36 | Debu-debu Pilu

1.6K 70 14
                                    

"Hi, I'm Sofea. I wanna meet you. There's something important about Haiqal that I want to tell you. But please don't tell him. Only you and me"

Talian menjadi sunyi. Aku yang masih jetlag akibat penerbangan jauh dari London menjadi bingung. Seketika tadi telefon bimbitku berbunyi dan apabila aku menjawab panggilan yang tidak dikenali ini, suara wanita bernama Sofea terus menerjah masuk ke gegendang telingaku.

"Do you hear me, Lisa?", tanyanya apabila aku hanya membisu. Suaranya seakan memaksa membuatkan aku rasa jelek.
"Who are you?", soalku. Terpisat-pisat aku dari pembaringan. Kepala yang sakit sejak tiba lewat malam tadi masih juga belum reda.
"Like I said earlier, I am Sofea", jawabnya. Agak angkuh pada pendengaran aku.
Aku berdecit, "Who are you to Haiqal?". Aku perbetulkan soalan aku. Mungkin juga dia tidak faham dengan soalan yang aku ajukan tadi.

Sofea ketawa di hujung talian. Tawa yang dibuat-buat, menambahkan rasa sebal hati aku.
"You will know if you meet me. So let's meet up", jawabnya. Aku kerling jam di dinding bilik tidurku. Jam 10 pagi.
"Text me the time and location. I'll be there", kataku. Malas untuk memanjangkan perbualan ini. Namun hati aku memberontak untuk tahu. Aku pernah kenal nama ini tapi aku tak pasti adakah dia merupakan wanita yang sama pernah kecewakan Haiqal dulu.

"Okay, then", balas Sofea dan talian dimatikan.

'Coffee House, St.Regis KL, 3pm'

Aku amati mesej yang diberikan Sofea selepas beberapa minit talian berakhir tadi. Keluhan perlahan aku lepaskan. Kepala yang sakit aku lupakan seketika. Jika dilayan sakit kepala ini, tidak ke mana aku nanti. Langkah aku untuk ke bilik mandi terhenti apabila telefon ku berbunyi. Segera aku capai untuk melihat pemanggilnya.

Haiqal! Baru tadi aku berniat untuk telefon dia selepas mandi nanti. Tahu-tahu dia yang menghubungi aku dulu.

"Hello. Selamat hari raya", ucapku saat menjawab panggilan itu. Aku tidak mahu perasaan ingin tahu aku tadi menggangu perbualan aku dan Haiqal walaupun kala ini hatiku memberontak untuk tahu. Dalam masa yang sama, aku juga teruja untuk berbicara dengan lelaki ini.

Haiqal ketawa di hujung talian. "Selamat hari raya, sayang. Dekat KL?", tanya Haiqal mahukan kepastian. Aku pula yang ketawa mendengar soalannya. Haiqal tahu aku akan pulang ke Kuala Lumpur semalam. Sajalah tu mahukan kepastian.

"Yes, Qal. Planning to come here?", soalku pula. Hilang sakit kepala aku tiba-tiba mendengar suara lelaki yang aku rindui ini. Lama juga aku tidak bertemunya.
"Yerp. Mama nak datang esok. Beraya rumah bakal besan katanya. That's why I call you", jawab Haiqal. Ceria saja suaranya.
"Oh really? That's great. Lama tak jumpa Puan Sri Fauziah. Banyak benda nak borak dengan dia", selorohku. Haiqal ketawa besar.

Aku akrab dengan bakal ibu mertuaku sejak mengikat tali pertunangan dengan Haiqal kurang setahun lalu. Selalu juga Puan Sri Fauziah menghubungi aku bertanyakan khabar. Jika diimbas kembali, bakal ibu mertuaku ini lebih banyak menghubungi aku berbanding bakal suamiku.

"Suka lah tu dapat jumpa hi-tea buddy", usik Haiqal. Tawanya masih lagi sama seperti tadi. Tiba-tiba aku terasa rindu pada lelaki ini. Sudah lama kami tidak bersua muka.
"Qal, petang ni you free?", soalku yang turut mematikan tawa Haiqal tadi.
"I'm sorry, sayang. Petang ni I tak free. Family from daddy's side nak datang beraya", jawab Haiqal lancar. Aku hanya angguk perlahan.

"Kalau macam tu, tak apalah. Kita jumpa esok malam je, okay?"

"Okay! Sure sayang. See you soon. I miss you", ucap Haiqal. Aku tersenyum lebar mendengar ucapan kata itu. Sudah lama rasanya aku tidak mendengar suara Haiqal yang seceria itu.
"Miss you too", balasku.

Talian diputuskan. Aku kembali menuju ke bilik mandi. Menyegarkan badan dan kemudian turun ke bawah bertemu ahli keluargaku. Aku masih belum bertemu dengan mereka semua selepas tiba di rumah lewat malam tadi.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now