45 | Pohon Restu

2K 69 6
                                    

Passport? Done!
Phone? Ohoii..nyawa ni! Okay.. dah masuk beg.
Telekung favorite pun dah masuk beg!

Hurmm...apa lagi eh?

Mama... undone!

Aku lepas keluh berat lalu melabuhkan punggung di hujung katil. Sejak malam tadi, aku tidak nampak kelibat mama. Malah sewaktu Subuh tadi pun, mama tiada bersama untuk berjemaah.

Mama juga sebenarnya tidak tahu bahawa Mateen turut berada di rumah agam ini semalam. Selepas Mateen menghantar aku pulang, dia bersama Abin dan AJ keluar semula. Jangan ditanya ke mana kerana aku tidak mahu ambil tahu.

Papa yang mempelawa mereka untuk bermalam di rumahnya walaupun mereka sudah check-in di Hotel Grand Hyatt sebelum ini. Entah kenapa Mateen pula dengan senang hati menerima pelawaan papa.

Semasa mama tiba semalam, Mateen masih di luar. Jadi aku tidak pasti Mateen tahu atau tidak tentang drama aku dan mama. Tanganku mengusap pipi yang ditampar mama semalam. Masih terasa peritnya. Tidak semena titik jernih jatuh dari kelopak mataku.

Memikirkan mama, aku jadi sendu. Aku sendiri tidak tahu samada mama tahu atau tidak bahawa dia perlu ke Brunei hari ini. Aku kena jumpa mama. Aku perlu minta maaf dengan dia dan aku perlukan restu mama. Itu saja sumber kekuatan aku ketika ini.

Aku terus bangun dan menuju ke bilik mama yang berada di sebelah bilikku. Pintu bilik aku ketuk perlahan.

Senyap.

Aku ketuk sekali lagi. Beberapa ketika terdengar pintu dibuka dari dalam. Mama menjenguk. Nampak saja muka aku, terus berubah raut wajahnya.

"Boleh Lisa masuk?", tanyaku lembut. Melihatkan wajah mama ketika ini, hatiku menjadi sayu. Tiada reaksi di wajah mama. Kosong. Tak pernah aku lihat mama begini. Tanpa sebarang kata, mama membuka pintu lebih luas, membiarkan aku masuk.

Mama terus berlalu dan duduk di sisi katil. Aku melangkah perlahan menuju ke arah mama lalu duduk bersimpuh di depan wanita ini.

Lantas aku genggam erat tangan mama lalu membawanya ke bibir. Aku kucup tangan mama lama. Mata aku pejamkan saat bibirku menyentuh tangan tua ini. Butir-butir jernih mula membentuk di kelopak mataku.

Mama hanya memerhatikan tingkah lakuku tanpa sebarang kata. Masih lagi dengan riak wajah kosongnya. Aku tahu mama masih marahkan aku. Dia masih kecewa dengan sikap aku.

Aku hela nafas dalam dan panjang. Aku harus katakan ini sebelum aku berangkat pergi ke Brunei Darussalam.

"Mama, I am really sorry. Lisa tahu Lisa dah kecewakan mama. Lisa bukan anak yang baik", aku membuka bicara. Mama hanya membisu, sikitpun tidak memandang aku.

Perasaan hiba mula memenuhi bilik tamu di tingkat dua rumah agam ini. Bibirku bergetar menahan sendu.

"Lisa tahu Lisa dah banyak susahkan mama, susahkan daddy. Dari dulu sampai sekarang. Lisa degil. Lisa tak dengar cakap mama. Lisa tipu mama", sambungku lagi.

Suaraku mula bergetar, airmataku mula berlumba-lumba untuk jatuh. Aku hanya tertunduk, tidak sanggup menatap wajah mama.

Terbayang segala memori lama. Kerana cinta yang tak pasti, aku tipu mama. Kerana jiwa mudaku yang memberontak, aku buat keputusan tanpa berfikir panjang. Dan akhirnya, aku menanggung akibat atas segala perbuatan lalu itu.

"Sebabkan Lisa degil, tak dengar cakap mama, Lisa dapat balasan macam ni. Ini semua hukuman untuk Lisa, ma", kataku lagi. Senduku mula tidak dapat ditahan. Aku kalah, aku tidak mampu untuk tahan semua kepedihan itu.

"Ada satu rahsia yang selama ni Lisa simpan dari mama. Lisa minta maaf sebab Lisa tak berterus terang dengan mama sebelum ni. Sebab Lisa tahu mama akan marah", aku menyambung kata.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now