Bab 54

8.2K 334 5
                                    

Alliya menutup buku tebal itu sebelum diletakkan di atas meja. Dia menyandarkan badan pada kaki sofa sebelum memandang sebelah. Kelihatan Syed Faiq sedang menaip sesuatu di atas keyboard laptopnya. Mereka berdua sedang duduk di atas karpet ketika itu.

Pada asalnya hanya Syed Faiq sahaja yang berada di bawah kerana memudahkannya untuk membuat kerja, tetapi Alliya juga turut mengikuti suaminya.

Alliya menguap seketika sebelum matanya digosok perlahan. Dia memandang ke arah jam yang tergantung pada dinding, 11:54 p.m.

Alliya memandang sekali lagi ke arah Syed Faiq sebelum berfikir sejenak. Nak kacau ka? Dia cakap kelmarin, jangan kacau waktu dia buat kerja... Tapi takkan nak ajak tidoq (tidur) pun kira kacau kan?

Akhirnya, Alliya mencuit perlahan tangan kanan Syed Faiq menyebabkan Syed Faiq memandang ke arah Alliya.

"Ya sayang" lembut Syed Faiq membalas.

"Jom tidoq (tidur). Liya ngantuklah"

Syed Faiq tersenyum kecil sebelum menggosok perlahan kepala Alliya. Syed Faiq memang suka berbuat demikian.

"Sayang tidur dulu, nanti abang naik"

Alliya mencebik sedikit.

"Alahh... Liya nak tidoq dengan abang" Alliya merengek perlaha. 

Syed Faiq tersenyum sedikit lalu mengusap perlahan pipi Alliya.

"Abang janji, kejap lagi naik. Sayang naik dulu" Terus Syed Faiq memandang semula ke arah laptopnya. Bukan dia nak buat Alliya terasa, tetapi dia takut kerjanya tidak sempat siap.

Alliya membuat muka. Dia geram dengan Syed Faiq. Nak ajak tidoq pun susah!

Alliya terpandang tangan kanan Syed Faiq yang sedang mengawal tetikus sebelum terdetik sesuatu di fikiran.

Secara tiba-tiba, Alliya terus mengambil tangan kanan Syed Faiq lalu menggigitnya.

"Aduh" Syed Faiq mengaduh sedikit apabila Alliya tiba-tiba sahaja menggigit tangannya.

Alliya melepaskan tangan Syed Faiq memandang ke arah hadapan.

"Padan muka" ujar Alliya perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Syed Faiq.

Syed Faiq memandang tajam ke arah isterinya. Tanpa membuang masa, Syed Faiq menolak tubuh kecil Alliya sehingga terbaring sambil Syed Faiq menindih perlahan badan Alliya.

Tangan Syed Faiq mengambil bantal kecil di atas sofa lalu dilapikkan di bawah kepala Alliya.

Syed Faiq menahan badannya daripada terus menimpa Alliya. Syed Faiq memandang wajah Alliya. Gadis itu membuat muka tidak puas hati sambil memandang ke arah lain-tidak mahu bertentang mata dengan suaminya.

Syed Faiq mengeluh perlahan. Tangannya bergerak mengalihkan rambut Alliya ke belakang telinga.

"Sayang, kenapa ni?" Lembut Syed Faiq menyoal. Dia tahu Alliya tidak berpuas hati dengan dirinya, jadi dia perlu memujuk.

"Buat la kerja abang tu. Tadi nak buat sangat. Tepilah, Liya nak naik tidur" Alliya cuba untuk menolak badan Syed Faiq ke tepi, tetapi pastinya tidak berhasil. Dengan tangan kecil Alliya tidak mungkin dapat mengalihkan tubuh besar itu.

"No. Abang takkan lepaskan sayang selagi tak tau apa salah abang"

Alliya diam tidak menjawab. Sebaliknya, dia memalingkan semula wajahnya.

Syed Faiq mengeluh lagi. Sejak Alliya mengandung, dia sering berperangai sebegini. Manja dan cepat merajuk. Syed Faiw betul-betul kena bersabar dan pintar memikir vara untuk mengambil semula hati isterinya.

Mrs. Monsieur √Where stories live. Discover now