①⑨ ─ ᴾᴱᴿᴹᵁᴸᴬᴬᴺ

307 41 2
                                    

Heeyoung mula rasa serba salah untuk tukar seat. Hatinya mahu sahaja duduk di sebelah Jeongin memandangkan situasi di antara Changbin dan dirinya sedikit janggal. Lagi satu, Jeongin pula pertama kali naik bas. Heeyoung taknak Jeongin rasa keseorangan.

Changbin berdehem apabila menyedari situasi Heeyoung. “Kalau kau nak pergi kat budak tu, pergi jelah.”

Heeyoung tersenyum kekok. 'Sorry, Chang...'

Gadis itu pun mengambil tempat duduk di sebelah Jeongin. Lelaki itu memandang Heeyoung, tersentak pada mulanya lalu memberi senyuman cerianya kemudiannya.

“Rumah Jeongin kat mana?” soal Heeyoung, sengaja mahu memulakan perbualan.

“Kawasan Daeggok je” balas lelaki itu  Mata Heeyoung membulat.

“Hee pun tinggal kawasan tu!” katanya penuh teruja.

Mulut Jeongin ternganga. “Jinjja? Waahh.”

Mereka berdua terus berbual tentang macam-macam. Changbin pula hanya menutup mata dan memasangkan earphones di telinga. 'Dia berhak untuk memilih yang lebih baik..'

Setelah hari menjelang senja, Felix meminta izin untuk pulang. Takkan nak tidur situ pulak. Hyura berasa lega seketika. Baru dia tahu yang Felix pun ada sisi yang tegasnya. Dia agak tertarik melihat Felix yang sangat macho menerangkan cara-cara untuk kuasai Matematik. 

Sekarang, gadis itu sudah mulai fahan Matematik. Dia rasa sungguh bertenaga.

Baru sahaja dia hendak turun ke ruang tamu untuk makan malam, bunyi mesej bersiul di telefon pintarnya. Dia melihat siapakah gerangannya. Rupa-rupanya mamat tu. Patutlah minta nombor telefon tadi.

From: Felix.
Esk kls kat rumah aku.

Hyura menepuk dahinya. Sebenarnya dia berhajat untuk rehat pada hari cuti. Melepas sudah.

To: Felix.
Klau kita buat stiap lepas skolah x cukup ke? T T

From: Felix.
Takde. Mid-year exam dh dkt. Kau msih ad byk perjalanan nk dpt A+ utk Math.

Bantal yang dipeluk Hyura dibaling ke dinding. 'Kerek gila mamat ni! Takde hati perut langsung!.'

To: Felix.
Hmm, yelah.

Pada masa yang sama, suasana antara Chan dan Chae mula berbunga. Tapi itu apa yang Chan rasa. Chae hanya menggelengkan kepala dengan sikap Chan yang tak ubah seperti 'Playboy'. Gadis itu menyarungkan helmetnya bersedia untuk pulang.

Tiba-tiba Chan memusingkan tubuh gadis itu. “Aku tahu Hyunjin banyak lukakan hati kau. Percayalah, dia lelaki yang baik. Dia cuma benci pembuli sebagaimana kau bencikan pembuli jugak”

Chae menolak cermin helmetnya ke atas. “Takpe, aku dah tak kesah. Aku faham kenapa dia buat camtu.”

Gadis itu kemudiannya meminta izin untuk beredar dahulu. Chan tersenyum melihat Chae. Kenapa gadis sebaik itu dipandang begitu enteng oleh Hyunjin?

'Aku kena beritahu Hyunjin..eh, tapi, kalau diorang berbaik and then kapel...? Tak! Aku kena bagitahu lepas aku dah dapat hati Chae!' getus hati Chan seorang diri.

Malam itu, Seungmin mula ke hulu dan ke hilir. Tak tenang fikirannya memikirkan Han. Bukan sebab apa, Han seperti mahu menunjukkan taringnya. Ini tidak boleh jadi.

Seungmin terus berfikir dan berfikir. Bukanlah niatnya untuk terus menipu perasaannya. Dia juga rasa bersalah dengan Mint kerana sudah menipu.

Ya, menipu.

Hanya Tuhan saja yang tahu rahsia yang dilindung oleh Seungmin. Lelaki itu sebenarnya telah berlakon di hadapan Mint sebagai orang yang 'gay'. Walau pada hakikatnya, lelaki itu masih seratus peratus menyukai gadis. Dan gadis itu ialah Mint!

Dia terpaksa. Dia tidak dapat fikirkan cara lain.

Mint sangat antilelaki. Dia tahu. Maka dia mengambil cara yang bahaya ini untuk mendekati gadis itu. 'Maafkan aku, Mint. Aku harap apa yang jadi lepas ni tak memberi kesan kepada persahabatan kita..'

BLOOD ┊ SKZWhere stories live. Discover now