54 | Di Angin Lalu

3.3K 93 9
                                    

Mateen melepaskan lelah di kerusi tepi padang. Air minuman jenama Evian diteguknya rakus. Penat sangat dengan latihan hari ini, ditambah pula cuaca yang panas sekarang.

Dia membuka segala kelengkapan Polo ekuestrian yang dipakainya semasa latihan tadi. Satu persatu diletakkan di atas meja. Mata masih meliar memandang ke tengah padang, melihat ahli pasukan lain yang masih membuat latihan. Minggu depan pasukan Polonya akan ke Thailand untuk tournament tahunan di sana.

Dia kerling jam di tangan, sudah hampir 5.30 petang. Elisa sudah berpesan supaya dia pulang awal sikit hari ini. Entah kenapa Elisa mahu dia pulang awal hari ini.

Selepas ke kem tengah hari tadi, Mateen terus ke kelab untuk latihan. Dan Elisa juga tidak ikut dia ke kelab hari ini kerana menghadiri majlis perasmian pusat asuhan kanak-kanak di daerah Muara bersama birasnya, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

"Kalut je kau ni. Takkan lari Lisa dikejar", usik Abin disertai tawa. Dari tadi dia hanya memerhatikan Mateen cepat memasukkan segala kelengkapan Polo ke dalam beg. Selalunya selepas latihan, dia akan berehat sebentar dan berbual dengan ahli pasukannya sebelum balik.

AJ yang berada di situ juga turut ketawa. Mateen mencapai topi MB Polo di atas meja lalu dipakainya. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Kau belum kahwin, mana tau pe'el bini. Kau tunggu dah kahwin nanti. Tengoklah kalut ke tak", jawab Mateen selamba. Abin hanya menggeleng mendengar jawapan balas dari Mateen. Sengaja dia mengusik kawannya ini.

Abin gembira dengan perubahan hubungan Mateen dan Elisa. Nampaknya kisah cinta Matt dan Elise belum berakhir. Senang dia melihat Mateen yang semakin bahagia kini. Lelaki ini memang layak untuk kecap bahagia dengan gadis pilihannya dari dulu lagi. Bagus juga tuanku sultan membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka dulu walaupun pada awalnya ditentang oleh Mateen.

"Okay guys. Ciao!", kata Mateen lalu menjinjing beg sukannya dan berjalan meninggalkan padang bersama AJ.

Begitulah selalunya, cepat saja Mateen ingin pulang bertemu isterinya. Seharian tidak berjumpa sudah rasa rindu. Sejak kahwin, belum lagi mereka berjauhan. Elisa pasti akan ikut ke mana saja Mateen pergi, lebih-lebih lagi ke luar negara. Cuma hari ini Elisa ada kerjanya sendiri.

"Best kahwin?", tanya AJ memecah kesunyian dalam kereta sedari tadi. Mateen yang baru saja mahu melelapkan mata sebentar sebelum tiba di Nurul Izzah menoleh memandang AJ yang fokus dengan pemanduannya.

Mateen ukir senyum. Lancar dia menjawab, "You pun dah kahwin. Mestilah you tahu best ke tak".

AJ hanya tersenyum mendengar jawapan Mateen. Sudah enam bulan sepupunya ini melayari bahtera rumahtangga, jelas kelihatan kebahagiaan di matanya.

"Lain rumah, lain ragam. Rumah you mana sama dengan rumah I. But I am sure you happy with Lisa now", balas AJ. Mateen ukir senyum lebar. Terus teringat akan isterinya di rumah. Dia sedang bahagia menjalani hidup bersama Elisa sekarang walaupun mereka masih lagi belajar mengenali hati budi masing-masing. Walaupun selama ini mereka selalu bersama, tapi keadaan itu tidak sama apabila sudah duduk sebilik, tidur sebantal. Sekarang baru tahu perangai sebenar masing-masing.

Telefon bimbit AJ berdering. AJ memperlahankan pemanduannya lalu di capai telefon yang diletakkan di dashboard kereta.

"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam, AJ. Is Mateen with you? I call dia banyak kali tapi tak dapat"

Kedengaran suara cemas Elisa di hujung talian. AJ kerling Mateen di sebelah.

"Yes. Dia ada dengan I ni. You nak cakap dengan dia?"
"Yes, please"

Suara Elisa masih lagi cemas. AJ menghulurkan telefonnya kepada Mateen. Mateen angkat kening sebelah.

"Lisa", kata AJ perlahan. Berkerut dahi Mateen, pelik kerana Elisa tidak menghubunginya terus. Telefon bertukar tangan.
"Hello princess. What's up?", tanya Mateen. Kedengaran hembusan nafas lega di hujung talian.
"What happened to your phone? I call you banyak kali tak dapat", tanya Elisa lembut. Segera Mateen mengeluarkan telefon dari poket seluarnya.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now