⑬ ─ ᶜᴸᴼˢᴵᴺᴳ

375 39 8
                                    

"Jom, aku hantar kau balik." ujar Felix mempelawa Hyura. Gadis itu menolak dengan baik kerana tidak mahu lagi menyusahkan Felix. Cukuplah dengan baju yang mahal, cantik dan kasut yang berjenama.

"Aku yang akan hantar dia balik. Terima kasih sebab dah jaga dia dengan baik tapi dia tak perlukan kau sebenarnya." sapa seseorang secara tiba-tiba. Apabila dilihat siapa gerangannya, mata Hyura membulat. Woojin? Tak pernah-pernah dia bercakap dengan nada yang tegas begitu.

Senyuman sinis terpamer di bibir Felix. Lelaki itu hanya berundur diri. Malas untuk mencari gaduh.

Hyura akur dengan ayat Woojin. Lagipun..Woojin senior dia, kan?

Mereka berdua menaiki kereta yang dipandu oleh Woojin sendiri. Memandangkan Woojin pernah melawat rumah Hyura, dia tahu sahaja di mana rumah gadis itu.

"Hyura ada hubungan apa-apa ke dengan Felix?" air muka Woojin berubah 360 darjah. Riak wajahnya serius, tidak seperti selalu.

"Eh, takdelah." cepat-cepat Hyura menafikan. Perbualan mereka terputus di situ. Masing-masing tidak mengeluarkan sepatah kata selepas itu.

Suasana sunyi itu membuatkan Hyura mengantuk setelah penat berparti. Akhirnya, dia tertidur. Kebetulan, mereka juga telah sampai ke rumah Hyura.

"Dah sam-" ayat lelaki itu terpotong apabila melihat gadis itu lena sahaja. Matanya turun dari mata gadis itu ke bibir gadis itu yang merah itu.

Baru sahaja mahu mengambil rasa, Hyura tersedar. "Dah sampai..?"

Melepas.


Sementara itu, di dalam dewan majlis tersebut. Changbin ternampak gerangan Heeyoung yang kini berseorangan dan sedang bercakap seorang diri. Entah apalah yang diperkatakan. Masih lelaki itu ingat saat dia memperingatkan gadis itu supaya tidak terlebih minum.

Changbin menggelengkan kepalanya. 'Youngie..haih.'

Dia melihat sekeliling dahulu sebelum mengangkat gadis itu gaya 'piggyback'. Gadis itu semakin galak bercakap.

"Sampai hati kau tinggalkan aku!.. Kau tahu itu semua fitnah je..Kenapa . "

Ayat Heeyoung membuatkan hati Changbin retak seribu. Dia rasa bersalah. Ya, dia sudah tahu yang Minho membuat cerita sahaja dan cuba mencalarkan hubungan mereka. Tetapi apabila dia sedar semua itu, hubungan antara mereka..sudah terputus.

"Chang..Youngie sayang Chang." Heeyoung menangis di antara ayatnya, "Chang sayang Youngie tak? Chang nak tahu tak, setiap hari..Youngie doakan hari Chang berlalu dengan gembira.."

Air mata Changbin mengalir kerana tidak dapat menahan lagi kesedihannya. Dia juga sayang Heeyoung. Di lubuk hatinya, dia tahu.

"Chang pun sayang Youngie..Chang minta maaf sebab buat Youngie macam ni."

Pada malam itu, Changbin hanya melayan apa yang diluahkan oleh Heeyoung sambil mendukungnya ke rumah Heeyoung sendiri.

Manakala di luar sekolah, kelihatan seorang gadis tengah bergelut dengan motosikalnya. "Haih time ni la kau nak buat hal!"

Bangchan yang kebetulannya melalui kawasan itu menghampiri gadis itu. "Kenapa ni?"

"Tak tahulah. Tetiba takleh start!" rungut Chae.

Bangchan memeriksa seketika sebelum memikirkan solusi buat gadis itu. Dia meminta gadis itu tunggu sekejap. Maka, Chae pun tunggulah dalam cuaca yang sejuk itu. Dengan pakaian dia yang tak berapa nak menutup kaki, cuaca pada malam itu sangat tida membantu.

Setelah beberapa ketika, lelaki itu muncul membawa motosikalnya. Mata Chae membulat apabila melihat jenama motor itu. Suzuki GSX-R750. Pergh.

"Naik." ujar lelaki itu.

"Naik? Motor aku ni camne?" soal Chae penuh bimbang. Sape je yang tak sayang motor oi. Hadiah daripada nenek dia kut!

"Takpe, aku dah call kawan aku untuk handle."

"Tapi aku tak kenal kau.." kata Chae lagi.

Sedikit terasa jengkel, Bangchan mengambil helmet di tangan Chae dan menyarungkannya di kepala Chae.

"Nama aku Bangchan. Panggil je Chan. Nombor telefon aku, ××××××××××××. Dah, ada soalan lagi?"

'Macam la aku ingat nombor kau kalau kau bagitahu kat aku camtu!' getus hati Chae.

Dia hanya turut dengan perintah Chan. Namun, dia pastikan tangannya tidak memegang Bangchan.

Sepanjang perjalanan ke rumah, banyak yang mereka bualkan. Namun begitu, masing-masing berborak dengan nada yang tinggi. Mengundang perhatian daripada pemandu lain.

"Kau tinggal kat mana??" soal Chan.

"Sekitar Taman skdjksjsj"

"APA?!" jerit Chan apabila dia tidak dapat mendengar.

"TAMAN SUSHI" laung Chae kembali membuatkan Chan tergelak.

Di dalam fikiran Chan, dia sudah mula menepis apa yang Hyunjin katakan. Ya, gadis ni langsung tak seperti yang Hyunjin bualkan.

Pada masa yang sama, Minhee sudah pening dengan sikap Seungmin semasa mabuk. Lelaki itu dipapah oleh kedua-dua Mint dan Han. Han mengeluh dengan betapa beratnya Seungmin ni.

"Kau nampak cantik malam ni, Mint.." tutur Seungmin dan menunjukkan senyuman anggunnya. Hati Mint berdegup kencang. Pipinya menonjolkan warna merah.

Han yang mendengar ayat Seungmin itu menggulingkan matanya tanda jengkel.

"Mint, kalaulah kau tak benci lelaki..." sambung Seungmin lagi.

Langkah mereka bertiga hanya diteruskan. Mint yang mendengar kata-kata Seungmin, cair. 'Kalaulah kau tak gay..'

"Aku sayang kau, Mint..Aku janji akan jadi lelaki yang matang untuk kau.."

Ayat itu membuatkan langkah Han terhenti. Mint pula terkedu dan tertanya-tanya pada masa yang sama kerana Han.

"Dahlah Mint. Biar aku angkat dia ke kereta, kau tolong buka pintu kereta cepat." ujar Han, merasa terancam.

"O-oh? Okei."

Mint bergegas ke kereta. Pipinya yang hangat itu dipekup. 'Omaigad...Seung, apa kau dah buat dengan hati aku??'

BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now