Siri 252-Anak kami disihir Orang

1.1K 20 0
                                    

 Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin

Kerana merasakan suasana tidak sehangat tadi, dan keadaan boleh dikawal, Pak Habib segera menggamit datuk supaya datang ke sisinya. Tidak sampai lima saat, datuk sudah tegak di sisi Pak Habib. Kurang seronok rasanya, bila saya dan Tajuddin disuruh berada di tempat biasa.

"Betul, dia anak kamu berdua?"

Datuk mengambil alih tugas Pak Habib. Srpasang wajah suami isteri tersebut, datuk tenung dalam-dalam. Pasangan suami isteri tidak cemas, malah mereka senyum penuh keyakinan.

"Sebagai seorang Islam, kami tak mahu berbohong, kami boleh berbohong di depan tuan berdua atau sesiapa saja. Tetapi, kami tidak boleh menipu Allah. Kami tidak mahu didakwa di mahkamah Allah kelak," satu penjelasan yang membunuh manik-manik keraguan di kalbu datuk dan juga Pak Habib.

"Sudah takdir," tutur si isteri.

Wajahnya dibalut rasa putus asa, nada suaranya mengutus rasa kecewa yang tiada sempadan. Berhadapan dengan situasi begitu, datuk dan Pak Habib jadi serba salah.

Si isteri pun menggunakan senjata lumrah seorang wanita. Air mata seorang ibu berbenang-benang di pipi. Sedu pun datang mengiring untuk memperlengkapkan derita seorang yang tabah.

"Inilah ujian untuk kami suami isteri, tetapi tidak menduga sampai begitu jauh terpesong', sambung si isteri sambil mengesat air mata. Manakala suaminya, tidak putus-putus menarik nafas dalam-dalam sambil matanya menatap permukaan bumi.

Lelaki berbadan besar dan tegap menjuihkan sepasang bibir tebal ke depan. Meluat dan menyampah melihat karenah pasangan suami isteri tersebut.

KERAS

Konco-konconya bercakap sesame sendiri. Pada mulanya secara perlahan-lahan, kemudian bertukar kuat dan keras. Matlamatnya untuk mengannggu perbualan sepasang suami isteri itu dengan datuk atau Pak Habib.

Tingkah laku para pengikut lelaki berbadan besar dan tegap itu dianggap oleh datuk dah keterlaluan. Secara lembut dan rendah diri datuk minta ketua puak terbabit supaya memberi kesempatan pada Pak Habin untuk bertanya. Lelaki berbadan besar dan tegap terus protes. Bila datuk memperlihatkan sikap keras dan melawan, lelaki berbadan besar dan tegap mula lembut dan memperlihatkan sikap bertolak ansur.

"Maaf saya nak bertanya?"

Datuk terus renung muka pasangan suami isteri itu. Pak Habib membiarkan datuk memainkan peranannya. Dia tidak mahu ganggu. Sekiranya datuk gagal, barulah dia campur tangan. Apa yang pasti orang berbadan besar dan pengikutnya tetap resah.

"Silakan."

Serentak pasangan suami isteri menjawap. Datuk menarik nafas lega. Pak Habib senyum puas kerana mendapa kerjasama dari pasangan yang terlibat.

Tetapi, puak lelaki badan besar dan tegap ternyata kurang senang berdepan dengan suasana semacam itu. Saya dan Tajuddin tetap berwaspada. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, samada bai atau sebaliknya.

"Siapa namanya?" Datuk bertanya.

"Shafie, " jawap si isteri.

"Satu nama yang baik, serupa dengan Imam Shafie,"

"Memang hajat di hati biar dia jadi ulama besar," celah si ayah dengan wajah sedikit gusar.

Puak lelaki berbadann besar dan tegap bercakap sama sendiri. Berulang kali mereka menyebut perkataan "Imam Shafie" dan kata "Ulama" dengan kuat dan lantang. Tidak pula diketahui kenapa kata-kata itu disebut kuat-kuat. Datuk pura-pura batuk, perbuatan datuk

segera diketawakan oleh puak lelaki berbadan besar dan tegap. Malah beberapa orang dari mereka bersorak ke arah datuk sambil mencarut.

TEKAN.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 3)(COMPLETE)Where stories live. Discover now