Ch.17 - necktie

422 79 5
                                    



"Tae~ saya tak pandai ikat tali leher la. Yang tempek haritu dah hilang! Huaa!" teriak Xu Yu tiba-tiba.

Taehyung yang sedang menjahit corak bunga pada sapu tangan berhenti melakukan kerjanya. Dia menoleh ke arah Xu Yu yang terkial-kial di depan cermin mahu memakai tali leher dengan baik.

Dia menggeleng perlahan lalu bangun dari duduknya. Kaki menderap mendekati Xu Yu yang kaku tiba-tiba.

"Kenapa kau diam?"

"Ah, entah. Kau nampak cantik sangat tadi."

"Ha'ah. Aku pun rasa kau handsome."

"Amboi, ini dah kes puji diri sendiri ni."

"Shh!" jari telunjuk mulusnya diletakkan ke bibir Xu Yu.

Terpempan Xu Yu seketika. Tangan Taehyung mula bermain-main dengan tali leher itu. Xu Yu leka melihat Taehyung yang sedang asyik membuat ikatan. Bibirnya menguntum senyuman.

"Kenapa senyum? Dah jangan tengok lama-lama."

"Kenapa?"

"Nanti kena penyakit."

"Penyakit apa?"

"Penyakit angau."

Taehyung tergelak kecil kerana pickupline dia sendiri. Tiada sebarang reaksi yang ditunjukkan oleh Xu Yu.

Namun tiba-tiba gadis itu mencengkam kasar bahu Taehyung lalu digoyangkan tubuh itu ke kanan dan kiri.

"HOI MAMBANG AIR, MAMBANG TANAH, MAMBANG RAMLEE, MAMBANG SUDIN, MAMBANG AZIS, MAMBANG SEGALA MAMBANG, KAU KELUAR DARI BADAN TAEHYUNG SEKARANG JUGAK!"

"Hei, Xu Yu! Ni aku Taehyung! Bukan setan!"

"Ah aku tak percaya, keluar la setan!"

"Xu Yu!"

Xu Yu terdiam apabila dijerkah sebegitu kuat. Taehyung merengus kasar menatap mata Xu Yu.

"Salah ke aku buat baik kat kau? Salah ke nak layan kau yang terbaik? Atau kau tak suka?"

"Tae... saya..."

"Jangan cakap dengan aku lagi."


TBC

[C] No Doubt In Us【Kim Taehyung】Место, где живут истории. Откройте их для себя