Ch.5 - Rumor

553 94 4
                                    

"Boss? Puan muda? T-tidur sekali?!" pengawal peribadi yang berada di luar bilik tidur Xu Yu terjerit kecil.

"Ha'ah kau tak tahu ke? Semalam aku yang jaga kawasan ni. Lepas tu masa aku asyik merenung bintang di langit aku terdengar suara boss cakap. Dia cakap dia akan pastikan malam ni dia tidur dengan puas."

"Oh mak kau gucci! Biar benar? Ish habis tu apa jadi?"

"Aku nampak.. bayang-bayang boss tanggalkan baju lepas tu ha, dia terkam puan muda. Ganas haih boss kita. Nampak lembut di luar tapi ganas di katil. Mengancam wuu."

Beberapa pengawal yang sedang berdiri di luar berbisik lagi, "Jom ah sebarkan hal ni. Kita kasi tahu kat Puan Xu. Mesti dia gembira dengar anak dia dapat tidur dengan boss kita. Yela, selama 10 tahun kahwin tak pernah sekalipun boss datang tidur sini. Masa malam perkahwinan tu pun aku yang tolong boss lari dari kediaman ni."

Setelah habis bercerita, mereka mula berlari anak memberitahu para pembantu dan pengunjung kediaman tersebut. Habis heboh satu kediaman itu dengan gosip hangat itu.


Mereka berdua sama-sama melangkah keluar dari bilik tidur. Tanpa mereka sangka, ibu bapa Xu Yu dan pembantu kediaman sudah sedia berdiri di hadapan bilik mereka.

"Ibu? Kenapa ibu datang tiba-tiba ni? Xu Yu mimpi ke?" bisik Xu Yu perlahan.

"Oh, anak ibu!" Puan Xu menerpa ke arah Taehyung dengan segera. Belakang tangan anaknya diusap lembut.

Ayah Xu Yu hanya berdiri sambil tersenyum manis. Dipandangnya wajah Xu Yu agak lama sebelum membuka bicara, "Taehyung, terima kasih sebab sudi jejakkan kaki dalam bilik tidur Xu Yu."

Xu Yu tersentak, "Err, sama-sama ayah."

"Xu Yu, ibu dah tak sabar ni nak dapat cucu! Dah 10 tahun ibu tunggu. Akhirnya, hari yang bersejarah ni sudah tiba." Puan Xu memeluk erat Taehyung.

Taehyung kaku dalam pelukan ibu mertuanya. Gembira benar mereka kali ni.

"Mesti kamu berdua letih kan sebab semalam? Takpe, rehatlah. Nanti ibu minta pembantu kita hantarkan makanan. Xu Yu, jaga suami kamu elok-elok tau. Wah, gembiranya! Tak sabar nak bagitahu kawan-kawan ibu!"

Xu Yu yang melihat ibunya terlalu gembira berasa bersalah. Rasa sedih menyelinap masuk ke dalam hatinya.

"Ibu..."

"Ya, Taehyung?"

"Kalau kami tak dapat anak jangan marah tau?"

Ibu Xu Yu tergelak kecil. Dia mengusap lembut bahu Xu Yu lalu membalas, "Asalkan ibu nampak kamu buat Xu Yu bahagia, itu dah cukup. Soal anak biar tuhan yang tentukan."

Taehyung mengangguk. Dia berasa terharu pula dengan layanan orang tua Xu Yu terhadapnya. Sungguh baik dan penuh kasih sayang. Teringat pula akan layanan mamanya terhadap Xu Yu. Kejam sungguh!

"Terima kasih ibu."

"Takde apa lah Xu Yu. Oh ya Xu Yu."

"Kenapa ibu?"

"Minggu depan, Bai Dijun akan datang ke sini. Dia berhajat nak tinggal sini beberapa bulan. Boleh kan? Kalau Xu Yu tak selesa tak mengapa lah."

Xu Yu tersentak begitu juga Taehyung. Ada satu persoalan yang tiba-tiba muncul dalam benak fikiran Taehyung. Bai Dijun? Siapa tu?

"Eh mesti la boleh ibu. Dijun mesti suka tinggal kat sini. Nanti Xu—Tae boleh bawa dia jalan-jalan kat Seoul." jawab Xu Yu selamba.

Membulat mata Taehyung. Belum bincang bersama dah buat keputusan?

"Xu Yu... Dijun nak sangat jumpa kamu. Dia dah rindu separuh mati tu kat kamu. Layan dia baik-baik tau?"

"O..Ok ibu." balas Taehyung perlahan.

Haish siapa pula Bai Dijun ni?

【KEDIAMAN KIM】



"Apa kamu cakap? Diorang tidur sekali semalam? Di Siheyuan? Kenapa kamu benarkan dia balik ke sana hah Hye Jin? Mama dah cakap suruh halang Taehyung daripada masuk bilik tu! Kalau tak, habis pecah rahsia kita nanti!" lantang sahaja Puan Kim menjerkah.

Hye Jin menunduk memohon maaf, "Maafkan Hye Jin, mama. Hye Jin... Hye Jin tak sempat. Xu Yu yang gedik ajak Tae balik rumah dia. Mama, jangan salahkan Hye Jin, eung?"

"Takpe lah Hye Jin. Kalau dia dah tidur dengan Taehyung pun, kita kena pastikan satu benda jer."

Hye Jin mengangkat keningnya, "Apa dia mama?"

"Kalau dia mengandung, tahu la nanti mama kerjakan macam mana."

"Jangan risau mama, Hye Jin takkan benarkan dia hidup bahagia dengan Taehyung."

Mereka berdua sama-sama tersenyum sinis lalu ketawa jahat.
"Kita tengok apa yang akan terjadi lepas ni."

T

B

C

♥♡

[C] No Doubt In Us【Kim Taehyung】Where stories live. Discover now