"Tahniah bro"
"Hebat kau"
"Wow!"
"Tahniah"
Syed Faiq, Alliya, Azhira dan Nasyatul mula naik pening. Masing-masing tak faham apa yang tengah berlaku. Boleh dikatakan dekat 10 orang ucap kata 'tahniah' dekat Syed Faiq. Syed Faiq sendiri pun tak faham apa maksud kata 'tahniah' itu. Syed Faiq dan Alliya mengambil keputusan untuk makan di Hipster Cafe sebelum layan movie. Tiket pukul 6, so kita makan dulu.
Izramia dan Nasyatul masuk dahulu ke dalam cafè. Tangan Izramia dari tadi tidak lepas menggenggam erat tangan Nasyatul. Nasyatul dan Izramia berjalan laju masuk ke dalam cafe sambil wajah mereka tidak lepas tersenyum. Alliya dan Azhira menggelengkan kepala manakala Syed Faiq dan Izalia pula ketawa melihat Izramia dan Nasyatul seperti sangat gembira apabila nampak cafe itu.
"Macam budak-budak Asya tu. Tak sedar ka yang umur dah 26 tahun?" ujar Alliya lalu menggelengkan kepala.
Alliya, dan Syed Faiq mula melangkah masuk ke dalam cafe sebelum Azhira dan Izalia turut menjejakkan kaki masuk. Sama seperti Izramia, Izalia memegang erat tangan Azhira. Mereka berenam duduk di meja yang bernombor 8. Alliya, Azhira dan Nasyatul duduk sebaris manakala Syed Faiq, Izalia dan Izramia duduk bertentangan dengan mereka.
"uncle.." panggil Izalia dan Izramia serentak. Syed Faiq yang tadinya memandang sekeliling cafe itu, berkalih mata ke arah anak-anak buahnya. Tau dah apa diorang nak..
"kenapa?" soal Syed Faiq sengaja walaupun dia dapat tahu apa yang Izalia dan Izramia nak. Mereka berdua membuat muka comel yang dah aslinya memang comel.
Alliya, Azhira dan Nasyatul hanya diam memerhati Syed Faiq melayan anak-anak buahnya. Sebelah kening Syed Faiq sengaja diangkat dan mukanya digarangkan-sama seperti Syed Fyad bersoal ketika sedang badmood.
Muka Syed Faiq dan Syed Fyad lebih kurang. Dari kecil lagi, ramai orang cakap yang Syed Faiq dan Syed Fyad ni kembar tak seiras, walaupun sebenarnya bukan. Lepas Syed Faiq balik dari Canada, muka diorang dah berbeza, tapi tetap ada sikit-sikit persamaan macam mata dan hidung mancung..walaupun muka Syed Faiq lebih kepada muka mat saleh sebab lama menetap lama di Canada.
Wajah Izalia dan Izramia berubah menjadi sedikit takut. Perlahan-lahan mereka memandang meja. Izalia dan Izramia memang takut dengan Syed Fyad kalau dia tengah badmood. Sekarang wajah Syed Faiq seperti Syed Fyad, sebabtu Izalia dan Izramia tunduk. Syed Faiq tergelak melihat anak-anak buahnya tiba-tiba menunduk.
Tangannya diselukkan ke dalam poket belah kiri. Telefon pintar berjenama Samsung milik Izalia dan Izramia dikeluarkan. Syed Faiq memasukkan kata laluan lalu menghulurkan telefon pintar itu kepada Izalia.
Walaupun telefon itu sememangnya milik Izalia dan Izramia, tetapi itu bukan bermakna diorang berhak pegang ataupun main 24 jam. Telefon itu akan disimpan oleh Syed Fyad, sebab semua tahu yang anak-anak akan lagi takut dengan ayah berbanding ibu, dan kenyataannya, Izalia dan Izramia memang takut dengan daddy diorang.
Kalau Syed Faiq, ataupun wife Syed Fyad bawa Izalia dan Izramia jalan-jalan, Syed Fyad akan bagi telefon tu. Mana la tahu, kot-kot masa jalan-jalan tu terjumpa kawan lama ka, nak sembang senang, anak sebuk main telefon. Takde la asyik nak pantau, sebab memang dah tahu diorang takkan bergerak pun dari kerusi.
Lagipun, semua aplikasi yang lain seperti google, youtube dan lain-lain di lock. Hanya game-game diorang ja yang tak lock. So, takde la risiko kalau bagi diorang handle phone tu sendiri.
"nah" kata Syed Faiq. Izalia mengambil telefon pintar itu dengan senyuman. Permainan Baby Hazel ditekan, lalu telefon itu diserahkan kepada Izramia. Ni la lzalia, dia akan bagi apa-apa ja yang dia dapat dekat Izramia dulu. Kalau dia ada coklat ataupun makanan, dia akan kongsi dengan adik dia. Sebab tu tak susah nak jaga Izalia dengan Izramia, sebab diorang berdua memang susah nak bergaduh, sebab Izalia ni penyayang dan mudah mengalah. Bukan macam Syed Faiq dengan Syed Fyad, tau nak gaduh ja 24 jam. Dua-dua keras kepala.
Alliya, Azhira dan Nasyatul menguntumkan senyuman
YOU ARE READING
Mrs. Monsieur √
Romance[Previously known as Hello Miss Novelist] "Kenapa saya Faiq?" "In the first time I see you, saya tahu, you're my destiny" Hanya pertemuan kali pertama menyebabkan Syed Faiq Mikael yakin bahawa pemilik AS Cafe adalah jodohnya. Bukan aturan keluarga...