Bab 63

7.6K 334 9
                                    

Mulut Alliya ternganga sedikit. Matanya bergerak memandang kesemua tetamu yang hadir di rumahnya ketika ini. Semuanya lelaki dan dia dapat lihat kepelbagaian warna kulit dan pastinya pelbagai agama. Yang dia kenal hanya Haiqal yang duduk paling hampir dengannya.

"Alliya, semua ni kawan-kawan saya dengan Faiq masa kitorang dekat Canada. Kitorang yang panggil diorang datang sini, and saya tak sangka pula yang Faiq akan kena culik."

Alliya mengangguk sedikit. Baru dia tahu siapa mereka semua ini. Tetapi dia masih terkejut dengan bilangan mereka. Ramai gila!

"Kita takda masa untuk kenalkan semua, tapi yang awak kena tahu... Semua sekali termasuk saya adalah 17 orang. Dan diorang hanya boleh faham english dan france. So, awak kena speaking la dengan diorang."

Alliya memandang kesemua lelaki tersebut sebelum mengangguk. Mereka hanya diam tidak bercakap. Sudah pastinya mereka tidak faham apa yang dituturkan oleh Haiqal.

"Ok, saya faham. So, sekarang ni apa plan awak?" Alliya kembali memandang Haiqal. Dia tahu Haiqal ada plan yang sudah pastinya dapat menyelamatkan Syed Faiq.

"Macam ni.."

.

.

.

Syed Faiq kelihatan lemah, kesan pukulan dan sepakan sangat terasa ketika ini. Tubuhnya masih berdiri dengan tangannya digari ke atas. Matanya hanya kuyu melihat musuhnya sedang berdiri di hadapan. Matanya bergerak memandang sekeliling. Gudang mana diorang bawak aku ni?

Syed Faiq memejamkan mata. Dia tidak mampu melakukan apa-apa. Yang dia hanya mampu lakukan, hanyalah berdoa. Sudah hampir seharian dia digantung di sini. Walaupun dia berdoa agar ada yang selamatkannya, tetapi dia juga berharap agar bukan Alliya yang datang ke tempat berbahaya ini.

Dia tidak mahu wanita itu tersakiti. Dia tahu Haiqal akan datang selamatkannya. Mereka pernah lalui situasi ini dahulu. Dan dia yakin Haiqal tahu apa yang perlu dibuat.

"Hoi!"

Syed Faiq memandang ke arah hadapan. Dilihat seorang lelaki yang memakai topeng mulut sedang ketawa sinis kepadanya. Walaupun Syed Faiq tidak nampak wajah lelaki itu, tetapi dia yakin itu adalah Dragon.

"Macam mana kau rasa?" Dragon menyoal dengan penuh sinis. Tangannya sedang memegang pistol.

Jantung Syed Faiq mula berdetak laju.

"Apa yang kau nak?" Syed Faiq menyoal berani walaupun ketika ini perasaan risaunya hanya Allah yang tahu.

"Kau tanya aku apa yang aku nak? Hurmm" Dragon meletakkan hujung pistolnya pada dagu-lagak seperti berfikir.

Syed Faiq hanya diam melihat.

"Aku nak..." Dragon memandang wajah Syed Faiq sebelum pistol diajukan kewajahnya.

"Bunuh kau!"

Wajah Syed Faiq berubah. Air liurnya ditelan payah.

"Tapi tak boleh, kalau aku bunuh kau... Nanti aku mungkir janji." Kedengaran Dragon ketawa sedikit.

Dragon mula melangkah ke arah kerusi dan meja yang tidak jauh daripada kedudukan Syed Faiq. Dia dilihat melabuhkan punggung diatas kerusi lalu kakinya disilang. Pistolnya diletakkan di atas meja sebelum air mineral yang berada diatas meja dicapai lalu diteguk pantas.

"Bos, dia dah sampai"

Dragon terus memandang ke arah anak buahnya yang berada di pintu. Terus tubuhnya diangkat lalu badannya menghadap ke arah pintu.

Mrs. Monsieur √Where stories live. Discover now