Bab 6

16 4 0
                                    

"Pagi!"

Suara yang cukup aku kenal itu menggegarkan seluruh isi rumah itu. Rumah tu kecil je, bila si tarzan versi perempuan ni menjerit, mana tak bergegarnya rumah tu. Nasib tak roboh.

Aku yang baru bangun tidur menggosok-gosok mataku seketika. Pagi-pagi dah buat bising minah ni. Kalau dia ada, tak sah kalau tak kecoh.

"Ewah ewah... anak dara apa ni bangun lambat?" Sylvia bercekak pinggang berdiri di depanku yang masih terbaring.

Malas-malas aku bangun.

"Aihh kau ni! Pagi-pagi dah kacau orang..." ujarku pura-pura marah.

"Macam mana nak pikat hati Yan kalau tidur pun sampai ke tengah hari? Ish ish..." bebel Sylvia.

"Oi oi... suka hati kau je. Mana ada aku kata aku suu- ..." kata-kataku terhenti disitu bila terlihat Yan muncul di muka pintu dengan senyuman nipis di bibirnya.

Aku sengih saja padanya. Sylvia ni memang nak kena lah! Entah-entah Yan terdengar apa Sylvia kata! Ish!

Sylvia tersengih nakal memandangku.

"Borak apa tu?" Soal Yan tiba-tiba.

"Emm... borak... borak kosong," gagap aku menyahut. Ni Sylvia paloi punya pasal la ni. Ishhh!

Aku perasan Yan tersenyum sinis namun senyuman itu masih cuba disembunyikan.

"Kalau tak silap dengar, aku terdengar nama aku disebut," sedikit terangkat kening kiri Yan memandangku.

Sylvia sudah mengetap bibir menahan tawa.

Aku pula? Aku bingung. Tak tahu nak jawap apa.

"Ada... ada kot?" Bodohnya. Kenapa ayat itu juga yang keluar.

Terus pecah ketawa Sylvia.

Sakit pula hati ni ditertawakan begitu. Oh, dia nak kenakan aku ni eh. Kau tunggu je nanti, Sylvia...

Aku bangun dan sudah siap mengepal penumbuk.

"Kau memang nak cari pasal dengan aku ke?" Aku menumbuk-numbuk tapak tanganku sendiri.

Sebelum sempat aku mendapatkannya, Sylvia lari ke arah Yan. Aku pula terus mengejarnya.

"Mana kau nak lari? Pengecut betul! Nak sangat cari pasal kan?" Marahku geram.

"Hidup aku tak aman kalau tak sakitkan hati kau! Hahahahaaa..." balas Sylvia.

Kami berdua berpusing-pusing di sekeliling Yan. Yan yang di tengah-tengah hanya buat muka pasrah.

"Dah la tu oi..." namun, tiada siapa mempedulikan Yan.

Sylvia berlari ke belakang Yan.

Aku dari arah depan Yan, tanpa berfikir panjang berpaut pada bahu Yan mahu menarik rambut Sylvia di belakang Yan. Namun Sylvia lincah mengelak membuatkan aku terpaksa berkerja keras lagi sehingga memeluk bahu Yan. Yan terpaksa menunduk sedikit kerana aku berpaut pada bahunya.

"Kamu berdua ni macam budak-budak lah! Bila nak besar ni?" Marah Yan pula.

"Isshh!!! Perempuan sewel ni haa! Suka cari pasal!!" Aku masih enggan mengalah sehingga aku tolak ketepi tubuh Yan. Maaflah... tertolak. Hehehe...

"Okey okey! Aku kalah!" Sylvia mengalah juga akhirnya.

Aku bercekak pinggang memandangnya. Sylvia hanya sengih menayang muka tak bersalah. Nasiblah aku sayang minah gila ni, kalau bukan sebab dia je satu-satunya kawan yang paling gila dan paling ikhlas dengan aku, dah lama aku ketuk kepala dia. Antara dia dengan Elsa, aku lebih selesa dengan dia. Sebab? Sebab aku tak pernah jumpa orang macam Sylvia. Suka cari pasal, selalu cari gaduh dan selalu ada cara untuk buat aku ketawa. Aku tahu, dia lakukan semua itu sebab dia nak aku gembira seperti orang lain.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Sep 29, 2021 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

MimpiHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin