ALEX 12

232 9 2
                                    

petang itu selepas habis waktu bekeraja alex pun terus mengorak langkahnya menuju ke taman bunga di mana tempat dia dan elina bertemu dan bercinta di suatu ketika dahulu. memang di taman bunga inilah dia bertemu dengan elina setelah dia berpisah dengan lusiana beberapa bulan yang lalu. dia sedang duduk duduk di bangku simen sambil cuba menghiburkan hati dia yang tengah lara tu dengan menghayati pemandangan indah di taman bunga tu. tiba tiba saja dia nampak seorang perempuan sedang menangis seorang diri di dekat tasik sri indah tidak jauh dari situ. dia fikir tentu perempuan tu menangis sebab dia ada masalah peribadi. so dia biarkan saja itu perempuan menangis seorang diri kat situ tapi apabila dia berjalan meninggalkan tempat itu tiba tiba saja dia lihat perempuan tersebut terjun ke dalam air tasik yang ada di situ. alex terkejut macam orang yang terkena renjatan elektrik pula. dia tidak tahu kenapa perempuan tersebut sanggup buat benda bodoh macam tu tapi dia pergi juga tolong itu perempuan. perempuan tersebut hampir saja mati lemas dalam air itu nasib baik alex datang selamatkan dia. dari situlah mereka berkenalan dan bercinta. memang pada awalnya alex menganggap si elina tu macam kawan baik dia saja tapi si elina pula mengajak dia bercinta. so alex terima saja cinta perempuan tu padahal dalam hatinya dia bukannya mencintai perempuan tu seratus peratus pun. dia cuma tidak mahu mengecewakan elina. itu saja. maklumlah elina kan baru saja putus cinta dengan kekasihnya. 'mungkin jikalau aku bercinta dengannya elina pasti indak jadi membunuh diri...', fikirnya. so alex pun terpaksalah menerima cinta elina. 'ianya hanya untuk sementara waktu saja...', fikirnya lagi. jikalau keadaan elina sudah mem'baik' sikit barulah dia nak break up dengan perempuan itu. begitu kata hatinya. mungkin petang ini juga dia akan berterus terang pada elina bahawa dia tidak mencintai perempuan itu. dia harus memperbetulkan kesilapannya sebelum keadaan bertambah 'buruk'. "tapi macamana kalau si elina indak dapat menerima kenyataan ini dan dia mau bunuh diri gara gara aku hendak break up dengan dia?", soal alex dalam hatinya. alex indak senang duduk apabila dia terfikirkan segala kemungkinan tersebut. "haish... takkanlah dia mengulangi perbuatannya yang bodoh tu lagi?... harap harap indaklah...", bisik hati kecilnya indak keruan. ketika dia sedang duduk seorang diri di situ tiba tiba, "selamat petang lex... you sudah lama tunggu i ke?", soal elina dengan lembut.

alex mendongakkan kepalanya. kelihatan elina sedang berdiri di depannya sambil tersenyum sampai ke telinga. "oh... indaklah... i baru saja sampai kat sini...", dalih alex padahal sudah lama bah dia tunggu perempuan tu kat situ. elina memang macam tu. selalu saja datang lambat setiap kali mereka keluar ber'dating'. itulah yang membuatkan alex indak berapa suka dengan perempuan tersebut. baginya elina seorang perempuan yang indak tahu menepati masa. perlahan lahan elina duduk dekat dengannya. bau minyak wangi yang di pakai oleh elina tajam sekali menyucuk rongga hidungnya. alex hampir saja termuntah sebaik saja dia terhidu minyak wangi yang di pakai oleh elina tu. sebenarnya dia indak berapa suka bah bila terhidu minyak wangi yang di pakai oleh perempuan tersebut. maklumlah bau minyak wangi perempuan tu sudah cukup membuatkan kepala dia terasa pening pening lalat. so dia terpaksa juga tahan tahan nafasnya ketika dia duduk dekat dengan perempuan tu. sekali sekala dia tarik nafas di belakang perempuan tersebut. "eh... kenapa ni lex?... you nampak macam indak selesa saja ni?", soal elina di sebelahnya. hampir saja alex cakap, "minyak wangi apa yang kau sembur kat badan kau ni ar?... aku nak bernafas pun susah...", tapi perkataan itu tidak terkeluar dari mulutnya. dia cuma tersenyum senyum macam orang 'palui' pula. "oh... i'm okay... i'm okay...", balas alex padahal dia hampir saja kehabisan nafas ketika dia terhidu bau minyak wangi tersebut. demi mengelakkan bau minyak wangi yang memeningkan kepala itu masuk ke dalam rongga hidungnya dia pun terpaksa berdiri agak jauh sedikit dari situ. "kenapa you berdiri kat sana pula?... you tak nak duduk dengan i ke?", soal elina kehairanan. "er... i nak ambik fresh air dulu... nanti i duduk sebelah you, ya...", balas alex perlahan lahan. "so apa tujuan you ajak i datang ke sini?...you rindukan i ke?", soal elina sambil melirikan matanya. "er... mungkin juga... tapi sebenarnya ada perkara lain yang ingin i bagi tahu kat you... i harap...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya elina terus saja bersuara, "indak perlulah you minta maaf pada i tentang peristiwa yang terjadi di restoran tempohari tu sebab i sudah maafkan kesalahan you...", potong elina pula.

"tapi... tapi bukan itu yang i nak cakap pada you...", balas alex dengan pantas. "habis tu you nak cakap pasal apa?", soal elina dari tempat duduknya. alex menggetapkan giginya. geram betul dia dengan perempuan tu. siapa yang indak merasa geram? dia baru saja nak cakap sesuatu, perkataannya sudah di potong pantas oleh perempuan tu. memang suka potong 'line' saja perempuan tu. "okay... tujuan i ajak you datang ke sini tadi ialah i cuma nak break up dengan you. itu saja...", tutur alex dengan pantas. "apa?!!... you nak break up dengan i?!!!...", soal elina cukup terkejut sekali. dia terus terbangun dari tempat duduknya sebaik saja dia terdengar perkataan 'break up' dari mulut alex. semua urang yang ada kat taman bunga tu mula pandang semacam ke arah mereka. "shhhh... indak payahlah you berteriak macam tu sekali.... tinguk!... semua urang kat taman ni pandang semacam ke arah kita lorh...", alex bersuara separuh berbisik. "i indak peduli bah kalau semua urang pandang semacam ke arah kita... i cuma hairan apa pasal you tiba tiba nak break up dengan i ni?... kenapa?... apa salah i?...", soal elina cukup bengang sekali. "sebenarnya you indak ada salah apa apa pun pada i, cuma i rasa kita indak serasi bersama... maksud i, kita macam indak sehaluan lorh... lagi pun i sebenarnya indak cintakan you... i terpaksa berlakon mencintai you sebab i indak mau you bunuh diri setelah you kecewa bercinta tempohari... so i harap you dapat terima kenyataan ini dengan baik dan i harap you jangan bunuh diri hanya kerana i break up dengan you...", tutur alex perlahan lahan. "jadi... jadi... you nekad nak break up dengan i?...", soal elina seperti hendak menangis pula. "nampak gayanya macam itulah...", kata alex. "oh... sampai hati you buat i macam ni... cinta i pada you semakin mendalam tapi ini pula balasan you pada i?... lelaki indak berguna!!!... lelaki indak berguna!!!...", elina bersuara sambil menangis. dia menghampiri alex lalu di pukul pukulnya dada alex dengan tangannya secara bertalu talu. malu betul alex apabila semua urang kat taman tu menghampiri mereka sambil pandang semacam ke arah mereka berdua. rasanya macam tebal sepuluh inci saja wajahnya ketika dia dan elina di perhatikan oleh urang ramai kat situ. indak sangka pula rancangannya hendak break up dengan elina di taman bunga tu bulih jadi teruk macam tu sekali...

ALEX (18) Where stories live. Discover now