Bab 208-Dara Dimakan Sumpah

2.8K 33 2
                                    

"SAYA......," CETUS Nonong mendadak. Dan kata-kata tidak diteruskan. "Saya tak tahu apa isinya," Harun Fadillah bagaikan menyambung ungkapan Nonong yang terhenti. Datuk menekan hujung dagu sebelah kiri dengan ibu jari tanngan kanan. Matanya, silih berganti menatap wajah Harun Fadillah. Datuk bagaikan tahu, dua beradik akan membongkar apa sahaja rahsia dalam rumah secara terperinci. Cuma apa yang diperlukan ialah sedikit kesabaran. "Arwah emak, marah kalau ada diantara kami bertanya tentang bilik yang berkunci," nada suara Harun Fadillah lemah, ekor matanya menjeling ke arah Nonong. Tiada sebarang riaksi yang diperlihatkan oleh si Nonong. "Melintas di depan bilik yang berkunci juga dilarang," tambah Harun Fadillah. "Kamu bagaimana Nonong?" Dauk menghalakan pertanyaan ke arah Nonong yang tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan Nonong angkat kepala, Sinar matahari nampak berkaca merenung ke arah datuk. "Emak ada membawa saya masuk ke bilik itu, secara rahsia." "Haaa...... ," Harun Fadillah bagaikan terkejut mendengar pengakuan Nonong. Buat beberapa ketika, datuk menarik nafas dalam-dalam. Suasana terasa sepi. Semuanya membatu melayani perasaan masing-masing. "Ada apa di dalamnya, Nonong?" Tanya datuk. Matanya tidak berkedip merenung muka Nonong. " Ada lilin besar," "Besar mana Nonong?" "Sebesar peha budak empat belas tahun," "Tingginga?" Datang lagi pertanyaan dari datuk. "Kira-kira dua kaki," jawap Nonong tegas. "Selain dari itu apa yang kamu lihat?" Nonong termenung, macam ada sesuatu yang cuba diingatinya. Harun Fadillah merenung ke arah saya. Dengan senang hati saya menghadiahkan senyuman buatnya. Dibalasnya dengan senyum tawar. "Ada tungkul kayu berbentuk monyet dan bertangan manusia. Di tepi bilik, ada talam tembaga besar, yang ditengah-tengahnya ada benda, berbalut kain tiga warna. Emak mesti membaca serapi-jampi sebelum menyentuh kain pembalutnya."

"Apa warnanya Nonong?" Datuk terus mendesak. "Hitam, putih dan kuning." "Macam warna bendera Negeri Perak," celah datuk. Nonong diam. Tidak memberi sebarang komentar. BOSAN Suasana di ruang makan kembali membeku. Saya memang berazam mahu mengikuti kisah selanjutnya hingga akhir. Kecuali datuk menyuruh saya keluar. Semoga perkara itu tidak akan dilakukan oleh datuk. Itu doa dan harapan dari hati kecil saya. Bila bosan dengan suasana sekitar, saya halakan pandangan ke halaman rumah dan permukaan jalanraya.Rasa jemu dan bosan segera terusir. "Masa bila emak kamu bawa kamu ke dalm bilik rahsia tu, Nonong?'. Pertanyaan datuk itu membuat saya berpaling ke arahnya. Macam tadi juag, wajah datuk agak serius. "Biasanya waktu tengah malam." "Tengah malam tu, agaknya pukul berapa, Nonong?" Tekanan suara datuk bagaikan memujuk . Muka Nonong nampak serius sedikit. Hanya Fadillah menarik nafas lega. Senang hati melihat kerjasama yang diberikan oleh Nonong kepada datuk. "Kira-kira pukul dua belas tengah malam, emak berada dalam bilik ada masanya sampai pukul dua pagi. Kalau musim bulan naik, makin kerap emak masuk, terutama masa bulan mengambang, " Nonong mula membuka cerita, pasti menarik dan mendebarkan. Seluruh perhatian dan pendengaran ditumpukan kearah Nonong. "Apa yang dibuatnya kepada kamu, semasa berada di dalam bilik?" Susul datuk lagi. "Emak bakar kemenyan, asapnya diusap ke tubuh saya. Barang yang berbungkus dengan kain tiga warna juga di usap dengan kemenyan . Lepas itu emak suruh saya keluar. Dan juga mengingatkan supaya jangan menceritakan pada sesiapa pun apa yang saya alami semasa di dalam bilik." "Semasa kamu keluar, emak kamu ikut keluar sama Nonong?" Tiada jawapan dari Nonong, dia gelengkan kepala perlahan-lahan. Datuk tanpa putus asa, mengulangi pertanyaan yang sama kepada Nonong. SUBUH "Emak memang tak ikut keluar, dia berada di situ hingga masuk waktu subuh. Apa yang dibuatnya, saya sendiri tidak tahu. Ayah tahu semua tentang perkara ini, peliknya ayah tidak pula melarangnya. Entah mengapa, ayah patuh dan percaya dengan cakap emak," Nonong mengakhiri cakapnya dengan wajah yang merah padam.

Mungkin dia merasa malu. Buktinya, Nonong tidak mahu merenung ke arah saya. Harun fadilla tetap tenang. Barangkali pada hematnya, penjelasan terus terang dari Nonong akan dapat mengatasi masaalah yang membelengu diri Nonong. Datuk segera bangun, berjalan dari sudut ke sudut ruang makan. Harun Fadilla dan Nonong masih berada di tempat tadi. Mereka nampak seperti mengalamun. Entah apa yang berputar dalam kotak otak mereka, tiada siapa yang tahu. Mereka tidak bercakap, malah renungan mata juga berbeza, tidak satu arah. Datuk duduk kembali di tempatnya. "Terima kasih Nonong," suara datuk merendah, " keterangan kamu memudahkan saya memilih cara atau jalan menyelesaikan masaalah diri kamu. Berusaha dan berfikir memang tidak salah dari siri agama. Allah yang menentukan sama ada berjaya atau sebaliknya," sambung datuk dengan tenang. "Lagi apa yang patut kami bantu, memanda," tanya Harun Fadillah sambil berdiri wajahnya membayangkan sebuah keyakinan, bahawa usaha datuk akan berakhir dengan sebuah kejayaan yang besar ertinya dalam kehidupan keluarganya. Begitulah tanggapan Harun Fadillah tetapi, tidak demikian dengan datuk. Pertanyaan yang diajukan memaksa datuk mengkerutkan kening sambil menarik dan melepaskan nafas berkali kali. Seolah-olah membayangkan dia terpaksa menghadapi masaalah yang sukar diselesaikan. "Begini Harun," telapak kanan tangan datuk terkandas disayap bahu kiri Harun Fadillah. "Apa dia memanda?" Pintas Harun Fadilla secepat kilat. Datuk tersentak, memang tidak diduganya secepat itu Harun Fadillah, memintas cakapnya. Datuk lahirkan rasa kurang senang dengan melagakan gigi atas dan bawah berkali-kali. Sepatutnya, Harun Fadillah memberi laluan kepada datuk untuk menyelesaikan cakapnya dulu. "Maafkan saya memanda," kata Harun Fadilla setelah menyedari kesilapannya. "Tak apa Harun." Balas datuk, " perkara yang mahu aku tanyakan kepada kakak kamu ini agak peribadi, boleh memalukan dirinya. Jadi aku minta kamu tinggalkan dia bersama aku dan Tamar di sini," sambung datuk. "Tak jadi masalah, silakan memanda," Harun Fadilla segera bangun dan kemudian melangkah tenang, meninggalkan ruang makan. Sepasang anak mata Nonong menyorot langkah adiknya. SUDUT Datuk berdiri kembali. Macam tadi juga, dia bergerak dari sudut ke sudut. Akhirnya melabuhkan punggung di tempatnya kembali. Nonong nampak tenang untuk menghadapi situasi selanjutnya diruang makan. "Tamar," Anak mata saya terpaku ke wajah datuk. Ada rasa gementar dalam hati. "Ada apa tuk?"

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 16 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now