42 | Berbalah Hati

1.9K 68 5
                                    

Assalamualaikum warahmatullah...
Assalamualaikum warahmatullah...

Salam diberikan untuk malaikat di kiri dan kanannya yang sentiasa mencatit amalan baik burukku. Baru saja aku ingin menadah tangan untuk berdoa, ketukan bertalu-talu di pintu bilik mematikan niat aku tadi.

"Akak...Akak!". Jerit suara dari luar. Dari suara itu saja aku sudah tahu siapa. "Akak! Buka pintu cepat!! Urgent ni!", jeritan Alina dari luar yang semakin kuat. Aku yang kaget dengan jeritan yang semakin kuat itu segera bangun dan menuju ke pintu bilik.

"Iye..iye. Kejap!", laungku dari dalam. Namun sedikit pun tidak membuatkan Alina berhenti ketuk pintu bilik aku.

"Hey..hey.. kenapa ni?!", tanya aku cemas. Aku tergamam apabila Alina merempuh masuk saat pintu dibuka dan menarik tangan aku untuk mengikut langkahnya menuju ke hujung katil. Mujur kaki aku tidak tersadung apabila terpijak kain telekung yang masih tersarung di badanku.

"Akak tau tak pasal ni?!", tanya Alina cemas lantas menunjukkan telefon bimbitnya kepadaku. Aku memandang wajah cemas Alina lalu membaca artikel di telefon bimbit Alina.

'Pengiran Muda Abdul Mateen melamar kekasih hati selepas makan malam romantik di Eiffel Tower' - Berserta gambar Mateen memberikan kotak merah kepadaku.

Ya Allah! Gambar bulan Ramadhan yang lalu.

Jantungku berhenti berdegup seketika. Nafasku menjadi semakin perlahan. Mataku seakan semakin kabur. Dadaku muka berombak laju. Aku. Mahu. Pengsan!

Aku amati artikel itu. Setiap butir perkataannya aku baca satu persatu.

'Ini mengesahkan khabar angin bahawa Pengiran Muda Abdul Mateen selama ini menjalinkan hubungan dengan gadis ini. Gadis yang selalu bersamanya itu hanyalah sekadar lakonan mereka untuk menutup hubungan yang sebenar'

"What the hell?! Apa ni? Mana Ally dapat ni?", tanyaku dengan suara yang tinggi. Belum sempat Alina menjawab soalan aku, bertalu-talu notifikasi masuk ke telefon bimbitku. Segera aku mencapai telefon yang aku letakkan di kabinet sisi katil. Mataku tertancap pada satu mesej.

Dari mama!

'Explain this!'

Aku hela nafas dalam dan ku lepaskan kasar. Dugaan apa pula kali ini, ya Allah! Belum sempat aku membalas mesej mama, panggilan masuk ke telefonku.

Sekali lagi aku hela nafas dalam, cuba mencari kekuatan dan menenangkan hati yang berkecamuk saat ini. Sekelip mata, keadaan menjadi kelam kabut.

"Ma, I can explain this but not now"

Tiada ucapan hello atau salam, aku terus berkata begitu. Aku sudah boleh hidu apa yang ingin mama katakan. Mama merengus kasar.

"I want the explanation now, Lisa! Baru je putus tunang, dah ada pengganti? Mateen pula tu. Tak ada orang lain ke?", bentak mama. Bingit di hujung talian memaksa aku menjarakkan telefon dengan cuping telingaku.

"It's all over the news now, Lisa. Sampai bila nak belakangkan family? Mama ni dah tak penting ke dalam hidup Lisa?", sambung mama lagi. Masih dengan nada suaranya yang tinggi. Aku tahu mama terkejut dengan berita ini. Aku sendiri masih belum betul-betul hadam tentang cerita ini.

Aku pejam mata, cuba untuk mengumpul kekuatan. Kata-kata mama itu terlalu pedih untuk aku. Saat aku sudah mula redha dengan semua yang berlaku sebelum ini, Allah turunkan satu lagi ujian untuk aku.

"Ma, please. Lisa pun baru tahu pasal ni. Demi Allah, semua ni tak betul. Bagi Lisa masa untuk selesaikan", rayuku. Aku tidak mahu berbalah dengan mama. Otak aku sendiri masih lagi ligat memikirkan cara untuk selesaikan isu ini. Ini bukan sesuatu yang boleh dipandang mudah. Jika sekadar artikel biasa, aku tidak kisah. Tapi yang ini disertakan dengan gambar aku dan Mateen berpelukan.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now