Bab 251-Pak Guru masuk parit

861 17 2
                                    

Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin

Datuk terkejut dengan kejadian yang tidak di duga itu, duduk tersandar didinding. Pak Habib masih berdiri disisi tubuh lelaki berambut panjang yang tergolek di tanah.

Bila datuk merasakan denyut jantung kembali normal, dia segera bangun seraya menghulurkan tangan pada Pak Habib. Dan Pak Habib menyambutnya dengan penuh kehangatan.

"Nampaknya, bila terdesak baru dimanfaatkan kebolehan yang ada. Kalau tidak, ilmu yang ada disembunyikan dari kita," datuk bersuara.

"Semuanya yang saya buat ini untuk sahabat."

"Saya tahu, terima kasih," bibir datuk menguntum senyum.

"Hummmmmm'........"

Lelaki berambut panjang masih terkapar di tanah, dipanah sinar matahari yang menyengat. Saya dan Tajuddin segera keluar dari tempat persembunyian. Kehadiran kami di sisi datuk dan Pak Habib disambut dengan senyum sinis.

"Ambil parang dekat tangannya,"

Pak Habib menuding, jari ke arah Tajuddin menyuruh mengambil parang panjang yang berada dalam jarak sekaki dari tubuh lelaki berambut panjang. Sudah tentu arahan itu satu penyiksaan buat Tajuddin dan amat berat untuk dilaksanakan.

Siapa tahu lelaki berambut panjang itu berpura-pura pengsan atau mati. Bila ada orang mendekatinya, dia terus bertindak ganas. Siapa boleh menduga yang tindakannya itu tidak mencederakan atau membawa maut pada sesaorang.

"Pergi ambil parang tu, tak mengapa aku ada di sini."

Satu jaminan yag kukuh dari datuk untuk Tajuddin. Tetapi, Tajuddin masih belum bergerak. Dadanya terus digayut seribu persoalan.

"Jangan buang masa, nanti kita yang rugi."

Lembut sekali datuk mendesak. Tajuddin masih tidak bergerak di sisi saya.

"Apa yang dia cakap tu memang betul Tajuddin."

Pak Habib menyokong datuk. Dan Tajuddin kalah, atau tidak mampu berdalih atau memberikan sebarang alasan,

SEKELIP MATA

Antara keberanian bersalutkan ketakutan, Tajudin pun bergerak dengan pantas ke arah yang dimaksudkan . Dalam sekelip mata saja parang panjang sudah berada dalam genggamannya, Sebuah senyuman kepuasan dihadiahkan oleh Tajuddin untuk Pak Habib dan datuk, sudah tentu saya tidak dikecualikan.

Dalam saat yang sama juga, sekujur tubuh lelaki berambut panjang ang tadi kejang kaku mula bergerak lemah. Sepasang ibu kakinya seperti tersentak-sentak, macam ayam yang disembelih hampir habis nyawa. Kelopak matanya mula pejam celek. Semuanya itu tidak disedari oleh Tajuddin.

"Tajuddin berjaga-jaga," kata datuk.

Tajuddin masih dengan senyumnya. Manakala lelaki beramut panjang yang terbaring dekat kakinya makin aktif menggerakkan anggota tubuh.

"Hati- hati Tajuddin," ulang datuk.

"Kenapa? " Dengan pantas Tajuddn bertanya semula kepada datuk. Pak Habib gelengkan kepala melihat kelemahan Tajuddin yang tidak mahu mengawasi keadaan sekitarnya.

"Orang dekat kaki kamu," jerit saya.

Tajuddin segera merenung lelaki berambut panjang yang semakin rancak mengerakkan anggota kaki dan tangannya. Air muka Tajuddin segera berubah menjadi cemas semacam.

"Jangan kelam kabut, bertenang," Pak Habib mengingatkan Tajuddin.

"Serahkan parang pada aku," pinta datuk.

Tajuddin segera mencampakkan parang panjang ke arah datuk dan Pak Habib. Bagaikan pahlawan KUNG FU datuk melompat lalu menyambar ulu parang panjang. Bila lelaki berambut panjang mula duduk, Tajuddin angkat kaki memulakan langkah seribu menuju ke arah datuk dan Pak Habib. Saya ketawa kecil melihat karakternya.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 3)(COMPLETE)Where stories live. Discover now