Bab 209-Dendam Dari Bilik Rahsia

2.3K 29 0
                                    

Nasihat yang diluahkan oleh ibunya, disambut dengan perasaan separuh hati. Nonong tahu, jawapan dari ibu sekadar melepaskan batuk di tangga. Lebih-lebih lagi bila ibu menekankan tentang 'berdoa,' terasa lucu sekali. Ibunya sendiri menyaksikan dia berdoa siang malam. Jadi kenapa perkara itu ditekankan, bila dia bercakap tentang jodoh. Sebuah pertanyaan yang sukar dicari jawapan pasti. Tetapi, menimbulkan tanda tanya dan misteri yang tidak berjawap. Kalau dikutkan hati memang Nonong tidak mahu berdoa lagi. Dia sudah bosan dan perbuatan itu kerja sia sia. Tuhan bagaikan menolak permohonannya melalui doa. Nonong juga sudah jemu berusaha, benci melihat muka dukun, pawang dan bomoh yang bukan sedikit mengaut wangnya. Jodoh yang diharapkan tidak juga menjelma. Dalam suasana kehidupan yang serba tertekan zahir batin, Nonong berazam mahu meluluskan dirinya dari kepompongan keluarga, dan masyarakat sekitar yang selalu beranggapan gadis berusia lanjut, tidak menikah merupakan tanda tidak baik untuk keluarga, hidup tidak beruntng. Kerana Nonong bertugas dengan kerajaan di bawah Kementerian Luar dia berpeluang untuk bertugas di seberang laut. Kesempatan itu di manfaatnya dengan sebaik mungkin untuk keluar dari suasana yang tidak menyenangkan itu. Nonong mengemukakan permohonan untuk bertugas di luar tanah air. Harapannyaterlaksana. Nonong gembira bukan kepalang. Dia dihantar berkhidmat di Konsul Republik Indonesia, di Pulau Pinang sebagai kerani. Di Pulau Mutiara, Nonong bagaikan mengalami kejutan budaya yang amat berbeza dengan di Medan. Dia turut melibatkan dirinya dengan dunnia yang serba baru dan asing itu. Nonong yang

selama ini merasakan pergerakannya agak terbatas, kini mula mengubah cara hidupnya sesuai dengan situasi yang dihadapinya. Di Medan pulang sahaja dari pejabat, dia tidak kemana-mana. Banyak menghabiskan masa bersama ibu. Menemani ibunya mengajar tarian dan anak-anak gadis yang berminat dalam bidang tarian tradisional dikelas menari. Bila ibu dan kumpulannya diundang menghiburkan orang ternama dalam sebuah upacara penting seperti pembukaan gedung perniagaan, ulangtahun kemerdekaan dan sebagainya. Nonong akan turut serta. Kerana kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Nonong, dia menjadi perhatian para tetamu undangan. Dan orang tertentu segera menyiasat latar belakang diri dan keluarga. Tetapi, ibunya bagaikan enggan memberi kerjasama. Dan perkara itu tidak berlanjutan, mati begitu saja. Keadaan di Pulau Mutiara yang serba membangun dan sibuk menyebabkan Nonong menyususun agenda hidup tersendiri yang berbeza dengan di Medan. Bagaikan bumi dengan langit. Dari seorang gadis yang agak pemalu dan sering merasa rendah diri bertukar menjadi gadis yang periang. Dia melibatkan diri dengan badan-badan sukarela. Menjalinkan persahabatan dengan siapa saja. Mula berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik. DORONGAN Kerana desakan dan dorongan kawan-kawan, Nonong mula mengunjungi kelab-kelab malam. Secara beransur ansur dia mula menghisap rokok dan berjinak-jinak dengan alkohol. Dia makin jarang menghalakan wajahnya ke arah kiblat. Begitulah Nonong, amat cepat berubah. Apa yang sedang dilaluinya membuat dia lupa dengan masalah yang menggayuti kehidupan dan dirinya. Tidak timbul masaalah belum bertemu jodoh, tidak kisah dengan usianya yang kian bertambah. Semuanya sudah dilemparkan jauh-jauh dari dalam kotak hati dan fikirannya. Seiring dengan itu , Nonong tidak suka melihat wajahnya di cermin, tidak suka menghias diri untuk menarik perhatian lawan jenis. Tidak ambil peduli dengan jiran kiri kanan rumah sewanya. Sesuatu yang sungguh drastik bila Nonong tidak menulis surat atau menghubungi keluarganya di Medan. Dia bagaikan mahu menjauhkan diri dari mereka. Ternyata usaha itu tidak sepenuhnya berhasil. Kedua-dua orang tuanya sering mengunjunginya, terutama ibunya yang boleh dikatakan setiap bulan datang ke rumah sewanya. Dan secara sembunyi-sembunyi (ketika Nonong tidur) mengusap tubuh anaknya dengan asap kemenyan. Kisah yang diungkap Nonong memang mengharukan. Saya bersimpati dengan nasib yang di alaminya. Mengapa gadis yang lambat kahwin menjadi buah mulut masyarakat. Dan apakah perkara seperti ini, hanya berlaku dikalangan masyarakat melayu sahaja. Fikir saya dalam hati. "Ada lagi yang mahu ceritakan, Nonong?" Itu yang terluah dari kelopak bibir datuk, sebaik sahaja Nonong berhenti bercakap dan tidak mau menyambung lagi.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 16 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now