ALEX 20

180 2 0
                                    

alex duduk di sebelah katil elina. dia lihat ada sebuah buku nota dan pen di sebelah katil perempuan itu. dia pun mula menulis surat buat elina. dia pun mula menulis surat tersebut

elina,
sebelum aku menulis luahan hatiku padamu di atas kertas ini terlebih dahulu aku ingin meminta maaf padamu. aku tidak bermaksud hendak melukakan hati kau... aku cuma tak mahu memberi harapan kosong pada seorang gadis lemah seperti kau... tak guna rasanya jika aku terus berlakon mencintai kau sedangkan dalam hati ini indak ada cinta untuk kau. maaf, jika perkataanku ini menyakitkan hati kau... aku meluahkan apa yang ada dalam hatiku. memang sejujurnya aku indak pernah mencintai kau... aku cuma menganggap kau sebagai kawanku saja... jadi aku harap kau akan dapat menerima kenyataan ini dengan baik.

elina,
satu saja permintaan terakhirku... tolong lupakan aku dan jangan hubungi aku lagi... aku tak nak terus terikat dalam hubungan yang indak menentu. aku rasa kau patut 'move on' dengan kehidupan kau seharian... jangan pula kau selalu 'stuck' dalam masa lalu kau sendiri. apa apa pun aku berharap sangat kau indak terlalu terikat dengan memori lama yang sudah berlalu itu. anggap saja hubungan yang lalu itu sudah indak ada lagi dalam kamus hidup kau tu. aku tahu perkataanku ini membuatkan kau kecewa dan sakit hati tapi aku berharap sangat kau dapat melupakanku buat selama lamanya...

elina,
aku rasa kita sudah cukup dewasa untuk menentukan jalan hidup kita sendiri. aku berharap semoga di suatu hari nanti kau akan sembuh dan kau dapat teruskan hidup ini dengan hati yang tabah. satu saja ingin aku katakan pada kau, jikalau kau nak hidup kau bahagia lebih baik kau cari lelaki lain yang mencintai kau dengan sepenuh hatinya. jangan pula kau berputus asa dalam usaha mencari kekasih yang baru sebab aku percaya ada lelaki lain yang akan mencintai kau lebih dari segala galanya. so be happy with your life and always think positive and you'll be just fine... okay, thats it for now... bye...

from your ex-bf:
- Alex Chai -

alex melipat surat tersebut lalu meletakkannya di celah jari jemari elina. selepas itu dia bangun lalu beredar dari situ.

*** *** ***

petang itu alex sedang duduk di ruang tamu rumah sewanya sambil menonton TV. ketika dia sedang duduk di situ, kelihatan badli baru saja balik dari tempat kerjanya. "hai li... kau baru balik ke?", tegur alex dengan ramah. "ya...", balas badli sepatah. itu pun macam di paksa paksa saja bunyinya. macam berat betul mulutnya bercakap ketika bercakap dengan alex. alex tahu badli masih marah padanya gara gara dia menegur dia pasal perempuan yang dia bawa ke rumah sewa mereka tempohari. dalam diam alex dapat merasakannya. "li, kau masih marah sama aku ke?", soal alex ingin tahu. badli diam. indak menjawap. "li, maaflah jikalau teguran aku tempohari membuatkan kau merasa tersinggung... aku cuma menasihati kau saja... yelah kita kan kawan... aku sebenarnya tak nak kau terus hanyut dalam dunia seks bebas, itu saja... aku tak bermaksud hendak me...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya pintu rumah mereka di ketuk orang. perlahan lahan alex bangun dari tempat duduknya lalu membuka pintu rumah tersebut. kelihatan puan sarimah berdiri di sebelah seorang pemuda berumur dalam lingkungan 20 tahun. pemuda berbangsa tamil itu menyandang beg di atas bahunya. "selamat petang alex... badli... good news... korang mendapat seorang lagi housemate baru petang ni...", kata puan sarimah seraya tersenyum lebar. "apa?... housemate baru?", soal badli cukup terkejut. dia yang baru saja hendak masuk ke dalam bilik tidurnya terus indak jadi berbuat demikian. dia memandang wajah puan sarimah dengan wajah yang tegang. dia macam indak gembira mendengar berita itu.

"ya... korang akan mendapat housemate baru. perkenalkan... nama dia ni ialah kumar ranjit. dia baru saja berhijrah ke bandar ini. katanya dia bekerja di hypermarket tak jauh dari perumahan ini...", bilang puan sarimah sambil tersenyum lebar. "oh... jadi budak tamil ni akan tinggal bersama kami?", soal badli macam indak senang pula. "yalah... kenapa kau indak suka housemate baru ke?", soal puan sarimah dengan kening kiri terangkat ke atas. "jikalau housemate baru tu supporting bagus juga tapi jikalau housemate yang cerewet tambah tak amanlah dunia ni...", gerutu badli seorang diri. "apa?... apa kau cakap?", soal si kumar secara tiba tiba. dia macam marah pada badli kerana menggerutu seperti itu di depan wajahnya. "aku cakap....", belum pun sempat badli menghabiskan perkataannya alex cepat cepat bersuara, "oh dia cakap jikalau housemate baru tu supporting bulih juga jadi kawan kami... itu yang dia cakap tu... kan badli?... kan?", potong alex cuba untuk menenangkan suasana yang tegang itu. "whatever...", balas badli sepatah. "okay, kumar perkenalkan ini alex chai. dia ni berbangsa kayan campuran cina. pemuda melayu ni pula namanya badli suhaimi... aku harap korang bertiga akan tinggal dalam rumah ni dengan aman dan damai... oh one more thing... aku nak bagitahu kau pasal peraturan dalam rumah sewa ni...", kata puan sarimah seraya memegang kertas peraturan yang di taipnya sendiri. "oh.... thats a long list of laws my friend...", bisik alex di telinga housemate barunya itu. kumar hanya tersengih saja padanya.

"jikalau kau menyewa dalam rumah ni kau jangan buang sampah merata rata di luar rumah mahu pun di dalam rumah sebab aku tak nak rumah sewa aku ni kotor. kedua kau jangan bawa perempuan ke dalam rumah ini sebab aku indak mahu rumah ini di jadikan sarang maksiat.... ketiga kau indak boleh... pot-pet... pot-pet... pot-pet....", puan sarimah terus membaca kertas peraturannya sampai si badli macam mau mengantuk saja rasanya ketika puan sarimah mula membaca tentang peraturan dalam rumah tu. manakala alex pula menguap panjang di sebelah kumar. kumar terpaksa berdiri kat situ macam patung cendana dengar itu perempuan pot pet pot pet pot pet tanpa henti. "walaweh!... panjang betul peraturan yang di bacanya tu... ini macam dalam penjara saja ni... pakai peraturan segala...", bisik kumar pada alex di sebelahnya. "tau tak pe....", balas alex dengan wajah selamba. "wei... apa yang korang bisik bisikkan tu ar?", soal puan sarimah. "oh nothing...", balas kumar cepat cepat. puan sarimah kembali membacakan peraturan yang di taipnya dalam surat di tangannya. "wei... sampai malamlah kita berdiri kat sini dengar peraturan si kawan yang tak habis habis tu...", gerutu badli separuh berbisik. "nak buat macamanalah kan... terpaksa juga kita dengar dia pot pet pot pet tanpa henti...", sampuk alex secara berbisik. "wei... korang cakap apa ar?", soal puan sarimah pada alex dan badli. "oh... tak ada apa apa... aku cuma terdengar nyamuk ngiing ngiing ngiing ngiing dalam telinga aku ni tanpa henti... itu saja...", balas badli. "apa? nyamuk?...", soal puan sarimah kebingungan. belum pun sempat badli bersuara tiba tiba, "piiittt.... piiittt...", kedengaran bunyi hon kereta bergema di luar rumah tersebut. "oh itu pasti laki aku sudah sampai... bah, aku nak balik ni... kumar ini list peraturan dalam rumah ni... kau sendiri baca ya... ingat... hujung bulan kau mesti bayar sewa rumah tepat pada masanya. jika indak you can get out from here...", kata puan sarimah berspeaking speaking pula. "yelah... yelah...", balas kumar dengan malas sekali. kertas peraturan di tangan puan sarimah di capainya. kemudian puan sarimah terus angkat kaki dari situ.

ALEX (18) Where stories live. Discover now