Ch.31 - Don't go

438 74 0
                                    



"Tae... hiks. Jangan pergi. Jangan buat saya risau tolonglah!" rintihan seorang gadis itu kedengaran amat jelas di telinganya.

Dia membuka matanya yang terasa pedih itu. Ada satu tangan yang halus sedang memeluk tubuhnya sambil menangis teresak-esak. Pandangannya dialihkan ke arah gadis itu.

"Yueha?"

Yueha terperanjat. "Tae..."

"Xu Yueha, Xu Yu..."

"Ya saya?"

"Macam mana aku boleh ada kat sini?"

"Semalam awak terjatuh dalam kolam. Dan mujur saya sempat selamatkan awak. Awak tu dah la tak pandai berenang. Jangan buat saya risau boleh tak?"

Wajah Yueha yang sedang marah itu seakan pernah dilihat oleh Taehyung. Dia sendiri tak pasti sipakah perempuan ini dan kaitannya dengan Xu Yu. Tapi hatinya sejak tadi lagi menebak bahawa mereka orang yang sama.

"Xu Yu," panggil Taehyung selamba.

"Ya—" Yueha menekup mulutnya. Ops, dah terlepas!

Taehyung tersenyum. Wajah Yueha dipandang lama kali ini. Entah kenapa tiba-tiba kepalanya terasa sakit dan pening. Dia menutup matanya dan melihat Yueha berada di sampingnya.

"Tae... saya cintakan awak."

"Tae... awak tak nak jumpa saya?"

"Tae... saya rindu awak."

"Tae... tak layakkah saya untuk awak."

"Tae... untuk kali terakhir boleh tak saya nak tengok awak?"

"It's my dream to marry you."

"Dah jadi tanggungjawab saya untuk lindungi awak."

"Senyum!"

"Tae... bangun!"



Air mata lelakinya gugur. Dia menangis teresak-esak dalam dakapan Yueha.

"Taehyung, kenapa ni? Sakit ke?"

"Xu Yu..."

"S-saya kat sini."

"Jangan tinggalkan aku. Please!"

"Tak saya takkan tinggalkan awak. Dah jangan menangis."

"Aku sayang kau... tolonglah. Jangan hilang lagi. Aku dah tak sanggup."

"Tae—"

Chupp!

Yueha terkedu. Debarannya makin menggila apabila lelaki itu mencium dahinya buat kali yang kedua.

"You are my sunshine and without you, i might hate the sun. So please come back."

[C] No Doubt In Us【Kim Taehyung】Where stories live. Discover now