Sweet Scene 3

12.3K 259 23
                                    

Perlahan-lahan Alliya membuka mata apabila terasa seperti pipinya dikucup perlahan. Dia melihat Syed Faiq sedang berura-ura untuk bangun. Pantas sahaja tangan kanannya memegang tangan kiri Syed Faiq, memberhentikan Syed Faiq yang baru sahaja ingin berdiri.

"Sayang" Syed Faiq bersuara dengan nada sedikit risau. Dirinya agak terkejut apabila Alliya tiba-tiba sahaja memegang tangannya.

"Abang nak pergi mana?" Pegangan tangan Syed Faiq diperkemaskan lagi.

"Abang nak pergi kerja"

Alliya terus menggelengkan kepala. Dahi Syed Faiq berkerut hairan.

"Kenapa?" Syed Faiq bersoal pelik.

"Abang tak boleh pergi kerja"

Syed Faiq terlopong. Matanya memandang Alliya yang kelihatan sayu di hadapannya.

Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan. Badannya dihadapkan ke arah Alliya. Tangannya yang dipegang Alliya bertukar alih, kali ini kedua-dua tangan Syed Faiq mengenggam tangan Alliya.

"Sayang, mana boleh macam tu. Abang ada meeting pagi ni" Syed Faiq mula berasa bersalah. Dia tidak sampai hati untuk pergi kerja kalau keadaan Alliya begini, tetapi dia tetap perlu pergi atas tanggungjawabnya yang lain.

"Tak boleh. Abang tak boleh pergi sana. Abang tak boleh tinggal Lia" Alliya mula merengek seperti mahu menangis. Bersungguh-sungguh dia tidak mahu suaminya itu pergi ke kerja.

"Sayang... Jangan la macam ni. Abang ada meeting penting dengan Dato Azhar. Abang kena pergi juga" Syed Faiq cuba memujuk lagi. Akhirnya, Alliya melepaskan tangannya daripada genggaman Syed Faiq. Badannya dikalihkan sedikit daripada menghadap Syed Faiq.

"Nampak sangat abang lagi pentingkan kerja abang dari Lia" suara Alliya berubah perlahan, tetapi cukup kuat untuk sampai ke telinga Syed Faiq.

"Sayang" Syed Faiq mula diserang rasa bersalah. Dia tahu itu petanda bahawa Alliya hendak menangis.

"Takpelah... Abang pergilah" suara Alliya bergabung dengan suara tangisan.

Dan tidak lama selepas itu, mula kedengaran suara tangisan halus daripada Alliya.

Syed Faiq terus meraup kasar wajahnya. Mana mungkin dia sanggup melihat isterinya itu menangis. Syed Faiq menghela nafas berat. Nampaknya dia terpaksa cancel meeting-nya.

Tangannya mencapai telefon pintarnya yang berada di meja lampu. Tangannya terus mencari nombor Dato Azhar dan menghubunginya. Dipandang sekilas Alliya yang masih lagi menangis di sebelahnya.

"Assalamualaikum dato" Syed Faiq menyapa apabila panggilannya diangkat.

"Waalaikumussalam. Ya Faiq, ada apa?"

"Dato, saya betul-betul minta maaf. Saya tak dapat datang meeting hari ni. Isteri saya tak sihat. I'm truly sorry Dato. Saya tak sanggup nak tinggal isteri saya dengan keadaan dia macam ni"

"It's okey Faiq. Choose family more than work. Lagipun sekarang ni wife you tengah pregnant right?"

"Yes"

"Sekarang ni dia betul-betul perlukan you. Spent time with her. Pasal meeting ni, don't worry, we can settle it later."

"Thank you so much Dato. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Syed Faiq meletakkan panggilan sebelum menghubungi orang lain. Telefon pintarnya itu ditelekupkan ke telinga dan 2 saat selepas itu panggilannya dijawab.

Mrs. Monsieur √Where stories live. Discover now