Prolog

55 14 0
                                    

Banyak mana pun kawan yang kamu ada, jika kamu tetap merasa sunyi, adalah lebih baik kamu memilih sendiri. Banyak mana pun saudara-mara yang kamu ada, jika kamu tetap merasa keseorangan, adalah lebih indah jika kamu langsung tidak memiliki saudara mara. Sakit, ya semestinya. Sepi, itu hakikatnya.

Kata orang, zaman remaja itu zaman paling indah yang tak ingin dilupakan sesiapa pun. Zaman yang ingin diulangi dan diulangi lagi oleh setiap warga tua yang masih bernafas menghuni alam ini. Ya, benar. Zaman remaja zaman paling indah dan zaman paling banyak keseronokan. Itupun jika kamu ada orang-orang yang akan bersama kamu untuk mewarnai zaman remajamu dan menjadikannya warna-warni. Indah, ya terlalu indah.

Tetapi, tidak semua orang bertuah untuk memiliki zaman remaja yang penuh warna-warni. Begitulah aku. Katakan sajalah, aku ini antara manusia tersepi yang terdampar di alam yang terlalu luas ini. Sepi itu adalah apabila tiada sesiapa yang boleh menjadi tempatmu untuk bercerita disaat kamu ada terlalu banyak hal yang ingin dikongsikan. Sunyi itu adalah bila semua orang yang kamu ingin selalu berada di samping sibuk dengan kehidupan mereka masing-masing dan seakan saling lupa antara satu sama lain. Senang cerita, sunyi itu adalah bila kamu dianggap tidak wujud oleh orang-orang yang terlalu kamu hargai kewujudannya.

Dan kamu, kamu terpaksa terima hakikatnya bahawa di dalam situasi begini, kamu harus memujuk hati dan membiasakannya dengan kesepian ini. Kamu harus pura-pura menjadi dewasa dan terbiasa dengan semua ini sedangkan hakikatnya, kamu terlalu ingin ada seseorang yang ada bersamamu agar kamu mempunyai tempat untuk ceritakan segala resah yang terkurung lama dalam penjaramu yang dikelilingi darah-darah pekat yang mengalir deras di dalam seluruh badanmu. Penjara itu merupakan lambang kesepian hatimu yang penuh dengan jiwamu yang serba kosong. Penjara yang dibaluti sekujur tubuhmu itu juga ada kalanya akan meronta-ronta mahukan kedamaian di dalamnya. Sedangkan ia sudah terlalu lama dibenihi rasa sakit kesendirian. Penjara itu adalah organ yang kau gelar 'Hati'.

Sudah puas mengelamun, sudah puas melayani emosi sendiri, akhirnya aku terlelap di atas katilku. Suasana suram tanpa cahaya dalam bilikku itu umpama kelamnya jiwaku yang serba kekosongan.

"Aku dah bosan hidup kat dunia ni, aku nak dunia lain yang jauh lebih seronok di dunia ini. Aku mahu... tolonglah..."

Itulah ayat yang selalu meniti di bibirku sebelum aku lena dibuai mimpi yang indah. Sakit memang. Mimpi lebih indah dari realiti. Kalau boleh, aku ingin bermimpi selamanya. Aku tidak ingin bangun daru tidurku dan menghadapi dunia realiti yang serba kekosongan ini.







"Manusia yang kesepian... adalah manusia yang paling memerlukan teman. Selamat datang wahai manusia kesepian..."

MimpiWhere stories live. Discover now