Kata-kata dari Mariah tadi masih bermain di fikiranku. Aku tahu Mariah juga mahu aku memilih Haiqal. Aku tahu, Mariah tidak mahu aku kecewa lagi. Lebih-lebih lagi kecewakan mama. Sehingga hari ini, mama masih marahkan aku.
Entahlah! Aku rasa sekarang ni, aku perlu buat pilihan untuk gembirakan orang lain. Bukan gembirakan hati aku.
Tapi akan bahagiakah aku dengan Haiqal nanti? Mariah tidak tahu apa yang Mateen katakan tentang Haiqal tempoh hari. Tentang kecurangan Haiqal yang aku sendiri tidak pasti. Sejak ke London, aku masih belum hubungi Haiqal. Begitu juga dia. Aku faham kesibukan Haiqal tentang projek di Jakarta.
Aku hanya tertunduk sepanjang perjalanan pulang ke St. John. Rasa berat pula kaki aku untuk melangkah. Aku masih mahu meluangkan masa dengan Mariah, namun tugas menanti sebaik aku pulang ke St.John nanti. Sudah tentu Mateen akan mencari jika kelibat aku tidak kelihatan di rumah agam itu.
"Where have you been?". Langkah kaki aku terhenti saat mendengar soalan dari suara yang tidak asing lagi bagi halwa telingaku. Aku angkat muka, memandang susuk tubuh lelaki yang sudah cekak pinggang dengan fail di tangan. Raut wajahnya bersahaja. Tidak tegang.
"I went to the park. I've texted you earlier. I went to meet Mariah", jawabku tenang. Mateen hembus nafas perlahan.
"Oh.. Phone I habis bateri. I'm charging it", balas Mateen. Aku pula hembus nafas lega. Dari itonasinya, aku tahu dia tidak marah. Keadaan terasa canggung seketika apabila aku dan Mateen hanya mendiamkan diri.
"Urmm.. I masuk dulu?", pintaku, teragak-agak. Tidak betah dengan keadaan ketika ini.Sejak kejadian malam itu, aku dan Mateen langsung tidak bercakap. Halnya semua diuruskan AJ seperti yang sudah diaturkan sebelum Mateen ke London dua minggu lalu. Aku melangkah melepasi Mateen apabila dia hanya anggukkan kepala.
Kemudian aku berpaling. Aku perlu katakan sesuatu yang aku pendam sejak tempoh hari, rasa bersalah aku.
"Mateen, I am so sorry". Ucapku, membuatkan Mateen berpaling memandang aku dengan dahi yang berkerut. Pelik agaknya aku meminta maaf dengan dia.
"Pardon?", tanya Mateen dengan kening dinaikkan sebelah. Aku hela nafas dalam. Aku perlukan kekuatan untuk semua ini. Apa saja reaksi Mateen selepas ini, aku kena terima.
"I-I am sorry for everything. I knew I have done wrong. I shouldn't invited Haiqal to Brunei. I'd breached the contract and you have the rights to get angry", kataku dalam getar. Mateen diam dan hanya memandang wajah kelat aku dengan pandangan kosong.Dia kemudiannya berpaling dan mula buka langkah untuk berlalu membuatkan aku tergamam dengan reaksinya. "Walk with me, Lisa", kata Mateen. Aku tersentak dan dengan pantas mengejar langkah Mateen yang semakin jauh.
"So you dah sedar yang you salah?", soal Mateen ketika kami sama-sama melabuhkan punggung di satu kerusi yang menghadap air pancuran di tengah taman belakang rumah agam St.John.
"Yes, I am. I admitted that. I was so fool. I didn't read the revised contract", tenang saja aku mengaku. Sudah terang aku bersalah, mengaku bersalah dan minta maaf lagi mudah."Great. Baguslah you dah sedar semua tu. But I'm sorry too for being too harsh to you", ujar Mateen perlahan. Aku terkedu mendengar kata maaf dari Mateen. Tapi memang patut dia minta maaf pun. Lebam di pergelangan tangan aku masih belum hilang. Setiap kali aku tengok lebam ini, hati aku rasa sakit. Aku hanya angguk dan diam. Fail yang dipegang Mateen tadi dihulurkan kepada aku. Aku tak pernah nampak fail ini.
"What is this?", soalku lalu menyambut huluran fail dari tangan Mateen.
"See what's inside", jawab Mateen bersahaja. Dalam debar aku membuka fail itu perlahan. Membuntang mata aku tatkala membaca artikel di dalam fail itu dan juga beberapa keping gambar yang tidak asing bagiku. Gambar aku dan Haiqal di Ulu Temburong dan Empire Hotel beberapa hari lepas. Dan sebuah artikel online bertajuk "HRH Abdul Mateen's dream girl flirt with other man"Aku tergamam dan hilang kata membaca artikel ini. Aku, gadis impian Mateen berlaku curang dengan lelaki lain?
Hellooo.. he is my fiance!
YOU ARE READING
Love You, My Prince
Fanfiction[Was Antara Kau, Dia & Dia] Saat Mateen melihat Elisa buat kali pertama, hatinya sudah mula menyukai gadis ini. Dalam masa yang singkat, dia berusaha untuk mengenalinya. Tetapi Elisa sudah membina tembok yang kukuh untuk menepis seorang lagi lelaki...