Ch.23 - Guilty

400 58 3
                                    



"Tuan muda!"

"Eo? Eunwoo? Kenapa ni? Mana Xu Yu? Kenapa cemas sangat ni?" bertubi-tubi soalan dilontar oleh Xu Yu.

"Puan... puan muda dalam bahaya! Cepat tuan!"

"Apa?! Macam mana?" dia terus bangun dari duduknya secara mengejut menyebabkan kerusinya terjatuh ke belakang.

"Tuan, maafkan saya. Saya yang bersalah. Cik... cik Hye Jin paksa saya. Dia cakap dia akan bunuh ahli keluarga saya kalau saya tak bawa puan muda ke tempat yang dia minta. Tuan saya layak mati tuan. Tolong maafkan saya. Hukum saya dengan seberat-beartnya." tersedu-sedan Eunwoo menangis sambil melutut di hadapan Xu Yu.

"Takpe, saya faham. Jangan risau, saya takkan pecat awak. Awak tak bersalah. Sekarang, Xu Yu kat mana?"

"Dekat... hutan. Tuan, saya akan bawa tuan ke sana sekarang juga!" kata Eunwoo dengan bersungguh-sungguh.

Xu Yu mengangguk lalu mereka berdua berlari pecut ke arah ke arah kereta. Sempat dia menelefon pihak polis ke lokasi mengikut maklumat yang Eunwoo beri.

Hati Xu Yu resah. Sangat resah sehingga tangannya menggigil dan air matanya seakan mahu mengalir keluar.

"Tae, tunggu saya!"



* * *


Tubuh Taehyung yang diikat di atas sebuah kerusi dipandang sinis oleh Hye Jin. Pisau yang menikam tepat di dada itu masih baru. Dia mencabut pisau tersebut maka membuaklah darah mengalir keluar.

"Perfect!"

Dia tersenyum girang. Saat itu kepalanya tiba-tiba terasa sakit.

"Xu Yu—tak jangan keluar! Jangan ganggu rancangan aku—Xu Yu! —Hye Jin, jangan kau berani halang aku!— Xu Yu! —Argh, kau tak wujud Hye Jin. Hye Jin lemah. Aku aku wujud. Bukan kau—Xu Yu! —Jangan ganggu aku—"

Tiba-tiba dia bergelut dengan dirinya sendiri lalu disebabkan kecuaiannya sendiri, dia tertusuk pisau yang tajam itu. Membuak darah keluar dari perutnya. Hye Jin terbeliak.

"K-kan dah cakap jangan ganggu.. argh, rancangan aku! Bodoh!" dia mencarut pada dirinya sendiri.

Hye Jin tiba-tiba menangis seakan menyesal, "Xu Yu... mianhae."

TBC

[C] No Doubt In Us【Kim Taehyung】Where stories live. Discover now