Bab 2

17 6 3
                                    

DUNIA AIR, Kerajaan Seribu Warna

Seperti yang dijanjikan, aku mengikut Sylvia ke dalam dunia air. Mahu lebih hebat? Aku bertukar menjadi duyung sebaik saja Sylvia memberi aku makan rumpai laut yang dibawanya dari dunia air tadi. Katanya itu hanya untuk sementara, aku akan kembali kepada bentuk asal semula bila aku keluar dari air ini nanti.

Aku teruja. Teruja sangat. Bagaikan si duyung sakai, aku melibas-libas ekorku yang berwarna merah keemasan itu. Cantik. Cantik sangat... dan lebih seronok, aku dapat bernafas di dalam air!

"Cantik la ekor ni..." kataku jakun.

Sylvia hanya ketawa saja melihat telatahku. Kemudian, kami berdua menyelam ke dalam kolam itu.

Di dalam sana, aku lihat ada sebuah pintu yang dibentuk oleh pusaran air. Sylvia membawa aku masuk ke dalam pintu itu dan kami pun tiba di dunia air iaitu Kerajaan Seribu Warna. Dan di situ aku lihat sebuah istana. Di sekitar istana ada rumah-rumah kecil yang dihuni oleh rakyat di dunia air.

"Itu istana Seribu Warna," ujar Sylvia menunjukkan kepadaku istana itu.

Aku mengangguk saja.

"Tapi permaisuri yang menjaga istana itu sifatnya agak angkuh. Penghuni di sini juga tidak berapa menyukainya. Dulu kerajaan ini diperintah oleh Raja Adrian. Tapi sekarang, Raja Adrian sedang gering dan isterinya yang menjaga kerajaan ini sekarang. Iaitu, Permaisuri Charlene." Ujar Sylvia padaku.

Aku terangguk-angguk.

"Ah, jom masuk rumah aku, kita berborak di sana. Kalau kat sini bahaya, nanti orang-orang istana akan perasan kehadiran kamu," ujar Sylvia pula.

Aku hanya mengikut saja. Kami masuk ke rumah Sylvia. Kecil saja rumahnya. Cukup untuk seorang saja tinggal di situ. Dari cerita Sylvia, aku baru tahu yang dia ini yatim piatu. Tinggal seorang diri. Tapi aku tidak lihat pun dia seperti kesunyian. Mungkin dia ramai kawan?

Aku kini duduk di sofa. Sofa? Sofa lah kot? Sebab sekarang ni, aku duduk di atas kerang yang terbuka. Senang cerita, ia seperti sofa berbentuk kerang.

"Chika nak tahu?" Sylvia mula bercerita.

"Dahulu, kerajaan air merupakan kerajaan paling aman dan damai. Penghuni dari kerajaan lain pun selalu datang ke sini untuk melawat kawan-kawan di sini. Tapi sejak kerajaan air dikawal oleh Permaisuri Charlene, semuanya berubah. Seperti sekarang. Orang luar tidak dibenarkan masuk," ujar Sylvia lagi.

Aku mengerutkan kening.

"Macam mana kalau mereka terjumpa aku?" Soalku pula.

"Jangan risaulah. Mereka tak kan cam kau dengan mudah," ujar Sylvia pula.

Aku mengeluh lega.

"Via ada kawan tak?" Soalku tiba-tiba.

Sylvia memandangku. Tepat ke dalam anak mataku.

"Ya. Ada. Kamu nak jumpa mereka?" Soal Sylvia pula.

"Hmm boleh. Tapi lain kali sajalah. Aku takut pula terkantoi nanti," ujarku lagi.

"Baiklah. Tapi jangan risaulah. Kawan-kawan aku semuanya baik," ujar Sylvia lagi.

Aku mengangguk saja. Semua yang di dunia ini saling berkawan. Kenapa lah tidak begini di dunia ku? Di sana semuanya mementingkan diri. Hanya berkawan dengan orang-orang yang setaraf atau sama kedudukan saja. Dan orang yang seperti aku ini, pastinya akan disisihkan.

"Chika tak da kawan ke dekat dunia sana?" Soal Sylvia lagi.

Aku tersenyum kelat.

"Bukan tak ada. Cuma mereka sibuk dengan kehidupan mereka masing-masing. Pendek kata, aku tak suka duduk sana. Membosankan," kataku perlahan.

MimpiWhere stories live. Discover now