Bab 61

7.5K 338 8
                                    

Syed Faiq tenang sahaja memandu. Tangan kanannya tidak lepas memegang stereng kereta, manakala tangan kirinya menggenggam erat tangan Alliya.

Baru sebentar tadi Alliya ingin melepaskan genggaman kerana ini mencari telefon pintarnya, merengus-tanda tidak mahu Alliya melepaskan genggaman. Akhirnya Alliya hanya diam tidak melawan.

Selepas 3 minggu di kampung, akhirnya Alliya dan Syed Faiq membuat keputusan untuk pulang ke rumah mereka semula. Sengaja Syed Faiq ingin mereka berdua tinggal di sana lama, memandangkan Alliya boleh berpantang dengan pantauan ibunya, lagipun dalam masa yang sama bolehlah tangan Syed Faiq sembuh supaya dia boleh memandu semula.

Segalanya telah kembali normal. Alliya dan Syed Faiq juga sudah redha dengan apa yang terjadi. Mereka yakin semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.

"Abang" Alliya memalingkan kepada kekiri. Muka Syed Faiq yang lengkao dengan cermin nata dipangkal hidung itu dipandang.

Syed Faiq hanya membalas dengan menggumam.

"Kita pi cafe sat boleh dak? Dah lama tak pi cafe. Silap-silap tunggang langgang cafe tu Azisya buat" Alliya sudah rindu dengan cafe gandingan mereka adik beradik.

Sudah lama dia tidak pergi ke sana semenjak dia mengandung haritu. Risau juga bila difikir-fikie apabila Azisya yang menjaga segala akaun kedai. Entah apalah yang jadi.

"Sayang ok ke? Tak penat?" Syed Faiq menyoal dengan nada risau. Ya lah, jarak daripada Alor Setar ke Kuala Lumpur memakan masa hampir 5 jam, itu tidak termasuk dengan kesesakan. Risau juga kalau isterinya itu letih memandangkan pantang masih belum selesai sepenuhnya.

"Dak, Liya ok ja. Kita pi nah"

Syed Faiq tersenyum sedikit.

"Yelah"

.

.

.

"Assalamualaikum" ucapan salam seiring dengan bunyi loceng yang berada pada pintu-menandakan ada orang yang masuk.

Alliya memandang sekeliling kedai. Ada beberapa orang pelanggan yang sedang menjamu selera.

Tiba-tiba, bunyi loceng pada pintu kedengaran. Serentak itu, Alliya dan Syed Faiq memandang ke arah pintu. Syed Faiq mengangkat sedikit kening apabila melihat Dato Faizal yang membantunya haritu datang mendekatinya.

"Dato Faizal" Alliya memanggil nama itu apabila lelaki yang agak nerusia itu berdiri di hadapannya.

"Assalamualaikum" sapa lelaki itu perlahan.

"Waalaikumussalam" jawab Alliya dan Syed Faiq serentak. Syed Faiq menghulurkan tangan lalu mereka berdua bersalaman.

"Abang, kenalkan... Ni lah Dato Faizal yang hantar orang untuk ganti mai majlis kahwin kita dulu"

Syed Faiq memandang wajah Dato Faizal sebelum mengangguk sambil tersenyum.

"Oh, maknanya betul lah apa yang abang fikir. Liya tau tak, ni la orang yang tolong abang masa abang kena pukul mula-mula dulu"

Kelihatan Alliya sedikit terkejut apabila Syed Faiq berkata begitu.

"Maknanya, abang dengan Dato dah kenal la?"

"Ha'ah. Kami dah kenal dah pun." Dato Faizal ketawa sedikit.

"Kalau macam tu, abang sembang-sembang la dulu dengan Dato. Liya nak masuk dalam sat. Dato, saya masuk dalam dulu"

Alliya mula melangkah masuk ke dalam apabila mendapat anggukan daripada Syed Faiq.

"So, kamu macam mana Faiq. Dah ok?" Dato Faizal menyoal. Ini adalah soalan biasa untuk memulakan perbualan.

Mrs. Monsieur √Where stories live. Discover now