Bab 55

8.1K 345 11
                                    

Tenang sahaja Syed Faiq berjalan menerusi deretan kedai. Lega hatinya apabila selesai urusannya sebentar tadi. Apabila tiba disatu lorong pembahagi kedai, badannya tiba-tiba sahaja ditolak oleh beberapa orang lelaki menyebabkan Syed Faiq tidak dapat melawan.

Badannya ditolak sehingga masuk ke dalam lorong yang sunyi dan tanpa sempat berkata apa, mukanya terus ditumbuk. Nasib sahaja Syed Faiq mampu mengimbangkan badan dan tidak terjatuh. Tanpa sempat jam berdetik, sekali lagi mukanya ditumbuk dengan lebih kuat menyebabkan Syed Faiq tidak lagi dapat mengimbangkan badan dan terjatuh.

Apabila tumbang sahaja tubuh Syed Faiq, terus badannya disepak oleh lelaki-lelaki tersebut. Syed Faiq tidak mampu bertindak disebabkan oleh tendangan yang bertalu-talu daripada bilangan orang yang agak ramai.

"Sudah!" Tiba-tiba sahaja, suatu suara yang akan kuat didengari. Serentak itu, tendangan ke badan Syed Faiq terhenti.

Syed Faiq memandang ke arah suara itu muncul. Kelihatan sseorang lelaki yang agak berumur berjalan mendekati lokasi mereka.

"Lepaskan dia" sekali lagi lelaki itu bersuara berani.

Lelaki bermask hitam yang terdiri daripada kalangan lelaki tersebut tergelak sinis. Syed Faiq dapat merasakan lelaki itu adalah ketua mereka.

"Kau tak payah nak masuk campur orang tua!" Lelaki bermask hitam itu menjerkah tanda tidak berpuas hati.

Lelaki tua itu menghampiri sekumpulan penjahat itu dengan berani. Dia memandang lelaki yang memakai mask hitam itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Kau lepaskan dia atau kau nak aku panggil orang-orang aku?"

Lelaki yang memakai mask hitam itu teguk liur. Dia memberi arahan kepada ahli kumpulannya agar berhenti. Mereka semua pantas melangkah jauh pergi meninggalkan Faiq dan lelaki tua itu.

Lelaki tua itu mendekati Faiq. Dia merendahkan tubuh. Sapu tangan yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan. Lelaki tua itu menyuakan sapu tangan kepada Faiq.

"Kamu okay? Macam teruk aje ni."

Syed Faiq menyambut huluran sapu tangan itu. Dia mengelap sedikit luka di tepi bibirnya hasil tumbukan dari penjahat-penjahat tadi. Lelaki tua itu menyuakan tangannya lalu Syed Faiq menyambut huluran tersebut. Lelaki tua itu membantu Syed Faiq untuk bangun.

Syed Faiq menggosok sedikit kemeja biru gelap. Nasib sahaja dia tidak menyintingkan lengan baju, jikalau tidak mungkin sahaja tangannya luka akibat terjatuh tadi. Nasib juga lengan bajunya tidak terkoyak.

Muka Syed Faiq terkerut sedikit apabila cuba berdiri tegak. Kakinya agak sakit akibat disepak bertalu-talu sebentar tadi.

"Kaki kamu sakit ke? Boleh jalan?" Lelaki tua itu bertanya dengan nada risau.

Syed Faiq mengangguk sedikit.

"Boleh encik, sikit je ni... Tapi encik, betul ke encik ada orang back up?" Hairan juga Syed Faiq dibuatnya apabila lelaki di hadapannya itu berkata dia ada orang-orang. Secara fizikalnya pakcik ini nampak baik sahaja.

Lelaki tua itu ketawa.

"Takdelah. Uncle gurau je. Saja nak takutkan diorang tu. Eh, jom ikut uncle. Kita rawat luka kamu tu. Takut pula biar lama-lama. Kena jangkitan kuman ke apa. Kebetulan restoran uncle dekat-dekat sini. Mari"

Syed Faiq mengangguk.

"Boleh jalan tak ni?" Sekali lagi lelaki tua itu menyoal risau. Dia melangkah mendekati Syed Faiq, risau pula dibuatnya jika lelaki itu tiba-tiba terjatuh.

"Boleh encik"

Syed Faiq mengikuti lelaki tua itu sehingga sampai ke sebuah restoran. Boleh tahan restoran itu, nampak agak mewah. Tidak jauh restoran itu daripada lorong tadi, hanya berselang 5 buah deretan kedai. Nasib sahaja dekat, jikalau tidak boleh tahan juga Syed Faiq hendak menahan sakit pada kakinya.

Mrs. Monsieur √Where stories live. Discover now