Bab 15

7.8K 387 7
                                    

Syed Faiq menjejakkan kaki ke atas tanah. Pintu kereta berwarna hitam itu ditutup lalu dia memandang tepat ke arah sebuah rumah kampung dua tingkat. Bahagian atas keseluruhannya kayu dan bawahnya konkrit. Amat menarik perhatian orang bandar seperti Syed Faiq. Tiba-tiba ada satu tangan yang menepuk bahunya.

"ni ke rumah bakal wife kau?" Syarifah Fatini memalingkan wajah ke rumah itu. Pada pandangannya, rumah itu agak usang, tetapi baginya cantik dan amat tradisional. Dia berminat untuk melihat keadaan rumah itu dari dalam. Pasti menarik!

"Ni rumah nenek dia. Rumah dia dekat Shah Alam." Syed Faiq memandang ke arah beberapa buah kereta yang berada di situ.

Dia tidak pasti mana satu kereta milik Alliya sebab dia sendiri pun tidak tahu Alliya menggunakan kereta apa. Yang dia pasti dan tahu, Alliya berkongsi kereta bersama kakaknya. Itu sahaja.

"Dia ada ke tak?" Syarifah Fatini menyoal menyebabkan Syed Faiq memandang ke arahnya dengan mengangkat sebelah kening.

"Ada la. Kalau takde buat apa kita datang sini?" Syed Faiq memandang jam berwarna biru hitam yang dililitkan pada tangan kirinya. Jarum jam baru sahaja berada pada nombor 4, tetapi Alliya menyuruh Syed Faiq datang pada pukul 5.

"Angah taknak masuk ke? Dekat sini takde orang datang jemput"

Syed Faiq menjeling Syarifah Fatini. Entah mengapa dia berasa seperti Syarifah Fatini memerlinya.

"Kau ingat aku ni macam along? Semua tempat yang dia jejak mesti ada standard?

Syarifah Fatini tergelak. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan alongnya. Seorang manusia yang amat mementingkan standard dan class, tetapi berkahwin dengan bekas guru. Seorang wanita yang berjaya menawan hati Syed Fyad walaupun dirinya amat berbeza dengan personality Syed Fyad. Suatu kisah percintaan yang berbeza darjat tetapi amat sweet.

"Habis tu sampai bila kita nak tercegat dekat luar ni?" Syarifah Fatini mula bosan. Hampir 5 minit mereka tercegat di sini dan hanya memandang rumah yang pintunya tertutup itu. Seperti tiada orang, tetapi dipenuhi dengan 3 buah kereta.

"Sebenarnya, dia suruh aku datang pukul 5 tapi sekarang baru pukul 4. Jadi aku tak tahu nak masuk ke tak."

Terus Syarifah Fatini menepuk dahi. Dia memandang Syed Faiq dengan wajah tidak percaya. What?! Pukul 5?

"Habistu?! Takkan kita nak berdiri dekat sini sampai pukul 5? Kau jangan buat gila angah. Aku dah la terpaksa ikut kau. Takkan aku nak tercegat dekat sini je dengan kau?" Syarifah Fatini menjadi sedikit marah. Dah janji pukul 5 tu, pukul 5 la maknanya. Buat apa datang awal-awal ni. Entah ada orang ke tak rumah ni. Pintu pun tutup.

"Ish, kau ni sabar sikit boleh tak? Aku saja datang awal sebab kita nak kena cari hotel lepas ni. Takkan kita nak balik rumah hari ni juga" Syed Faiq mengerutkan dahi. Dia ni memang tak boleh nak sabar sikit kan?

Syarifah Fatini hanya membuat muka lalu memandang sekeliling rumah tu. Sebuah rumah kampung yang terletak berhadapan dengan sebatang sungai dan dikelilingi dengan pokok.

Syed Faiq menyeluk poket lalu telefon pintarnya diambil. Badan Syed Faiq disandarkan pada pintu kereta hitamnya itu sambil tangan kanannya membuka telefon pintarnya itu. Sebelah lagi tangannya mula memegang telefon itu untuk memudahkan Syed Faiq mengawal telefon pintar itu.

Syarifah Fatini mula membuka jejak. Dia melangkah perlahan-lahan sekeliling kawasan itu. Baru sahaja tangan Syed Faiq ingin membuka bahagian contact, dia terdengar bunyi sebiji motor menghampiri rumah itu.

Syarifah Fatini terus melangkah menghampiri Syed Faiq semula. Mata mereka berdua menangkap wajah seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an dan seorang kanak-kanak memakai tudung  memberhentikan motor di bawah bumbung rumah nenek Alliya.

Mrs. Monsieur √Where stories live. Discover now