①⑦ ─ ˢᵀᴿᴬᴺᴳᴱ

338 46 7
                                    

Berbunyi sahaja loceng menandakan waktu sekolah telah tamat, Hyura mengemas barang di atas mejanya. Dia terus keluar daripada kelas, cuba melarikan diri daripada Felix tapi cepat sahaja lelaki itu mengekorinya.

"Jangan lupa, kelas tambahan kat rumah kau!" pesan Felix, tersenyum nakal.

Hyura hanya menepuk dahinya, 'Matilah aku kalau appa ada kat rumah..'

Nak tak nak, gadis itu merelakan sahaja Felix ke rumahnya untuk mengajar. Mungkin kalau hal belajar, ommanya tidak mengapa. Takut-takut saje Hyura membuka pintu rumahnya.

"Siapa tu, kakak?" sapa suara garau yang sangat dikenalinya. Dirinya mula berpeluh seperti baru membuat larian Marathon.

"Appa!" kata Hyura sambil berlakon tenang, "I-ini kawan. Dia-"

"Apa khabar, tuan. Saya Yong Bok, tutor Hyura. Sengaja saya datang ke sini untuk mengajarnya." jelas Felix penuh konfiden, tiada rasa gemuruh langsung. Berani kerana benar!

"Oh, camtu ke. Masuklah. Appa gembira kalau Hyura semakin tekad untuk belajar." ujar appa Hyura kepada Hyura lalu memandang Felix. "Yong Bok, panggil aje tuan ni, appa."

"Baiklah, a-appa" gagap Felix kerana sedikit segan. Sepanjang umurnya, tak pernah dia memanggil ayahnya sendiri appa. Namun itulah kisah Felix.

Sementara itu, Heeyoung pula sedang giat bertanya kepada junior-juniornya berkenaan Jeongin. Bukan apa, dia rasa bimbang kalau-kalau Jeongin segan untuk berbual dengannya gara-gara kes dengan Changbin hari itu.

"Jeongin!" panggil Heeyoung tatkala melihat Jeongin sudah keluar daripada kelas. Jeongin yang pada mulanya berjalan dengan rakannya, menyuruh rakannya pergi dahulu. Lelaki itu segan silu menuju ke arah Heeyoung.

"Ye, Hee noona...?" jawab Jeongin.

"Eh, tak perlu noona noona. Panggil je Hee. Hee tak kesah." segera Heeyoung membetulkan Jeongin. Bukan apa, dia pun rasa janggal jika Jeongin panggilnya 'noona'.

"Sebenarnya, Hee nak cakap kat Jeongin..Pasal malam prom haritu, jangan risaukan apa Changbin cakap. Harap pertelingkahan antara kami tak membuatkan Jeongin rasa janggal ngan Hee." terang Heeyoung panjang lebar membuatkan Jeongin tersenyum. Lelaki itu menggaru belakang kepalanya, malu.

"Takde apalah, noo-- Hee."

"Kalau camtu, kawan?" soal Heeyoung, ceria.

"Kawan." balas Jeongin, mempamerkan senyuman preciousnya. Mereka pun berjalan pulang bersama.

Pada waktu yang sama, dompet yang dijumpai Chae dipegang erat. Gambar yang terdapat di dalam dompet itu...membuatkan Chae tergamam. Gadis itu mengusap gambar yang membawa seribu kenangan itu. Matanya kini penuh dengan air yang dianggap peluh baginya.

'Dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Dia...dia ke budak tu?' getus hati Chae. Gadis itu terus berlari mencari Hyunjin. Habis merata sudut sekolah telah dia pergi. Akhirnya, dia ternampak lelaki itu sedang berbual dengan Chan, lelaki motor itu. Segera dia menuju ke arah mereka.

Dia menghela nafas gemuruh. Dompet yang dipegangnya diberi kepada Hyunjin. "D-dompet kau..jatuh tadi."

Hyunjin merampasnya dari tangan Chae.

"Oh, terima kasih!" sengaja Chan membalas jasa Chae bagi pihak Hyunjin. Gadis itu sudah tidak kesah sebenarnya. Apa yang mengganggu otaknya sekarang adalah gambar itu.

Dia memandang kakinya. "Aku tak sengaja tengok isi dompet kau tadi. Tapi gambar tu..gambar kau ke?"

Air muka Hyunjin berubah. "Ha'ah. By the way, lain kali jangan suka-suka nak ceroboh hak orang."

Chan menyiku perut Hyunjin. "Kau ni, dia dah cakap tak sengaja kan."

"Aku janji lepas ni perkara ni takkan berlaku lagi. Maafkan aku...Hyunjin." ujar Chae lembut, dengan senyuman suam. Gadis itu kemudian berlalu pergi membuatkan Chan dan Hyunjin terkedu.

Pada waktu yang sama, Mint yang kali ini menaiki bas dengan Seungmin, berasa segan sedikit. Bukan apa, jarang Seungmin nak pulang dengan perempuan itu. Mint turut rasa bersalah dengan Heeyoung yang terpaksa duduk di tempat lain yang merupakan sebelah lelaki bernama Changbin.

Walau bagaimanapun, Heeyoung tak kesah malahan, gadis itu juga mengusik Mint dengan pandangan nakal.

"Mint, kenapa tak balik dengan driver je?" soal Seungmin.

"Mint taknak dimanjakan dengan kekayaan dan kesenangan..lagipun rimas la." ujar Mint, menjuih bibirnya.

'Aku gigit karang bibir tu!' bisik hati Seungmin.

"Oh..." balas Seungmin lalu menyambung, "kalau camtu, Seung pun akan balik dengan bas sekolah jugaklah mulai hari ni!"

Mint terkejut dengan keputusan Seungmin yang tiba-tiba.

"Seung kalau boleh, taknak tinggalkan Mint sorang-sorang." kata Seungmin lagi membuatkan hati gadis itu hangat serta merta. 'Sejak dua menjak ni, lelaki ni makin pelik je.'

'Jangan cakap kejadian malam tu...' Mint menampar mukanya lembut untuk menyedarkannya daripada lamunan. 'Tak mungkin! Seung gay! Dia mabuk malam tu. Sebab tulah!'

BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now