Siri 248-Makan Bersama Dirumah Tajudin

912 21 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin

Si pemandu tumpukan seluruh perhatian pada permukaan jalanraya yang basah. Lampu kereta dibesarkan. Kelihatan kesan air hujan di daunan dan pepokok, rasa dinging tidak juga berubah. Masih macam tadi, saya menggigil kecil.

Pemandu memaut stereng kereta dengan irat dan kejap, sesekali kelopak matanya terpejam seketika dan kereta yang dipandunya terasa lari ketengah dan ketepi jalanraya. Saya jadi cemas.

Ternyata si pemandu memang sudah mengantuk, dua tiga kali dia mengguap panjang. Secara perlahan dan lembut, saya tepuk belakangnya. Tujuannya agar dia menjengil biji mata. Si pemandu tersenyum. Dia faham maksud saya berbuat demikian.

"Jangan terlena nanti semua maut," perlahan kata-kata itu saya bisikkan ke cuping telinganya.

"Inilah masaalah yang aku hadapi," si pemandu mengakhiri kata dengan senyum. Saya kira dialog yang terjadi antara saya dengan si pemandu, tldak dapat ditangkap oleh gegendang telinga Pak Habib dan datuk.

'Eeeeekkkkkkkk!

Si pemandu menekan brek, seekor musang sesat melintas jalan. Semua yang ada dalam perut kereta tersengguk dan terkejut. Serentak dengan itu, terdengar bunyi brek kecemasan yang panjang dan keras dari beberapa buah kereta yang mengekori kereta yang kami naiki.

"Kenapa? Kamu mengantuk, kalau mengantuk biar aku bawa," Pak Habib mengkemukakan usul.

"Saya tak mengantuk, musang melintas. Saya tak mahu langgar, itulah sebabnya saya tekan brek," si pemandu memberi alasan. Dan alasan itu dapat diterima oleh Pak Habib dan datuk. Buktinya, mereka tersenyum puas.

TERGUGAT

SELEPAS kejadian itu, si pemandu lebih berhati-hati. Kalau boleh dia tidak mahu ketenangan dan keselesaan Pak Habib dan datuk tergugat.

"Sebaiknya, hiduplah dengan melakukan kebaikan dan kebajikan. Asah hati kita ini dengan kejujuran dan keikhlasan pada setiap masa. Kemudian kita serahkan kepada Allah apa yang kita buat, jangan mengharapkan pembalasan dariNya," tanpa diduga Pak Habib bersuara. Hati tertanya-tanya untuk siapa kata-kata itu dimaksudkan oleh Pak Habib.

"Kalau kebaikan kita buat dan kebaikan pula kita perolehi. Alhamdulillah. Andainya, kebaikan kita lakukan tetapi, kejahatan yang datang, itu adalah ujian dari Allah untuk kita. Semua itu hak Allah," sambung Pak Habib sambil membetulkan duduknya.

Kuliah pendek itu, ada kaitannya dengan peristiwa yang kami lalui bersama. Dengan kata lain, Pak Habib menyuruh kami berfikir dan merenungi, bahawa apa yang terjadi, ada hikmahnya untuk dijadikan renungan.

"Saya setuju dengan apa yang sahabat katakan. Mengasah hati dan jiwa supaya jadi murni, bukanlah perkara yang mudah," komen datuk.

"Disinilah letaknya ketakwaan atau penyerahan keimanan kita pada Allah. Kalau kita yakin pada kudratNYA, kita boleh melakukanya," jawab Syed Al-Hadad atau Pak Habib. Datuk menganggukkan kepala, mereka membalas senyuman.

Kereta terus meluncur dengan tenang, melepasi beberapa buah selekoh tajam dan beberapa buah perkampungan serta pekan kecil. Si pemandu nampak kian yakin dan selesa dengan apa yang dibuatnya. Semuanya ini menandakan, perjalanan semakin dekat ke tempat yang dituju.

FAJAR

KETIKA fajar mula bangkit di kaki langit, kami pun sampai di rumah Syed Hamid AL-Hadad. Kawasan rumahnya sungguh luas sekali. Tidak jauh dari kawasan rumahnya terdapat beberapa buah rumah batu yang tidak kalah bentuk dan besarnya dengan rumah Pak Habib.

Pak Habib memastikan ketiga-tiga manusia laknat yang menumpang kereta anak buahnya sampai. Kemudian memastikan mereka (tiga manusia laknat) pergi ke rumah yang ditetapkan sebagai tempat penginapan untuk membersihkan diri (mandi) sebelum berjemaah di sebuah surau yang tidak jauh dari rumah Pak Habib.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 3)(COMPLETE)Where stories live. Discover now