⑦ ─ ᴾᴱᴺᴳᵁᴹᵁᴹᴬᴺ

424 47 6
                                    

Tamat sahaja waktu yang digemari pelajar , mereka semua bergerak ke kelas masing-masing. Namun ,

" PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SEOUL ART SILA BERKUMPUL DI DEWAN UTAMA SEGERA ! ULANG SUARA , KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SEOUL ART SILA BERKUMPUL DI DEWAN UTAMA SEGERA ! TERIMA KASIH "

Pengumuman itu , membuatkan semua murid bergegas ke dewan utama . Bukan apa , jarang sekali perkara sebegini berlaku kecuali benda-benda yang benar-benar mustahak terjadi atau akan terjadi.

Terdapat beberapa guru yang bertugas mengawasi dan memastikan semua murid muat dalam satu dewan dan senyap. Tak sah kalau tak dengar jeritan guru disiplin untuk mendiamkan pelajar-pelajar yang terlebih DHA ini.

" Perhatian kepada semua pelajar yang dikasihi , seperti mana yang telah di bincangkan oleh pihak sekolah , akan diadakan Prom Night pada minggu hadapan dan Sukan Tahunan pada minggu yang seterusnya. Jadi pelajar di nasihatkan untuk menjaga kesihatan dan hadir pada hari-hari berikut. " kata pengetua.

" alaa mana sempat nak cari dress "

" tahun ni aku kena jadi queen of the night untuk prom "

" ni lah masanya untuk ajak crush dating "

Banyak luahan beberapa pelajar dapat didengari di dalam dewan itu . Belum habis mereka berbisik dan berbual sesama sendiri , guru disiplin mengambil perhatian semua pelajar dengan berdehem.

" Semua pelajar wajib datang pada hari-hari berikut jika tidak mahu reputasi kamu jatuh. Bukan sekadar reputasi turun serta dengan markah akhir tahun kamu juga akan kami tolak 50% daripada apa yang kamu dapat . Jadi better you guys not skip the important day " warning guru disiplin membatalkan niat Chae yang ingin memonteng majlis prom.

Chae mengeluh dan belakangnya di tepuk perlahan oleh seseorang beberapa kali. Siapa lagi kalau bukan budak peramah yang sekelas dengan dia tu , Heeyoung.

Hyura telah menyumpah seranah guru disiplin disebabkan ugutan tentang memotong 50%  markah pelajar yang tidak hadir ke hari penting yang di beri tahu. Mana boleh macam itu , kalau budak tu sakit macam mana ? Kalau budak tu aku macam mana ? .. Banyak soalan yang berlega namun hanya dapat dipendam.

Mint mengeluh habis-habisan , mana taknya lockernya mesti akan penuh dengan surat dari pelajar lelaki yang ingin menjadikannya pasangan prom mereka . Matilah aku .. Bisik hati sambil tangan meraup wajah sendiri beberapa kali. Alasan apa yang patut dia beri kepada lelaki-lelaki itu kali ini. Tiba-tiba tangan seseorang memeluk bahu gadis itu ,

" Kau kata je kau dah ada pasangan , aku kan ada " ujar Seungmin dengan nada selamba , seperti dia dapat membaca pikiran Mint. Han berdehem untuk mendapatkan perhatian Mint dan Seungmin. Seungmin yang tadinya nampak sedikit macho bertukar lembut.

" Han pun ada kitaorang backup kau nanti " kata Seungmin tersengih-sengih.

BLOOD ┊ SKZOù les histoires vivent. Découvrez maintenant