9 | Bertaut Kasih

2K 72 5
                                    

Suasana pagi itu agak sunyi. Di rumah singgah Tengku Zaharah cuma ada aku, 3 orang pembantu rumah dan seorang tukang kebun. Rumah ini agak besar. Mempunyai 10 bilik, sebuah kolam renang dan taman mini di bahagian belakang. Semestinya Tengku Zaharah seorang yang sangat mementingkan susun atur rumah ini baik dalaman atau luaran. Bilik yang aku inap juga mempunyai akses terus ke taman mini. Memang menyenangkan walaupun rumah itu terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

"Mana Mak Engku, kak?". Soal aku kepada Kak Murni, pembantu rumah yang paling tua sekali. Dia berhenti meletakkan kuih ke dalam piring dan memandang ke arah aku. Mak Engku, gelaran yang mereka panggil untuk Tengku Zaharah.

"Mak Engku pagi-pagi dah keluar, cik. Tapi saya tak tahu dia pergi mana", jawab Kak Murni. Aku menggelengkan kepala. Kak Murni ni dari aku tiba semalam banyak kali dah aku cakap jangan panggil aku 'Cik', nak juga dipanggilnya aku dengan panggilan itu. Aku bukanlah sesiapa dan aku tidak selesa dipanggil sebegitu. Aku tahu Kak Murni cuma mahu menunjukkan rasa hormat kepadaku.

Aku berlalu menuju ke luar rumah. Di tepi kolam aku nampak seorang lelaki sedang tekun memandang ke arah telefonnya sambil sebelah tangan memegang cawan. Aku tidak pernah nampak lelaki ini semenjak aku tiba semalam. Setahu aku, anak-anak Tengku Zaharah semuanya tiada di sini, di rumah singgah Tengku Zaharah di Kuala Lumpur. Aku memberanikan diri untuk menegur lelaki itu.

"Hai...", tegur aku lembut. Mataku memandang lelaki yang sedari tadi hanya menunduk memandang skrin telefonnya. Berdebar juga menunggu reaksi dari lelaki ini. Jemarinya berhenti dari menari di atas papan kekunci iPhone X miliknya dan mendongak memandang aku dengan dahi yang berkerut.

"Hi too. Sorry but do I know you?", soalnya. Dia meletakkan cawan di atas meja. Dahinya masih berkerut memandang aku. Mungkin cuba mengamati gerangan gadis yang menegurnya ini.

Aku tersenyum dan menjawab, "You tak kenal I and I pun tak kenal you. By the way, I'm Lisa". Lantas aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia mengukir senyum akhirnya dan menyambut huluran tangan aku tadi.

"Ohh..okay. So you ni lah yang Aunty Zah cakapkan tu..", balasnya dengan nada lega. "By the way, I'm Eddie", sambungnya lagi sambil tersenyum.

Aku terkedu mendengar namanya. Ya Allah, inilah abang aku!

Tiba-tiba dada aku berdebar kencang. Lelaki di depan aku ini, darah daging aku yang aku tidak pernah jumpa seumur hidup aku. Dan kini dia di depan aku. Tangan aku menggigil dan mataku mula membahang. Aku ingin menangis kegembiraan kala ini tapi aku tahu aku perlu kawal perasaan itu. Dia masih belum tahu siapa aku.

"Please have a seat. Tak penat ke berdiri je tu?", pelawa Eddie membuatkan aku tersentak dari lamunan. Aku segera duduk di kerusi di hadapannya. Dia segera memanggil pembantu rumah untuk menghidangkan sarapan pagi kami di situ. Fikiran aku kosong. Aku tak tahu bagaimana nak memulakan bicara. Tapi nampak dia macam seorang yang peramah. Wajahnya mirip wajah papa seperti yang aku lihat di dalam gambar yang mama tunjuk tempoh hari.

"Bila you sampai? You wasn't here yesterday, right?", soal aku memulakan bicara.

"Just now. I bertembung dengan Aunty tadi. Dia nak keluar. Dia minta I tunggu dia", jawab Eddie bersahaja. Sesekali dia menaip sesuatu di telefon miliknya. Mungkin dia tengah sibuk sekarang. Yang aku pula sibuk nak tegur dia tadi. Aku bangun perlahan dan meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Tidak mahu menggangu privasi Eddie kala ini. Mungkin dia perlukan ruang privasinya dan aku pula terhegeh-hegeh bermanis muka tegur dia tadi.

"Eh wait! Sorry, sorry. I busy reply mesej kejap. Pasal training petang ni", kata Eddie. Dia cuba menghalang aku dari meninggalkan kerusi yang aku duduk tadi. Aku kembali melabuhkan punggung di kerusi. Dia meletakkan telefonnya di atas meja dan memandang tepat ke arah aku. Aku telan air liur. Cuak pula. Dah kenapa pula dia pandang aku macam tu?

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now