Bab 212-Anak Sulung NIkah Seludang

2.2K 26 0
                                    

SEMASA mengadakan pertunjukkan di kawsan pendalaman, Jawa Barat lebih tepatnya di daerah Banten. Ani Cantik telah menemui seorang tua yang memang handal dalam ilmu susuk. Dengan bantuan orang tua itu Ani Cantik dibekalkan dengan sejenis ilmu susuk yang cukup kuat pengaruhnya.Setiap orang yang memandangnya, lebih-lebih lagi kaum lelaki akan tertarik atau jatuh hati padanya.

Kerana ilmu susuk yang dikatakan amat mujarab itu, Rani cantik terpaksa patuh dengan syaratsyarat yang ditetapkan oleh pemilik ilmu susuk. Roda kehidupan "Ani Cantik" terus berputar. Kemasyuhuran terus menguasai dunia bangsawan. Tidak ada orang yang tidak kenal atau tidak tahu menyebut nama "Ani Cantik." Banyak kumpulan bangsawan yang lain gulung tikar kerana Ani Cantik.

Semasa bangsawan Inderapura mengadakan pertunjukan di Tanjung Pinang-Riau. Seorang saudagar muda yang membekalkan buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan basah dari Tanjung Pinang ke Singapura dan Melaka terus jatuh dan gilakan Ani Cantik setengah mati.

Saudagar muda yang kacak itu akan berusaha menghadirkan diri di mana saja bangsawan Inderapura mengadakan pertunjukan. Tidak mudah untuk memenangi hati "Ani Cantik" terpaksa bersaing dengan anak-anak muda lain.

Untuk memiliki "Ani Cantik" saudagar muda yang berasal dari Kampung Serkam Melaka itu terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk meminangnya. Barang hantarannya juga mahal-mahal belaka, kebanyakannya buatan luar negeri. "Siapa orang muda yang beraya menakluk hati Seri Panggung tu, memanda?" Nonong

mengajukan pertanyaan. Datuk sambut dengan senyum dan diakhiri dengan ketawa kecil penuh sinis.

"Kamu nak tahu orangnya, Nonong." Nonong anggukkan kepala. "Ayah kamulah, kawan memanda Raja Aminuddin, tak suka dipanggil raja, dia muda lima belas tahun dari aku. Baik orangnya, tinggi budi bahasa dan setia bila berkawan. Pemurah orangnya."

"Dari mula saya dah agak, pemuda tu ayah saya," kata Nonong keriangan dan sebuah senyum bangga terpamer di kelopak bibir. Tidak ada orang yang tidak merasa bangga, bila ayah sendiri dipuji orang, fikir saya dalam.

"Berbalik semula pada cerita tadi, aku mendapat tahu semasa Rani Cantik memasang susuk, Si dukun mengenakan syarat yang mesti dibuat. Kalau tidak dipenuhi "Ilmu susuk" akan memakan diri," Saya lihat datuk menelan air liur. Keberatan untuk meneruskan kata-kata. Dia nampak gusar semacam.

JEMU

BEBERAPA saat masa terus berlalu begitu saja. Bagi menghilangkan rasa jemu, saya kembali merenungkan dada langit. Awan berarak seperti tadi juga. Entah mengapa, badan saya terasa seram sejuk. Nonong yang tadi tenang nampak resah. Melagalagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali hingga menimbulkan bunyi seperti orang menarik kain kapan. Matanya mula merah dan nampak liar semacam.

"Nonong, tenang Nonong. Bacalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan AnAnas," datuk mengingatkan Nonong. Permintaan datuk segera dipatuhi oleh Nonong. Setelah dilaksanakan ternyata kegelisahan yang dialami terus hilang. Gigi atas dan gigi bawah tidak dilagakan, mata yang merah kembali normal.

Saya yang secara diam-diam membaca surah yang disebutkan oleh datuk tadi, tidak lagi mengalami rasa seram sejuk. "Apa syarat yang dituntut?"

Datuk menggigit bibir bawah. Renung ke dinding dan ke arah tingkap seketika sebelum menatap wajah Nonong dengan pandangan yang tajam tetapi, penuh simpati.

"Rani Cantik mesti mempertaruhkan anak perempuan sulungnya. Mesti dikahwinkan dengan batu gunung yang ditemui di Kuala Sungai dengan kedudukan batu menghala ke arah matahari jatuh. Cara kebetulan anak perempuan sulung "Rani Cantik" itu ialah kamu."

"Kenapa saya dijadikan taruhan dan korban?" Nonong jengilkan sepasang biji mata sambil menggenggam penumbuk. Datuk terus memujuknya agar bersabar.

"Kenapa emak bertindak begitu kejam pada saya? Apa tujuan dia berbuat demikian?". Muncul lagi pertanyaan dari Nonong. Wajahnya membayangkan rasa kesal yang tidak penghujungnya.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 16 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now