⑥ ─ ᴿᴱᶜᴱˢˢ ²

454 52 1
                                    

Loceng yang menandakan waktu rehat mendapat perhatian semua pelajar di sekolah itu. Hyura mengemas barang-barangnya dan menghulurkan buku kepunyaan Felix kepada tuannya.

" Than- "

" It's my pleasure " laju je Felix menjawab. Budak lelaki itu pun laju mengemas dan mengikut Hyura keluar dari kelas.

" Jom rehat sama-sama ~" pelawa Felix kepada Hyura.

" No, saya tak nak rehat dengan awak " Hyura tolak pelawaan budak mentah itu dengan mentah-mentah.

" Why? Saya dah bagi awak pinjam buku tak kan tak nak balas jasa saya balik?" Pujuk Felix.

" Ish tak ikhlas langsung! "Hyura menjeling Felix

" Bukan tak ikhl- "Felix ingin mempertahankan diri sendiri.

" Tadikan dia kata dia tak nak, part mana yang kau tak faham ha? " tiba-tiba ada suara yang mencelah perbualan Hyura dan Felix. Woojin salah seorang pelajar kelas senior yang agak pendiam.

" Ish kacau line je " Felix berkata dengan perlahan lalu beredar dari situ.

" Jom lah kita rehat nanti tak sempat pula " kata Woojin sambil membawa Hyura ke kafeteria. Hyura juga pelik dengan diri sendiri. Biasanya dia akan tolok pelawaan rehat bersama dari budak lelaki tetapi dengan Woojin berbeza vibe dia. Seperti magnet yang menarik.

Mereka mengambil tempat di hujung kafeteria selepas membeli makanan. Mereka berbual tentang pelajaran dan sukan. Tiba-tiba seseorang datang menyergah Woojin.

Tersedak lelaki itu dibuatnya. Woojin berpaling dan melihat siapa yang mengganggu momentnya bersama crush nya itu. Geram hati hilang bila melihat juniornya yang peramah adalah oranhnya.

" Hi senior Woojin ! Eh siapa ni? Makwe senior ehh ~ " Heeyoung menyakat seniornya itu dengan menggerakkan keningnya ala-ala ombak di pantai.

" Hi saya Heeyoung " Heeyoung menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Hyura. Hyura membalas senyuman dan menyambut tangan Heeyoung.

" Saya Hyura " sebaik saja sesi pengenalan berlaku mereka sambung berbual dan makan. Heeyoung amat ceria membuatkan kehadirannya amat disenangi Hyura. Baru tak awkward gini.

" Woojin hyung! " suara garau mencelah perbualan tiga sekawan itu. Minho mengambil tempat duduk bersebelahan Woojin.

" Heeyoung ada hal. Heeyoung pergi dulu ye senior Woojin dan senior Hyura " kata Heeyoung sambil bangun dari tempatnya.

" Panggil Hyura je " Hyura yang biasanya suka dihormati mengutarkan sesuatu yang bertentangan kepada Heeyoung. Dia rasa kekosongan itu terisi apabila berkenalan dengan Heeyoung. Terasa seperti sudah lama kenal walaupun baru 20 minit bercakap.

" Uhm aku rasa boleh dah kau pergi masuk kelas seterusnya " Woojin menghalau Minho kerana ingin mengambil kesempatan ini untuk bersama Hyura. Kini kelibat Heeyoung telah hilang dari pandangan jadi tiada sebab untuk Minho ada di situ. Jadi Minho dengan sopannya berlalu pergi.

BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now