siri 250-Rebah dipintu surau

855 22 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin  

Saya perhatikan keadaan sekitar. Terasa agak sepi sekali, sekali sekala terdengar suara nyanyian reriang mendakap pohon langsat yang di tingkah suara kicau murai,

Matahari terus menyimbah sinarnya kesetiap dedaun, reranting dan permukaan bumi yang terhampar. Dan di bawah kepak matahari yang kian keras itu, serentak datuk dan Pak Habib menarik nafas panjang.

Kemudian mereka saling berpandangan.

"Kerana kejadian ini dalam kawasan saya, biar saya selesaikan, kalau tak langsai barulah sahabat datang membantu."

"Kalau itu yang dihajati, silakan," datuk bersuara sambil senyum.

"Saya pergi," kata Pak Habib.

"Saya doakan berjaya," sahut datuk.

Dengan tenang dan bersahaja, Pak Habib memulakan langkah menuju ke pintu surau yang tertutup rapat. Dengan tidak semena-mena, Pak Habib berpatah balik mendapatkan datuk. Hati saya segera berdebar.

"Kenapa?"

Terhambur pertanyaan dari dari kelopak bibir datuk.

"Hati terasa berdebar semacam."

"Tak mengapa, teruskan. Saya ada."

Datuk menyimbah semangat untuk Pak Habib dan Pak Habib berpatah balik menuju kearah pintu surau yang tertutup rapat.

Memang beralasan, Pak Habib merasai kurang enak atau terasa ada sesuatu yang ganjil. Biasanya pintu surau terbuka bagi sesiapa yang datang untuk membaca al-Quran atau membaca kitab. Melakukan apa saja kegiatan yang ada hubung kaitnya dengan agama.

Buat beberapa ketika, Pak Habib berdiri kaku di depan pintu surau. Sebahagian daripada bangunan surau itu dibina dari simen. Manakala sebahagian lagi dari papan. Pak Habib

keberatan untuk mengetuk daun pintu surau. Malah dia tidak terfikir langsung untuk memberikan salam. Fikirannya bercelaru sekali pada saat itu. Sungguh mengejutkan, secara sepontan Pak Habib memusingkan badan, menghadapkan wajahnya ke arah kami sambil melambaikan tangan. Lambaian tangan itu bukan untuk datuk, tidak juga untuk saya. Lambaian tangan itu, milik anak saudaranya, Tajuddin yang berdiri dibelakang datuk.

"Dia panggil kamu, pergi cepat." Tutur datuk.

Tanpa banyak soal, berlari anak Tajuddin menuju ke arah Pak Habib dan terus berdiri disisi pamannya. Tiada arahan yang dikeluarkan oleh Pak Habib untuk Tajuddin. Dia membiarkan dulu, anak saudaranya memperoleh ketenangan dan keyakinan diri.

"Kamu beri salam."

Itu arahan Pak Habib untukTajuddin yang dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya dan datuk. Tanpa berlengah walau sedetik pun Tajuddin terus memberi salam dengan nada suara yang cukup lantang sekali. Tiada jawapan yang diterima. Salam segera diulangi untuk kali kedua dan ketiga. Hasilnya tetap sama.

Datuk kelihatan resah sekali . Dalam saat begini, dia merasakan tidak wajar berada jauh dari Pak Habib.

"Mari Tamar."

Bahu kanan saya segera dicuit dan kaki segera melangkah mengikut datuk menuju ke arah Pak Habib dan Tajuddin yang masih tidak bergerak di depan pintu surau.

"Ada masalah besar ?" Datuk ajukan pertanyaan.

Pak Habib membisu, Tajuddin mengigit bibir. Macam ada sesuatu yang difikirkan oleh Pak Habib dan Tajuddin. Datuk pun segera mengulangi pertanyaan yang sama.

"Sudah diberi salam tiga kali berturut-turut, tak ada jawapan. Peliknya pintu pula dikunci dari dalam," terdengar suara Pak Habib seperti merungut. Saya hanya mengigit bibir. Turut merasa bimbang denga situasi yang dihadapi.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 3)(COMPLETE)Where stories live. Discover now