Bab 20

8.5K 360 7
                                    

Alliya menolak pintu sebuah kedai yang tertulis 'Romantika' pada banner besar hadapan kedai itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke dalam kedai itu. Matanya tidak henti menilau keliling persekitaran kedai tersebut. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia berlari keluar dari kedai itu. Tengok guna tangan pun memang tak sanggup nak masuk. Satu perkataan ja yang boleh cakap tentang kedai itu, MAHAL. Yes, kedai itu sangat mahal dan terlampau mewah. Kalau dikutkan isi di dalam dompet yang berharga RM13.80 itu, hanya ada lebih kurang 1 keping not 50, 3 keping not 5 dan 9 keping not 1 dan beberapa bulatan syiling. Nampak sangat tidak layak untuk masuk ke kedai semewah ini.

Alliya masih lagi melihat persekitaran kedai ini. Kedai ini dipenuhi dengan pakaian pengantin yang sangat cantik dan berkilat-kilat. Gila la talam ni, nak beli baju menikah dekat kedai ni? Sah habis beribu punya nak beli baju saja. Haih, baiklah hang pi derma duit hang tu dekat anak yatim.

"Assalamualaikum Cik, boleh saya bantu?" Sapaan mesra daripada seorang gadis menyebabkan lamunan Alliya terhenti. Alliya terus memandang gadis tersebut yang murah senyuman dibibirnya.

"Err... Saya datang sini untuk fitting baju kahwin"

"Cik ada buat temujanji atas nama sesiapa ke? Sebab cik perlu ada temujanji dulu untuk fitting baju"

Alliya terdiam seketika. Temujanji? Awat aku tak tau pun kena buat temujanji.

"Ermmm..." Alliya tidak tahu mahu membalas apa kerana dia sendiri hanya datang ke kedai itu setelah diminta oleh Syed Faiq.

"Atas nama Syed Faiq"

Alliya serta gadis itu memalingkan wajah ke arah pemilik suara itu. Senyuman sedikit menghiasi wajah jejaka tersebut.

"Oh ni ke future wife Tuan Syed? Kalau macam tu, tuan dan cik minta tunggu sebentar di ruang menunggu" Gadis tersebut memberi laluan kepada Alliya dan Syed Faiq untuk ke ruang menunggu. Sempat juga Alliya menghadiahkan senyuman kepada gadis itu sebelum gadis itu pergi.

Alliya dan Syed Faiq melabuhkan punggung di atas sofa kulit berwarna emas itu secara bertentangan. Baru Alliya sedar bahawa Syed Faiq sedang  mengenakan baju kemeja biru tua bersama dengan blazer hitamnya. Syed Faiq membuka button blazernya sebelum membetulkan duduk.

Alliya memandang wajah Syed Faiq. Sah, Syed Faiq datang daripada office. Wajah Syed Faiq ketika ini sama seperti dia pergi ke pejabat Syed Faiq tempoh hari. Wajah tegas serta maskulin sedang tertempek di wajah Syed Faiq sekarang ini. Sangat berbeza dengan sebelum-sebelum ini.

Alliya juga baru perasan bau minyak wangi Syed Faiq dan dia yakin minyak wangi itu bukan sembarangan. Amat menunjukkan aura maskulin pemakainya. Entah mengapa tiba-tiba Alliya menyedari bahawa Syed Faiq sebenarnya amat maskulin.

Mungkin dengan gayakan yang nampak sangat matang dan cara pemakaiannya yang sangat kemas menyebabkan Alliya menyedari akan kenyataan itu.

Alliya kembali memandang wajah Syed Faiq. Terus kedua-dua pasang matanya menangkap senyuman mengusik di wajah Syed Faiq.

"Done scanning me?" Syed Faiq mengangkat sebelah keningnya dengan senyuman mengusiknya.

Alliya memandang ke arah lain sebentar sebelum membalas kata-kata Syed Faiq.

"Mana ada saya scan awak" balas Alliya menafikan kenyataan. Syed Faiq ketawa kecil.

"Macamlah saya tak nampak. Tak elok tau anak dara tenung anak teruna orang macam tu" Syed Faiq masih tidak habis dengan mengusiknya. Wajah Alliya menjadi sedikit panas.

"Eh, takdak masa la orang nak tengok-tengok dia. Merapu ja kerja" Alliya terus mencapai telefon pintarnya yang berada di dalam beg galas tepinya itu.

Mrs. Monsieur √Where stories live. Discover now