Bab 1

55 8 2
                                    

Sebaik aku membuka mata, aku dapati aku kini sedang terbaring elok di atas rumput-rumput hijau yang segar. Bayu pagi yang dingin membelai lembut sekujur tubuhku. Pagi? Sekejap? Kali terakhir tadi, aku berada di atas katil di dalam bilikku dan pada waktu itu adalah waktu tengah hari.

Tapi... tapi bagaimana aku boleh berada di tempat ini? Sekejap? Tempat apa ini? Aku di mana? Aku bangun dari pembaringanku dengan perlahan sambil aku memerhati segenap ruang di sekelilingku. Pokok-pokok hijau yang daunnya merimbun, burung-burung yang berterbangan di udara, bunga-bunga yang beraneka warna di sekelilingku, rama-rama yang berterbangan sana sini, dan deruan air sungai yang mengalir tenang berbisik lembut di gegendang telingaku.

Tempat apa ini? Jujur aku katakan, tempat ini terlalu indah. Terlalu ceria, bertentangan sekali dengan jiwaku yang kekosongan. Buat seketika aku merasa tenang berada di situ. Aku malas mahu berpikir bagaimana aku boleh berada di sini. Mungkin ini mimpi? Mimpi yang terasa nyata. Kalau benar ini mimpi, aku tak berharap ada yang mengejutkanku dari mimpi ini. Aku tak ingin terjaga dari mimpi ini. Andai katalah ini benar mimpi... aku mahu terus bermimpi.

Aku merebahkan lagi badanku di atas rumput-rumput itu, memandang langit yang luas itu. Tenang saja hatiku. Perlahan, bibirku mengukir senyum. Aku suka...

"Hai manusia," sapa satu suara garau-garau macho.

Laju saja aku menoleh ke arah suara itu. Seorang lelaki. Dia mengenakan jubah hitam dan yang menarik perhatianku, matanya berwarna kehijauan. Cantik saja matanya. Wajahnya... ah sudah... memang hensem ah woi! Rambutnya berwarna coklat keperangan dan panjang paras leher. Ala-ala rambut lelaki orang putih zaman dulu-dulu.

Tanpa sedar, aku leka memerhati seluruh wajahnya.

Bila tersedar kelakuanku yang agak keterlaluan, cepat-cepat aku bangun.

"Kau siapa?" Soalku padanya.

Dia tersenyum tenang padaku.

"Aku Yan Davossen," Yan memperkenalkan diri.

Aku terangguk-angguk sambil mulutku ternganga luas. Aku masih blur.

"Kau?" dia bertanya padaku pula.

"Chika," balasku pendek.

Yan sekadar mengangguk.

"Jadi, jom singgah rumah aku," pelawa Yan lagi.

"Hah?" Terangkat sebelah keningku mendengarnya.

"Rasanya aku gunakan bahasa manusia. Apa yang kau tak faham?" Ujar Yan dalam nada bergurau.

Merona merah wajahku. Bukan tak faham, tapi cuba logik sikit, apa mak bapak dia fikir nanti bila dia bawa balik perempuan tak dikenali macam aku ni kan? Lagipun kalau aku ikut dia balik, agak tinggi risikonya. Kot-kot dekat rumah dia nanti, dia bertukar jadi raksasa dan percuma saja aku menjadi santapannya nanti.

"Aku... tak. Apa alasannya untuk aku percayakan kau?" Soalku padanya.

Yan tersenyum sinis.

"Jadi kau... kau anggap aku akan apa-apakan kau lah?" Soal Yan padaku semula.

"Mungkin," balasku tanpa berfikir sejenak.

Yan mengeluh perlahan.

"Aku tak kan apa-apakan kau. Niat aku hanya ingin berkawan. Lagipun, kau perlukan kawan kan?" Soal Yan lagi.

Aku diam sejenak. Semestinya. Di dunia ini, aku tidak kenal sesiapa dan aku tak tahu lagi aku berada di mana. Sekurang-kurang ada orang untuk aku bergantung untuk sementara.

"Baiklah. Aku ikut kau," kataku kemudiannya.

Yan tersenyum senang.

***

MimpiKde žijí příběhy. Začni objevovat