26 | Beralih Hati, Terikat Kasih

1.8K 57 2
                                    

Air teh ros nipis dalam cawan vintage dari koleksi 100 Years Of Royal Albert 1910 Duchess dihirupnya perlahan. Dia kerling gadis di sebelahnya dengan ekor mata. Cawan di tangan diletakkan di atas piringnya.

Hajah Mariam berdehem, membuatkan gadis di sebelahnya yang sedari tadi ralit dengan telefon angkat muka.

"Cuti lama ke this time?", tanya Hajah Mariam memulakan perbualan. Anisha ukir senyum lalu meletakkan telefon di atas meja. Dia memberikan perhatian pada wanita separuh abad ini.
"Sebulan dekat sini. Sebulan lagi I nak spend dekat London", jawab Anisha sopan. Hajah Mariam angguk kepala perlahan tanda faham.

"Aunty nak tanya sikit boleh?", tanya Hajah Mariam. Anisha senyum dan angguk, membenarkan wanita ini mengajukan soalan kepadanya.
"Icha sekarang tak ada boyfriend kan?", soalnya. Anisha sedikit terkejut dengan soalan itu. Berubah riak wajahnya namun seketika selepas itu, dia mengukir senyum.
"Tak ada, aunty. Kenapa?", tanya Anisha pula. Pelik juga dengan pertanyaan Hajah Mariam sekejap tadi.

Hajah Mariam ukir senyum manis. Tangan Anisha ditarik supaya rapat dengannya dan digenggam erat. Diusap lembut tangan gadis itu. Anisha bingung namun dia hanya membiarkan saja gerak geri Hajah Mariam. Keluarga mereka terlalu rapat. Malah sejak kecil Anisha selalu saja ke rumah Hajah Mariam yang suatu ketika dulu menetap di Istana Nurul Izzah. Dia membesar bersama-sama anakanda Hajah Mariam.

"What do you think about Timmy? Do you think that he should have someone special now?", tanya Hajah Mariam lembut. Terkedu Anisha mendengar soalan Hajah Mariam itu. Mengenai Mateen, siapa saja di kalangan teman rapatnya yang tidak tahu kisahnya. Setia pada seorang gadis yang kini menjadi pembantu peribadinya.
"I think he already has one, aunty", jawab Anisha lembut.

Hajah Mariam mencebik dan senyum sinis, seolah dapat teka siapa yang Anisha maksudkan.
"You means, Lisa?", teka Hajah Mariam.
"I think so", balas Anisha bersahaja. Dia tahu Elisa merupakan bekas kekasih Mateen, tapi kini tidak dapat dipastikan tentang hubungan mereka.
"Didn't you know that she's engaged?", tanya Hajah Mariam. Anisha terkejut, dia tidak tahu tentang itu.
"I didn't know that. When is that?", tanya Anisha kembali. Terkejut juga dengan berita ini.
"Few months ago. In London. I thought you knew that. You're not meeting Timmy in London?", soal Hajah Mariam.

Anisha hanya menggeleng. Sudah lama sebenarnya dia tidak bertemu lelaki itu. Sejak berakhirnya Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun lalu. Mateen juga sudah jarang menghubunginya, tidak seperti sebelum ini. Kepulangan Anisha ke Brunei juga tidak disambut Mateen seperti selalu. Sudah seminggu dia pulang ke Brunei, belum lagi ada kesempatan untuk berjumpa dengan lelaki itu.

"Aunty betul-betul ingat you know that. I thought Timmy will tell you. You are close to him", kata Hajah Mariam lagi.
Anisha tersenyum nipis. Itu dulu, sebelum Elisa menjadi pembantu peribadi Mateen. Sejak hadirnya gadis itu di sisi Mateen, Anisha seolah-olah dilupakan. Anisha akui hatinya terusik, berkecil hati dengan perubahan sikap Mateen.
"We were closed. But not anymore. He's changed", kata Anisha perlahan namun cukup jelas di pendengaran Hajah Mariam. Dia boleh menduga perubahan anak bongsunya itu tidak lain tidak bukan, kerana Elisa.

Hajah Mariam tatap wajah sugul Anisha. Ada sesuatu yang dirahsiakan gadis ini. Dia tahu keakraban Mateen dan Anisha sejak dulu lagi. Mereka berdua selalu menghabiskan masa bersama-sama sewaktu Mateen menetap di London. Namun, dia perasan sejak hadirnya Elisa kembali dalam hidup Mateen, sikap anakandanya itu berubah. Dengan dia saja, Mateen sudah pandai membantah. Setiap kali Hajah Mariam suarakan tentang tidak senang hatinya dengan Elisa, Mateen pasti melenting. Mateen akan pertahankan gadis itu.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now