Ch.22 - Saving him

397 71 7
                                    



"Hei berhenti lelaki jahannam! Jangan cuba apa-apakan dia!" suara itu lantang menerjah masuk.

Taehyung terkedu begitu juga dengan 3 orang lelaki asing itu. Hye Jin yang memegang sepucuk pistol pantas mengacukan senjata tersebut ke arah mereka.

"Aku cuma nak korang takutkan dia jer. Jangan nak buat benda tak senonoh pula. Aku dah bagi duit masih tak puas hati? Dasar jantan tak guna."

"C-cik... jangan! Jangan bunuh kami" rayu mereka berdua.

Tangan diangkat tinggi ke udara. Hye Jin tersenyum sungging. "Kau jamin ke kau takkan ke penjara? Daripada kau bocorkan maklumat nanti, lebih baik aku bunuh kau sekarang!"

Bamm!

(Momoland- baam)

"Aduh sial lah ringtone aku ni." Hye Jin menjawab panggilan telefonnya.

"Ya mama?"

"Hye Jin, balik sayang eung? Mama dah tak marah. Mama janji mama takkan paksa Hye Jin lagi."

"Heh, dasar perempuan bangsat. Kau suka suki alif ba ta kau jer musnahkan hidup aku. Apa kau cakap? Biarkan diorang berdua bahagia? Tak. Hye Jin takkan buat macam tu. Hye Jin... Hye Jin nak bahagia macam orang lain! Malam ni, semua benda akan selesai!"

Dia menghempas telefon Samsung Galaxy nya dengan penuh kemarahan. Tak cukup dengan itu, dia menembak telefonnya tanpa ragu.

Takpe dia kaya. Ada banyak duit. Jadi tak perlu risau pasal tu.

"Xu Yu! Bangsat kau! Mari sini!"

Tanpa belas kasihan, rambut panjang milik Taehyung ditarik kasar sehingga dia mengerang kesakitan. Diheretnya ke sebuah tempat lalu dia mula menendang Taehyung sehingga dia keluar darah dari mulutnya.

"Ini untuk anak dalam kandungan kau!"

"Aku tak mengandung lah bongok!"

"Ini untuk Taehyung!"

"HYE JIN!"

"Dan ini untuk aku..." Hye Jin mencapai pisau tajam yang berada di atas meja lalu dia menikam alat tajam itu tepat pada dada Taehyung.

Taehyung terkaku. Badannya menggeletar dan dia dapat rasakan satu kesakitan yang amat. Tangannya memegang pisau tersebut yang belum dicabut. Aturan nafasnya tidak teratur. Mata dibeliakkan seluas yang mungkin.

"Tak... tak mungkin!"

"Selamat malam, Xu Yu." bisik Hye Jin sinis sebelum kepala Taehyung dihentak kuat di atas lantai.

.
.
.
.

Dunianya terasa gelap ketika itu. Sekujur tubuh lesu tidak bermaya di atas lantai. Dia hanya nyawanya bagai telur dihujung tanduk.

Bayangan Xu Yu sahaja yang memenuhi mindanya ketika itu. Taehyung tersenyum dalam keadaan sakit. Tangannya sempat cuba menggapai bayangan wajah Xu Yu yang memakai gaun perkahwinan.

Itulah hari pertama mereka bergelar suami isteri.

Air matanya mengalir melihat wjaah Xu Yu yang tersenyum indah memegang erat tangannya.

"Xu Yu... Saranghae."


TBC

[C] No Doubt In Us【Kim Taehyung】حيث تعيش القصص. اكتشف الآن