan begitu juga dengan ibubapa aku. Cuma aku dan Khair... Sorrylah nak baik. Lepas tu, raya ke apa ke... Aku memang tak jumpa langsunglah. Ibu dan ayah, mummy dan daddy Khair pun tak ada nak paksa-paksa. Lagipun, Khair bukan ada dalam Malaysia. Setahu aku, selepas dia memalukan aku sekeluarga, mummy dan daddy Khair, hantar dia uruskan syarikat keluarganya di Amsterdam. Tapi, sekarang, kenapa Khair kembali? Pelik!

DIA LELAKI IDAMAN MALAYAWhere stories live. Discover now