Ch.25 - Yueha

410 66 11
                                    


"Sebenarnya masih ada caranya, Xu Yueha."

Xu Yu terkedu. Macam mana dia boleh tahu?

"Dijun macam mana kau—"

"Sebab hanya seorang sahaja yang aku kenal kalau menangis tabiat dia macam mana. Kau... Xu Yu kan?"

Xu Yu mengangguk. Rasanya semua ni dah tak perlu disembunyikan lagi.

"Jangan risau, dia hidup lagi."

"Hah? B-betul Dijun?"

"Ya, roh korang kan bertukar. Jadi, secara automatik, kalau korang bertukar badan balik, dia dapat hidup balik dapat badan asal dia."

"Macam mana kau tahu semua ni Dijun?"

"Aku kan selalu baca komik. Haha."

"Oh, haha."

"Tak aku gurau jer. Eleh kau ni. Aku ada pak cik. Nama dia Bang Si Hyuk. Dia ni terkenal dalam ilmu perubatan. Aku pasti dia boleh sembuhkan Taehyung kembali."

"Betul? Jom bawa Taehyung cepat!"

"Ya, mari selamatkan dia."



* * *



"Jadi, dia takkan ingat saya dah lepas ni pak cik?"

Bang Si Hyuk mengangguk lalu mengurut dagunya yang mempunyai janggut putih yang agak panjang.

"Apapun, hanya kamu yang akan ingat segala kenangan yang pernah kamu lalui. Dia takkan pernah ingat semua ni. Kamu sanggup?"

Xu Yu mengangguk laju. "Demi dia pak cik, walaupun laut tu dalam, saya akan guna bot untuk merentasinya."

"Hoi pepatah malaun mana yang kamu guna ni?"

"Pepatah saya sendiri pak cik."

"Dijun, sebaik sahaja dia bertukar kembali, bawa Taehyung ke hospital. Reka satu cerita dan rahsiakan hal yang sebenar. Itu lebih baik."

"Baik, pak cik!"


TBC

[C] No Doubt In Us【Kim Taehyung】Where stories live. Discover now