Hai

63 16 4
                                    

Idea untuk menghasilkan buku ini datang dengan sendirinya tatkala aku termenung seorang diri. Sebenarnya, cerita ini hanya tempat untuk aku meluahkan apa yang terpendam di dasar hati yang aku tak mampu nak kongsi dengan semua orang.

Aku percaya. Kau yang tengah baca cerita ni mesti tergolong dalam manusia yang sepi kan? Kalau tidak, kau memang manusia paling beruntung.

Kata orang, bermimpi itu sangat mengasyikkan. Ia membawa kita ke dunia yang di luar kelogikan akal. Maka dengan itu, aku cipta buku ini untuk biarkan separuh dari diriku hanyut dalam dunia khayalan yang aku cipta sendiri. Mahu hanyut bersama? Marilah, hayati cerita ini. Kau yang kesepian, sangatlah digalakkan untuk membaca.

Aku tidak ingin apa-apa. Karya ini hanya sekadar tempat untuk aku lari dari realiti dunia yang terlalu menyakitkan. Jika kau memang ikhlas untuk menjadi penulis, kau akan faham mengapa terhasilnya karya begini.

Well, people write because no one listen. :') Dan itu menyedihkan.

Selamat membaca. :)

MimpiWhere stories live. Discover now