Ch. 8 - Frenemies

472 91 2
                                    


"Apa?! Diorang berhenti bergaduh?" soal Taehyung tidak percaya.

Xu Yu mengangguk. Sambil itu mulutnya tidak berhenti mengunyah biskut coklat di atas katil miliknya.

"Ya. Lain kali Tae, awak kena tegas tau? Jangan berlemah lembut sangat dengan diorang nanti senang kena pijak kelapa eh kepala."

"Kau masih muda... Kau tak tahu dunia perniagaan macam mana."

"Awak ingat muda ni alasan untuk saya tak tahu apa-apa? Saya pun tahu ok." bidas Xu Yu selamba.

Taehyung menghelus nafas lalu menyambung katanya yang terhenti kerana dipotong oleh Xu Yu, "Kau tahu kenapa aku kahwin dengan kau sepuluh tahun yang lalu Xu Yu?"

"Oh, waktu kita umur 20 tahun?"

"Ya, kau tahu kenapa?"

"Saya tahu. Sebab keluarga saya berkuasa kan? Jadi atas dasar untuk memperkuatkan lagi syarikat awak, awak korbankan masa depan awak untuk kahwin dengan saya." jawab Xu Yu setelah lama diam.

Taehyung mengangguk setuju.

"Jadi kalau kau tahu kenapa kau masih..."

"Setuju? Saya rasa awak tak perlu tahu kot. Dah la, saya nak keluar dengan Park Jimin sekarang. Bye Tae!"

"Eh jap, Jimin? Kawan aku?"

"Yelah. Saya pergi dulu, bye!"

Xu Yu menapak beberapa langkah sebelum berhenti berjalan buat seketika. Dia memusingkan badannya 180 darjah. Dipandang wajahnya sendiri.

"Tae... kalau saya jadi awak pun, saya takkan percayakan sesiapa pun. Sekarang, saya dah tak nak persoalkan tindakan masa lalu awak. Kalau saya jadi awak pun... saya akan buat benda yang sama." Xu Yu berkata dengan suara yang diperlahankan.

Belum sempat Taehyung membalas, Xu Yu sudah menhentak kasar pintu biliknya dan berlalu pergi.

Dia tak pasti apa yang Xu Yu rasa ketika ini.

"Sekali lagi, dia buat aku rasa bersalah sangat." desisnya.

TBC

[C] No Doubt In Us【Kim Taehyung】Where stories live. Discover now